Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

25 May 2011

Doaku gimana deh...

Keyakinan Dalam Berdoa...

Hadith:

DARI Anas r.a katanya:"Rasulullah saw bersabda:

"Apabila kamu berdoa, hendaklah kamu bersungguh-sungguh, yakin dalam doa (bahawa Allah taala mendengar dan mengabulkan). Janganlah kamu berdoa dengan kalimah:"Ya Allah, jika Engkau mahu, berilah aku! Kerana sesungguhnya Allah Taala tidak dipaksa memenuhi sesuatu doa."

Huraian Hadith:

Sesorang muslim itu hendaklah bersemangat (untuk mencapai) apa yang bermanfaat untuk dirinya serta meminta pertolongan kepada Allah tanpa merasa lemah dan putus asa.

Berdoa mestilah mengikut adab-adabnya supaya menampakkan kesungguhan harapan untuk mendapatkan sesuatu kerana Allah SWT hanya akan menerima doa dari orang yang betul-betul berhajat.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

08 November 2010

Tazkirah

Anda Myombong Diri?
Facebook anda dipenuhi maki?
Anda selesa mbangga diri & mghina org lain?
Anda patut risau dengan hadis ini....
!!!!!!!!!

Sungguh aneh dengan manusia yg membangga diri dan 'angkat bakul sendiri' (takbur) sbb suma yg ada pdnya berstatus 'pinjaman'..

  • Sangat heran..Org yg bangga dengan kecanggihan enset pinjam..!
  • Sangat pelik.. Org yg bangga dengan kecantikan rumah sewa!
  • Sangat aneh.. Org yg bangga dengan kekemasan kerja rumahnya yang ditiru dari hasil kerja rakan!

Mari kita renungi hadis Nabi:

“Tidak akan masuk syurga

seseorang yang ada di dalam hatinya perasaan sombong

walaupun sebesar zarah”.

Riwayat Muslim

Sangat heran..pelik..aneh...

  • Org yg bangga dgn kecantikan pinjaman Allah! memuji diri dan berlagak cun.. kulit dahi yg licin tu pun kulit pinjam.. guna fair n lovely pun takat nk maintain n lambatkan kedutan..tp satu hari nnt kerepot jugak kulit tuh..
  • Org yg bangga dgn kekayaan pinjaman Allah! dan memandang rendah pada si miskin..padahal tanpa disedari setiap hari duit keluar dr poket sendiri n masuk poket orang lain..
  • Org yg bangga dgn kesempurnaan diri ciptaan Allah! & menghina kekurangan org lain. OKU yg sebenar ialah org yang kurang upaya untuk celik pada kekurangan diri..

Wahai diri....cuba fikirkan di mana bahagian hidupmu yg kau punyai sendiri...TIADA bukan!!!? Aduh....pinjam semuanya....!

Jadi Tepatlah sabdaan Nabi SAW dan benarlah janji Allah...

Takutlah Allah n hindarilah mulut,kata2,komen2 di fb dll yg bertujuan berbangga n mengangkat diri sendiri! Egtlah sekali lg kata Nabi SAW...


“Tidak akan masuk syurga

seseorang yang ada di dalam hatinya perasaan sombong

walaupun sebesar zarah”.

Huraian :

1. Sifat sombong dan takbur adalah ditegah oleh Islam. Oleh itu umat Islam hendaklah menjauhinya demi menjaga kesejahteraan hidup.

2. Kita harus melakukan apa sahaja yang disukai demi keselesaan dirinya sendiri mahupun keluarga tetapi janganlah sampai melanggar batas syariat dan janganlah berniat untuk menunjuk-nunjuk atau bermegah-megah kepada orang lain kerana ia akan menimbulkan perasaan dengki dan benci orang lain yang mengakibatkan permusuhan.

3. Islam tidak melarang umatnya daripada mengutamakan keindahan dalam sesuatu perkara kerana keindahan itu adalah kesempurnaan yang boleh membangkitkan ketenangan tapi bukan untuk pameran kebanggaan!

14 August 2010

Rindu Bertamu

www.iluvislam.com
Oleh: harum_mawar
Editor: Erma Farida


Ya ALLAH...

Rindunya aku padanya..

Antara dua belas yang kukenal..

Dia yang paling istimewa..

Sungguh istimewa..

Tidak kunafikan..

Namun,layakkah aku menyatakan rindu padanya?..

Adakah dia rindu untuk menemuiku?..

Rindukah dia kepadaku?..


Aku selalu mensia-siakan kehadirannya..

Tidak kuhiraukan sungguh-sungguh..

Apa yang ada padanya,aku pandang sebelah mata..

Terkadang hatiku tidak tulus..


Sedangkan dia Kau kurniakan..

Dia yang Engkau tentukan..

Yang mentarbiyah aku..

Mendekatkan diriku padaMu Ya ALLAH..

Mendidikku menjauhi segalanya yang Kau murka..

Membersihkan hatiku dari noda yang silam..

Tapi aku susah benar untuk menyedari semua itu..

Berdosanya aku..


ALLAH Ya Rahim...

Ampunilah aku..

Berikanlah aku peluang kali ini..

Untukku membetulkan apa yang aku silap..

Menampal mana yang terkoyak..

Aku rindukan dia Ya ALLAH..


Sebelum mataku rapat terpejam..

Izinkan aku bertemu dengannya..

Ramadhan...

Harapan Ramadhan- Raihan dan Man Bai
www.iluvislam.com
Dihantar Oleh : Isyrak
Editor: Isyrak


Ku mengharapkan Ramadhan

Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah…
Dengan rahmatMu oh Tuhanku…
Ku tempuh jua
_____________________________________________________________________

"Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu puasa seperti mana diwajibkan ke atas mereka sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa." Al-Baqarah 183

Wahai sahabat-sahabatku, terdapat tiga kategori manusia yang terhasil daripada Madrasah Ramadhan

1- seseorang yang bertambah imannya, amalnya berbanding yang sebelumnya
2- seseorang yang sama imannya, amalnya berbanding yang sebelumnya
3- seseorang yang berkurang imannya, amalnya berbanding yang sebelumnya

Agak-agaknya kita akan dimasukkan ke dalam kategori mana? Alangkah berbahagianya andai kita termasuk di dalam kategori pertama. Marilah kita koreksi diri, muhasabah setiap amalan kita supaya ianya membantu mempertingkatkan ibadah pada bulan Ramadhan yang bakal kita lalui nanti. Jadikan Ramadhan kali ini sebagai wadah untuk kita tingkatkan amalan agar ia akan menjadi Ramadhan yang terbaik pernah kita lalui, insyaAllah.

Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak.

Lagu dalam bentuk MP3 boleh didownload di Harapan Ramadhan.

17 July 2010

Batas-Batas Dalam Berhias

Hadith:

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”Allah mengutuk wanita yang bertatu atau minta ditatu, wanita yang mencukur alis dan mereka yang meminta dicukur alis mereka, wanita yang membentuk giginya agar kelihatan cantik dan mereka yang mengubah ciptaan Allah.”

Riwayat Ibnu Mas’ud

Huraian:

i) Maksud mengubah ciptaan Allah s.w.t. ialah membuat perubahan pada ciptaan Allah S.W.T yang telah sempurna secara pandangan umum dan adat atas dasar tidak berpuas hati dengan anugerah itu, bukan kerana memperbaiki atau memulihkan kecacatan.

ii) Mencabut bulu kening yang merupakan anugerah dan ciptaan Allah S.W.T. yang sempurna dan membuat atau melukis bulu kening yang baharu selepas itu agar menepati cita rasa sendiri supaya kelihatan lebih cantik, menawan dan bergaya adalah perbuatan yang haram di sisi Islam.

iii) Jika perbuatan mencabut bulu kening itu disebabkan ia tumbuh berselerak dan tidak kemas yang amat teruk, maka hal ini tidaklah termasuk dalam erti kata mengubah ciptaan Allah S.W.T.

Lagipun jika yang dicabut itu hanyalah yang berselerak dan bukan termasuk bulu yang dipanggil kening serta tidak membuat lukisan semula terhadapnya. Ini dilakukan atas dasar menjaga kekemasan diri bukan kerana tidak puas hati dengan ciptaan Allah S.W.T kerana Allah S.W.T itu cantik dan sukakan kecantikan.

iv) Hanya rawatan ke atas penyakit yang tidak boleh sembuh dengan sendirinya sahaja yang diharuskan seperti memasang gigi palsu di tempat gigi yang rongak (bukan mematahkan gigi dan menggantikannya dengan yang lain), mengatur susunan gigi yang tidak tersusun (tapi bukan mengasah atau mengikir), memakai ubat supaya rambut tumbuh di tempat yang botak (bukan memakai rambut palsu), memakai ubat untuk membuang jeragat pada kulit (bukan membuat pembedahan plastik atau memakai bahan kimia untuk menukar warna kulit), memakai inai, syampu atau gel pada rambut atau janggut supaya lebih segar dan terurus (bukan mewarnakannya dengan cat atau spray) dan sebagainya sebagai perbezaan antara merawat/menjaga keaslian ciptaan Allah S.W.T dengan mengubah ciptaan-Nya di mana merawat/menjaga itu adalah Harus manakala mengubahnya adalah Haram.

v) Diri manusia dan segala makhluk di alam ini adalah hak mutlak Allah S.W.T, Oleh itu kita hendaklah mematuhi segala hukum dan kehendak agama dengan baik. Janganlah tertipu dan terpengaruh dengan tabiat orang yang suka menurut hawa nafsunya disebabkan sikap tidak bersyukur dan tidak berpuas hati dengan ciptaan dan anugerah Allah di mana sikap ini sebenarnya merupakan sikap yang diwarisi daripada syaitan.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

29 June 2010

Kita kata kita................

Cek Diri Lox!

Kita kata kita tiru Rasulullah saw dalam memperjuangkan agama Allah swt..
tapi.. jom kita cek balik kita dah buat ke tak macam Rasul kita?


"Wahai orang yang berselimut"

"bangunlah pada malam hari, kecuali sebahagian kecil"

"iaitu separuhnya atau kurang sedikit dari itu"

" atau lebih dari itu, dan bacalah AlQuran itu dengan perlahan2"


"sesungguhnya kami akan menurunkan perkataan yang berat kepadamu"

"sungguh bangun malam itu lebih kuat (mengisi jiwa); dan bacaan pada waktu itu lebih berkesan"

"sesungguhnya pada siang hari, engkau sangat sibuk dengan urusan-urusan yang panjang"

--------------------------------------------------------------------

Telah Allah perintahkan pada Muhammad saw dan sahabatnya..

untuk qiam pada malam hari..wajib selama setahun..

untuk apa????

- menguatkan Rasulullah saw dan sahabat2
- mengentalkan jiwa mereka
- mengeraskan hati mereka
- meneguhkan kaki mereka
- menggahkan diri mereka
(bkn skema jawapan!)

tapi..sememangnya dengan amalan2 begini..
terbukti dalam sejarah islam
mereka memang kuat!
memang tabah dengan ujian Allah di dunia ini
mereka sanggup menghadapi segala rintangan ( Allah tak bagi diorg balas walaupun diorg mampu )
mereka tahannnnn kesesakan hati mereka..

hanya kerana Allah swt
hanya kerana kalimah La Ilaha Illallah~ Muhammad Rasululullah~

hingga menitis air mata..
hingga menitik cairan lemak..
hingga tertumpah darah merah..
mereka tetap thabat dalam jalan mereka..

kunci mereka????
QIYAM..
bertemu Allah , berkasih denganNya , menangis kepadaNya

persediaan MANTOP, hasilnya HEBAT!!

--------------------------------------------------------------------

sedang kita?

dek adat dan kebiasaan hidup
dek kesenangan dan kebahagiaan
yang telah kita kecapi selama ni..

kita lupa
kita lalai
kita lemah..

kita kata kita ikut Rasulullah swt
kita kata kita yakin dgn jalan dakwah dan tarbiah ini
kita kata kita sambung rantaian juang baginda Muhammad saw

tapii~ adakah kita punya persediaan seperti
Rasul dan sahabatnya?

mana pergi qiyam kita ?
mana pergi titisan air mata kita ?
mana pergi waktu indah bersama Allah swt ?
mana pergi sunnah Rasul ini ?

tepuk dada, tanya hati, tanya diri, tanya iman
mana pergi amal kita
bicara sahaja, tiada apa2..

bagaimana persediaan kita?? sedang mengharap pada hasil yang hebat juga?

wallahua3lam




pengajaran tersirat laen, sambung next time.. ;)

Tazkeerah

Mencari Allah..

Pada sumer member2 fb & pengunjung laman Blog LASER neyh yg masih bl0m ISLAM... meh bersama selamatkn diri kita dengan Islam..

Kenali Pencipta yang sebenar..iaitulah ALLAH!

Pencipta langit dan bumi

serta diriku dan kamu!

Firman Allah SWT: (Surah al-Hajj;ayat 73)

"Hai manusia, telah dibuat perumpamaan, maka dengarkanlah olehmu perumpamaan itu. Sesungguhnya segala yang kamu seru (sembah/minta pertolongan) selain Allah sekali-kali tidak dapat menciptakan seekor lalat pun, walaupun mereka bersatu menciptakannya. Dan jika lalat itu merampas
sesuatu dari mereka, tiadalah mereka dapat merebutnya kembali dari lalat itu. Amat lemahlah yang menyembah dan amat lemah (pulalah) yang disembah".

05 March 2010

Larangan Berkhalwat

Hadith :

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Mana-mana lelaki tidak akan berdua-duaan (berkhalwat) dengan perempuan, melainkan pasti syaitan akan menjadi yang ketiga.”

(at-Tirmidzi)

Huraian:

1. Wanita adalah dilarang berkhalwat dengan lelaki yang bukan muhrimnya di mana berkhalwat tidak semestinya berlaku di dalam rumah sahaja tetapi ia juga boleh berlaku di tempat-tempat yang sunyi tanpa dihadiri atau dilihat oleh orang ramai seperti di taman, tasik, pejabat dan sebagainya.

2. Khalwat yang diharuskan oleh Islam adalah khalwat dalam ertikata ‘mengasingkan diri daripada orang ramai untuk tujuan beribadah kepada Allah S.W.T’ sepertimana yang berlaku pada Rasulullah s.a.w. yang berkhalwat di Gua Hira’. Baginda menjauhkan diri daripada masyarakat jahiliyah untuk melakukan ibadah kepada Allah.

3. Syaitan merupakan makhluk yang bijak. Selagi ada kesempatan yang terluang, ia akan menggoda manusia untuk melakukan perbuatan yang terkutuk. Oleh itu kita hendaklah sentiasa berwaspada. Jangan sekali-kali menghampiri pintu yang menghumban ke neraka seperti melakukan khalwat yang akhirnya menjebakkan diri kepada zina dan sebagainya.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

28 February 2010

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!

Bagaimana anda bgun tid0 pg nih? Bgn sbg seorang Muslim?
Jika Ya,
Tentu bgn anda tadi dihiasi senyuman,
Berlapikkan doa terima ksh pd Sang Pencipta ats kurnia umur sehari lagi..
Senyuman pasti x lekang dr wajah anda..
kerna anda sudah bjumpa Tuhan yg Maha Sempurna dlm subuh anda tadi
Anda tahu anda ada segalanya untuk... hari ini...

Jika anda muslim,
pagi ini akn jd lbh ceria untuk anda..
anda tidak pandai bmasam muka,
apatah lagi bdendam sukma,
pedih smlm sudah anda buang dengan kemaafan,
anda akn mulakan pagi dgn salam..
tanda ikatan antara jiwa..puncanya di langit sana..

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!
Salam Sejahtera buat semua,
Smuanya sejahtera & selamat.....
selamat dari lidahku
selamat dari mataku
selamat dari fikiranku
selamat dari tangan & kakiku
selamat dariku segalanya..
Aku jamin! InsyaAllah..kerna itu janjiku melalui salamku untukmu....

26 February 2010

Selamat Menyambut Maulidur Rasul Dengan Amal Islami & Selawat...

'Cinta Ilahi Bukan Lakaran Puisi'

003.jpg

“Cukuplah sudah aku dipermainkan selama ini. Cintaku kini hanya untuk Ilahi. Bukan untuk mana-mana lelaki!”, ungkap seorang siswi yang putus cinta.

“Cinta manusia adalah palsu belaka. Cinta Allah, itu yang utama”, kata seorang yang lain.

Termenung saya membaca ungkapan-ungkapan seperti ini. Semakin banyak kedengaran di dalam lirik-lirik nasyid. Semakin banyak kelihatan di blog tempat orang muda meluahkan kekecewaan.

Fahamkah mereka dengan apa yang mereka ungkapkan?

Cinta Ilahi?

Tiada lagi cinta lelaki?

Wanita gila harta?

Hanya Allah sahaja yang ’setia’?

Seperti yang pernah saya ungkapkan di dalam artikel Anti Slogan, saya memang tidak suka mendengar orang bercakap benda yang dia sendiri tidak faham. Mumbling… kata orang Putih.

Apakah ada konflik antara cinta Allah, cinta lelaki, dan cinta perempuan? Cinta hanya satu. Pilih sama ada buayafriend mahu jatuh hati kepada gelifriend, atau menyerahkan cintanya hanya kepada yang Esa?

Saya tidak suka orang bermain dengan kata-kata.

Jika sudah kecewa dengan si dia, tiada lagi cinta kepada penggantinya?!

BERTAPA?

Habis, mahu ke mana? Ke puncak gunung bertapa seperti rahib? Enggan berumahtangga kerana mahu mendedikasikan diri kepada Dia dan bukan dia? Fikiran apa ini? Islamkah yang mengajar kita berfikir begitu?

Tidakkah kita sudah dinasihati tentang kisah segelintir sahabat yang tersilap memahami cara melihat Ibadah Nabi SAW yang begitu sederhana?

“Sesungguhnya salah seorang daripada sekumpulan sahabat Nabi sallallahu alayhi wa sallam telah berkata, “Berkenaan dengan diriku, maka aku akan berpuasa dan tidak berbuka. Berkata seorang yang lain: Aku akan berQiyam di malam hari dan tidak akan tidur. Dan berkata lagi seorang yang lain: Aku pula, aku tidak akan mengahwini perempuan. Seorang lagi berkata: Aku pula, sekali-kali aku tidak akan memakan daging. Lalu Baginda Sallallahu alayhi wa sallam bangun dan berucap, lantas Baginda berkata, “Apa halnya dengan pemuda-pemuda yang setiap seorang mereka ini berkata begini begitu? Aku sendiri berpuasa dan berbuka, bangun malam dan aku juga seorang yang mengahwini perempuan juga aku memakan daging. Barangsiapa yang tidak ingin kepada Sunnahku maka dia bukan dari kalangan (pengikut)ku” (Dari Sunan al-Nasaa’ie, no. 3217)

Janganlah bermain-main dengan kata-kata yang kosong dari makna, jauh sekali dari yakin dan percaya. Belajarlah untuk menyelami makna dan menyebut perkara yang kita jelas tahu akan makna dan maksudnya.

Ungkapan cinta Ilahi bukan ungkapan yang kosong, jauh sekali abstrak dan penuh misteri.

Cinta Ilahi bukan inspirasi untuk mengungkapkan syair-syair yang bertepek di sana sini di blog siswa siswi.

Jangan berlakon menjadi Rabiatul Adawiyah. Tidak perlu memakai kasutnya. Rabiatul Adawiyah itu insan yang tersendiri.

Bagi kita di sini, bercintalah dengan Allah secara realiti.

CINTA ILAHI ADA CARANYA

Tidak pernahkah kita merenung ingatan dari Allah sendiri terhadap orang yang mendakwa mereka itu cinta kepada-Nya?

tuhibbunallah.JPG

“Katakanlah: Jika sesungguhnya kamu itu mencintai Allah maka ikutlah aku, nescaya kamu juga akan dikasihi oleh Allah, dan akan diampun-Nya kesalahanmu. Dan Allah itu Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (Aal Imraan 3: 31)

Jika cintakan Allah, contohilah Rasulullah SAW. Hiduplah macam Rasulullah, buatlah kerja macam Rasulullah.

Sibukkan diri dengan belajar dan mengajar, berdakwah dan memberi peringatan, membela agama dan bekerja untuk ummah, sibukkan diri dengan segala kebajikan demi cinta kita kepada-Nya.

Berhentilah berpuisi, andai puisi itu datang dari sebuah khayalan tentang cinta Ilahi sambil memicit jerawat di tingkap pagi.

Jika mahu mengungkapkan Cinta pada madah dan kata, luahkan ia dari rohani dan jasmani yang bekerja untuk kekasih-Nya. Hiasilah blog kalian dengan catatan amal dan muhasabah diri, bukan retorik dan angan-angan terhadap CINTA ILAHI.

ABU SAIF

SUMBER:http://saifulislam.com/?p=705

24 December 2009

Tazkirah Cuti..

Lagi musibah yang tercipta...RogOL + bUnUH! Hari ini dia...lepas ni siapa?????

Salam,
Apa khabar semua? Tentu semuanya seronok bercuti.. Sehari dua nih masy kita dgemparkn dengan berita yg ckp sadis..& sgt2 menyayat hati.
Gadis sunti berumur 12 tahun dibunuh kejam dan dihumban dlm kolam takungan! kajian Polis pula mendapati ada kemungkinan adik kita tadi dirogol...

Allahu Akbar! manusia jenis apa yg tergamak bertindak liar lebih dr seekor binatang! Kes rogol semenjak dua menjak ni nampaknya berakhir dengan pembunuhan.

Kita mungkin jadi penyebabnya!

Kes rogol biasanya dikaitkan dengan pemakaian terdedah, tak pakai tudung, pakai seksi, tayang body dsb. Tapi adik kita yg jadi mangsa dlm kes ni katanya berkulit gelap dan baru berumur 12 tahun. Apalah sangat daya tarikan yang ada padanya? Jadi kalau soalan tentang punca gadis ini dirogol diajukan pada anda...apa jwpn anda???

Bagi ust, puncanya tetap sama! aurat terdedah, hubungan terlarang dan penonjolan tubuh badan memang selamanya akn mengundang padah!

CUMA dalam kes ni, perogol mungkin 'geram' pada org lain..tapi org lain pula menanggung derita! Apa maknanya? Maknanya... masyarakat kita mungkin bekerjasama bersubahat dengan perogol dan menjadi penyebabnya. Mana taknya, sesetngh artis wanita bpakaian mcm bertelanjang! Makcik2 plak ramai yg bgaya ala minah rempit, budak2 pompuan yg msh bsekolah pun bkn men berani dgn gaya 'daring' yg merosakkan. ketat,sendat, sempit, londeh, singkat..mmg trend budak 'separuh akal' masa kini. Semua ni berlaku depan mata, saban hari dan setiap waktu! Mana tak naik setan si Laki berhidung belang! Alih2 x dpt sentuh yg dok mencacai dalam TV,yg bergolek2 di stesen bas, akhirnya yg berkulit gelap n baru berusia 12 tahun tu yg jadi mangsa!

Astaghfirullah... memang semua ni musibah yg mengundang bala! Siren awal kecelakaan dlm bentuk tsunami dulu dah dibunyikan, siren gempa bumi jg kedengaran dan makin hampir... yg pasti dtg untuk yg terakhir tentulah kehancuran!

Ya Allah, selamatkan kami dari semua musibah ini dan jauhkan kami dri bala siksaMu..

Pada anak2 gadis ust di sekolah, marilah kita insafi peristiwa ini dan berubahlah sempena maal hijrah ni.. hijrah ke arah yg lebih mulia, hijrah ke arah menjadi wanita yg dihormati! Tinggalkan maksiat, baju sendat ketat dan kembalilah pada Islam..

Kata Nabi SAW: 'Aslim Taslam!'... Islamlah kamu,nescaya selamat!

Sekian dulu, maaf andai terkasar dan terkhilaf. Allah jua Maha Mengetahui...

Ust Nik


KERATAN AKHBAR DARI UTUSAN ONLINE 24/12/2009

Mangsa rogol dan liwat?

  • Mayat kanak-kanak mangsa pembunuhan kejam yang ditemui di kolam tadahan banjir di Jalan Semarak, Kuala Lumpur semalam dipercayai dirogol dan diliwat.
  • Hasil bedah siasat selama empat jam di Hospital Kuala Lumpur semalam mendapati, kesan koyak pada alat sulit mangsa dipercayai disumbat benda tumpul.
  • Mangsa dijerut dengan tuala kecil sehingga mati sebelum mayatnya dicampak dalam kolam. Terdapat kesan suntikan BCG di lengan kirinya.
  • Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, sampel termasuk cap jari dan gigi mangsa dihantar ke Jabatan Kimia bagi mengenal pasti identiti kanak-kanak itu. Polis akan menyiasat pelbagai sudut termasuk serangan seksual.
  • Tiada ahli keluarga menuntut mayat kanak-kanak itu. Malah, identitinya masih misteri kerana tiada laporan kehilangan kanak-kanak diterima.
  • KUALA LUMPUR 23 Dis. – Hasil bedah siasat terhadap mayat kanak-kanak yang ditemui di kolam tadahan banjir di ibu negara semalam, menunjukkan mangsa mungkin dirogol dan diliwat sebelum meninggal dunia.

    Bedah siasat yang dijalankan hampir empat jam di Hospital Kuala Lumpur (HKL) mulai pukul 10.30 pagi ini mendapati, terdapat kesan koyak pada alat sulit mangsa dipercayai akibat dirogol dan diliwat beberapa kali.

    Laporan bedah siasat itu turut mendedahkan mangsa mati akibat dijerut menggunakan tuala kecil sebelum mayatnya dicampak dalam kolam tadahan banjir di Kampung Koyan, Lorong Gurney di Jalan Semarak di sini.

    Kanak-kanak malang yang dianggarkan berusia 12 tahun dan berkulit gelap itu turut mempunyai kesan suntikan BCG di lengan kirinya.

    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul petang ini berkata, polis telah menghantar beberapa sampel termasuk cap jari dan gigi mangsa untuk mengenal pasti identiti kanak-kanak itu.

    Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal, mangsa dipercayai dibunuh di satu lokasi lain sebelum mayatnya dicampak dalam kolam berkenaan.

    ‘‘Bedah siasat mendapati, leher mangsa lebam akibat dijerut manakala kedua-dua lututnya melecet dipercayai diseret dan berlaku pergelutan,’’ katanya.

    Ditanya sama ada mangsa dirogol dan diliwat, Zakaria berkata;

    ‘‘Siasatan kita meliputi pelbagai aspek termasuk serangan seksual. Apa-apa pun ia terlalu awal untuk mendedahkannya. Biar kita siasat dulu”.

    Semalam, mayat kanak-kanak itu ditemui terapung di perangkap sampah kolam tadahan banjir kira-kira pukul 11.30 pagi.

    Ketika ditemui, terdapat kesan jerut dengan kain di leher mangsa yang hanya memakai baju tidur tanpa seluar dalam.

    Menurut Zakaria, berdasarkan pemeriksaan awal, katanya, mangsa dipercayai dibunuh dalam tempoh 24 jam sebelum mayatnya ditemui.

    Ketika ditanya sama ada pembunuhan itu dilakukan oleh mereka yang rapat dan mengenali mangsa ekoran tiada laporan mengenai kehilangan kanak-kanak dibuat, beliau tidak menolak kemungkinan itu.

    Sehubungan itu, polis meminta waris atau ahli keluarga terdekat yang kehilangan kanak-kanak supaya menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Supritendan Che Aziz Md. Isa di talian 012-9280024 dengan segera.

    Lebih menyedihkan, sehingga pukul 6 petang ini, mayat kanak-kanak itu masih ditempatkan di bilik mayat HKL kerana tiada waris yang datang menuntut mayat itu.

    Malah, tiada sebarang laporan mengenai kehilangan kanak-kanak dibuat di mana-mana balai polis setakat petang ini.

    24 November 2009

    sElaMAt hArI RAye kURbAn..

    sElaMAt hArI RAye kURbAn..

    Sembelih...sembelih..sembelih....... jangan tak sembelih!


    Sembelihan Kurban pada perayaan besar umat Islam ini adalah satu syiar yang mulia. Namun falsafah di sebaliknya gagal difahami oleh orang kebanyakan.

    Sembelihan bukan semata2 dituju pada batang tengkok haiwan ternakan, tapi patut di'tala juga pada nafsu, syahwat, maksiat! Sembelih semuanya...

    sembelih juga kemalasan beribadat,
    sembelih juga lidah yang bengkang bengkok dengan kata dusta dan fitnah,
    sembelih juga hati yang berkeinginan melihat aurat,
    sembelih juga keseronokan ber'adik abg angkat,
    sembelih juga cinta yang tak mengikut syariat,
    sembelih juga kata2 kasar untuk mak bapak,
    sembelih juga telinga yang seronok sedap mendengar perkara maksiat & kata umpat,
    sembelih juga akal yang panjang tuk buat perkara jahat,
    sembelih juga pakaian yang jarang, ketat dan sendat,
    sembelih juga pusat2 yang ditayang tak kira tempat,

    sembelih juga tudung2 kepala yang tak ikut piawaian negeri Akhirat, (jarang/nipis/berbayang/nampak tocang dll)

    sembelih juga....

    (ha..sambung sendiri la.... sendiri mesti mau ingat segala perkara yg kita terlanjur perbuat supaya depan Allah nanti tak jadi SANG KEPARAT!)

    Sembelih...sembelih..sembelih....... jangan tak sembelih!

    sElaMAt hArI RAye kURbAn..

    22 November 2009

    Kelas P. Islam Di Musim Cuti.. ;)

    Berkongsi Soalan SMS?

    Salam sumer. Pagi ni ust nak kongsikan jawapan SMS ust pada seorang pelajar yang sudi bertanya satu soalan yang cukup baik. Tahniah pada yang bertanya coz ada keinginan yg tinggi tuk bermujahadah berperang dengan musuh dalam selimut iaitu ‘nafsu ammarah bis su’ (Nafsu yg mendorong keinginan jahat)..

    Maaf juga coz ust kongsikan di sini..tp ust rasa soalan tu baik untuk semua..

    Tips Kawal Nafsu..

    ASsalamUaaLaikuM ust,,

    MacAm mAna nK kRangkn kEHendAk nAfSu??

    CoNt0h?

    Wsalam. Mmg alam remaja pnh dugaan nfsu. Sbb rmaja ni klompok y plg hmpr dgn punca nfsu.

    SYARAT NAK KAWAL NAFSU

    Appn syrt plg awal nk kwl nfsu ialah buang seg rantaian Syaitn y ada pd hati kita cthnya ksronokn pd gmbr2 seksi, simpan awek n adik angkt,filem2 ghairah,mata y liar dsb. Smuanya kna buang dulu..br bleh kwl nfsu. Klu x buang smuanya, jd mcm org y bcucuk tanam,tp mlepaskn kambing dlm ms y sama. Tanaman akn psti rosak! @ mcm nelayan y mjala dgn pukat y bocor..dh tntu tiada hasilnya. Kita pn akn leka..tau2 je dh mati n tggu dhisab ats seg timbunn dosa.

    LPS TINGGLKN SMUA TU BR BLEH MULA KWL NFSU:

    1.

    Slt kyuk n minta dgn Allah tlg jg ht kita dr 1wktu Slt ke wktu Slt strsnya. (doalah dlm ht ms sujud akhr tiap kali Slt.

    2.

    Sibuk'n diri dgn kerja2 len or hobi y mnrk.

    3.

    Puasa dgn niat y jelas.

    4.

    Denda diri dgn ibadat or sedekah bila tbuat dosa.

    5.

    Amalkn Slt snt hjt n taubt..x Mgkn org y nk Mnta ssuatu dgn org len akn mkhinatinya tlbih dulu. Mcm tu jg kita dgn Allah.

    6.

    curahkn spnh ksh syg pd y halal n berhak cm Ibu n adik2 kndung. (kkadang awek n adik agkt haram y kita lebihkn dr y halal)

    7.

    bykkn bdoa dlm stiap keadaan. Biar 'online' btl2 dgn Allah.

    OK..SLMT M'CUBA! =) he..mcm bg resepi plak..

    21 November 2009

    Siti Terima Keputusan Cemerlang UPSR Depan Jenazah Ibu

    http://mstar.com.my/variasi/manusia_peristiwa/cerita.asp?file=/2009/11/20/mstar_manusia_peristiwa/20091120154102&sec=mstar_manusia_peristiwa


    Siti Amynur Ain Putri Mohd Ameen Azaly, 12, berdoa di kubur ibuya Rusmah Abdullah yang meninggal dunia malam kelmarin di Tanah Perkuburan Makam Tuan Haji Said kelmarin. Siti Amynur yang berjaya memperolehi keputusan 5A dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) mendapat keputusan yang disampaikan oleh guru besar sekolah itu, Noreha Adam itu di hadapan jenazah ibunya sebelum dikebumikan semalam. - Foto BERNAMA

    SEREMBAN: Tidak seperti murid Tahun Enam lain yang kegirangan ketika menerima keputusan cemerlang 5A Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Siti Amynur Ain Putri Rosdy kesedihan menerima keputusan itu di hadapan jenazah ibunya.

    Apabila keputusan UPSR diumumkan di pejabat Sekolah Kebangsaan Taman Dusun Nyior semalam, Siti Amynur Ain Putri berada di surau rumah rakyat Taman Dusun Nyior untuk membantu kaum keluarga yang lain menguruskan jenazah ibunya, Rusmah Abdullah, 47, yang meninggal dunia akibat tekanan darah rendah pada tengah malam Rabu selepas terlantar di wad hospital selama dua minggu.

    Berderai air mata Siti Amynur Ain Putri dan kaum keluarga yang lain apabila guru besar sekolah itu, Noreha Adam menyampaikan keputusan ke tangan pelajar itu sendiri di hadapan tubuh kaku ibunya beberapa minit sebelum solat jenazah dimulakan pada pukul 11.30 pagi semalam.

    "Saya sedih sangat, ibu tidak dapat melihat keputusan ini. Ibu selalu berpesan semasa hidup bahawa saya ini harapan dia, ayah pula sudah meninggal dunia empat tahun lalu," kata Siti Amynur Ain Putri dengan linangan air mata.

    Pelajar itu kini hidup yatim piatu bersama abangnya yang berusia 14 tahun. Selepas ayahnya meninggal dunia akibat sakit tibi, ibu Siti Amynur Ain Putri bekerja sebagai pencuci di sebuah hotel bajet rendah di Seremban dengan pendapatan RM500 sebulan.

    Pada April lepas, ibunya terpaksa berhenti kerja apabila pelajar itu mengalami kemalangan sehingga patah kaki dan keluarga itu terpaksa hidup dengan bantuan kewangan RM400 sebulan.

    Setiap hari selepas berhenti kerja, ibunya akan berjalan kaki sejauh satu kilometer untuk menghantar nasi bungkus kepada Siti Amynur Ain Putri kerana pelajar itu tidak balik rumah untuk menunggu kelas bimbingan UPSR.

    Siti Amynur Ain Putri Rosdi, 12, (tengah) mengaminkan doa yang dibacakan oleh guru agama Ustaz Zakri Abdul Azizi (kiri) ketika melawat kubur ibuya Rusmah Abdullah. Turut serta (dari dua kiri) abang dan dua ibu saudaranya.

    Guru besar Sekolah Kebangsaan Taman Dusun Nyior, yang terkejut ketika dimaklumkan ibu Siti Amynur Ain Putri meninggal dunia, berkata: "Siti merupakan ketua murid di sekolah kami. Kami tahu dia akan mendapat keputusan cemerlang. Pagi-pagi saya sudah ke Pejabat Pelajaran Daerah untuk mengambil keputusan (UPSR) seawal mungkin.

    "Saya nekad untuk mendapat keputusan cepat dan sampaikan sendiri ke tangan Siti sebelum jenazah ibunya dikebumikan di tanah perkuburan Makam Tuan Haji Said," katanya.

    Beliau dengan ditemani seorang guru hampir sahaja terlewat dan Noreha tidak putus-putus berdoa supaya Siti Amynur Ain Putri menerima berita baik di sebalik ujian berat yang menimpa pelajar itu.

    Ketika menyampaikan keputusan itu ke tangan murid Tahun 6 itu, Noreha berkata suasana sangat hiba dan puluhan orang termasuk ahli surau terdiam tetapi beliau mengumpul semangat untuk memberitahu kepada murid itu: "Ibu tentu tahu Siti mendapat keputusan cemerlang".

    Noreha, yang berpengalaman dalam bidang perguruan selama 24 tahun, kini berusaha untuk membantu Siti Amynur Ain Putri mendapat tempat di sekolah berasrama penuh.

    "Siti ini tabah orangnya, kami tidak tahu pun ibunya dimasukkan ke wad selama dua minggu sebelum meninggal dunia. Semasa Siti patah kaki pada April lepas, dia mendapat cuti sakit selama dua bulan tetapi masuk bulan kedua, dia berazam untuk datang ke sekolah," katanya.

    Katanya Siti Amynur Ain Putri mahu mengubah kemiskinan keluarganya dan bercita-cita menjadi seorang pensyarah. BERNAMA

    20 November 2009

    Renungan bersahabat...

    Senaman Untuk Tulang
    www.iLuvislam.com
    Editor : almusafirq8


    JANGANLAH malas, bangun dan bersenam! Perkara pertama yang terlintas di fikiran anda bila menyentuh tentang tulang pastinya kalsium. Tetapi untuk mencapai
    tulang yang sihat anda tidak boleh sekadar mengambil nutrien yang cukup. Melakukan senaman yang betul juga penting untuk menguatkan tulang!

    Sebenarnya, selain kuat, tulang juga fleksibel. Inilah sebabnya ahli gimnastik boleh melentur badan hingga ke bentuk yang tampak mustahil tanpa mematahkan tulang mereka! Tulang adalah tisu hidup, jadi ia terus bertindak kepada tekanan dari aktiviti yang dikenakan ke atasnya.

    Tulang kita terdiri daripada kombinasi kolagen dan kristal mineral yang terbina daripada kalsium dan fosfat. Matriks kolagen inilah yang membenarkan tulang berkembang dan mengecut tanpa patah. Dalam kata lain, tulang anda akan bertindak balas dan menjadi lebih kuat untuk menahan tekanan yang dikenakan ke atasnya. Jika anda tidak aktif secara fizikal, tulang anda menjadi lebih lemah dan rapuh, mendedahkannya kepada risiko patah.

    Impak tinggi

    Apa juga senaman yang memerlukan anda mengangkat berat dan melawan graviti dapat membantu mempertingkat dan mengekalkan jisim tulang. Tekanan dari mengangkat berat serta aktiviti tolak-tarik otot akan menggalakkan pembentukan tulang, menjadikannya lebih kuat.

    Senaman berimpak tinggi dan menahan berat adalah paling efektif dalam membina tulang yang kuat. Senaman bertujuan membina tulang anda, bukan mematahkannya. Aktiviti seperti berlari, melompat, mendaki, menari dan bermain permainan seperti tenis dan badminton menghasilkan impak yang sama seperti senaman menahan berat.

    Senaman menahan berat impak rendah seperti berjalan dan aerobik impak rendah pula lebih sesuai bagi yang mereka yang mahu membina tulang kuat tetapi tidak boleh melakukan senaman impak tinggi. Anda juga boleh melakukan latihan ketahanan dan senaman yang menguatkan seperti angkat berat atau tekan tubi. Namun, anda perlu berjaga-jaga dan dapatkan nasihat doktor atau jurulatih peribadi terlebih dahulu untuk mengelakkan kecederaan.

    Bagi yang berusia, penderitaan dari keretakan tulang akibat terjatuh boleh menjejaskan keupayaan anda untuk menjalani hidup normal. Sehingga 20 peratus mangsa yang mengalami keretakan pinggul meninggal dunia selepas satu tahun manakala dua pertiga yang terselamat pula menjadi individu kurang upaya. Di samping memastikan rumah dan persekitaran anda selamat dari risiko terjatuh, anda juga perlu mengambil inisiatif untuk memperbaiki keseimbangan dan postur badan melalui senaman. Melakukan tai chi memberikan anda lebih keseimbangan, postur dan koordinasi yang dapat membantu anda mengelak daripada terjatuh.

    Senaman untuk tulang sihat boleh disesuaikan mengikut peringkat umur dan keperluan. Senaman boleh membantu membina tulang sihat ketika zaman kanak-kanak dan mengekalkannya ketika dewasa. Orang yang berumur dan kerap bersenam juga boleh menguatkan tulang dan mengurangkan risiko patah. Jadi, tidak kira berapa umur anda, atau apa juga keadaan fizikal anda, anda boleh mencari jenis senaman yang sesuai untuk diri sendiri.

    Walaubagaimanapun, adalah berbahaya untuk melakukan senaman tanpa mengetahui had anda. Senaman yang berlebihan boleh menyebabkan keretakan akibat stres dan kerosakan sendi. Ada juga senaman yang boleh menyebabkan jatuh dan meningkatkan risiko keretakan tulang. Penghidap osteoporosis dan warga emas boleh meningkatkan risiko kepatahan tulang jika memulakan senaman berat tanpa mendapatkan nasihat doktor atau pakar perubatan.

    Penyesuaian

    Setiap senaman perlu disesuaikan mengikut keperluan dan keupayaan. Senaman selama 30 minit pada kebanyakan hari dalam seminggu adalah digalakkan jika anda mempunyai jisim tulang rendah, menghidap osteoporosis atau berusia lebih 50 tahun.

    Berhati-hatilah dengan halangan lazim untuk bersenam seperti malas atau kesuntukan masa. Senaman boleh diterapkan dalam kehidupan untuk menepati keperluan dan gaya hidup anda supaya ia tidak menjadi sesuatu yang membosankan. Jadilah kreatif dan pastikan anda gembira melakukannya. Dengan ini, anda akan dapat meneruskan senaman dengan rela dan bukan separuh hati.

    Membina tulang sihat adalah komitmen sepanjang hayat dan aktiviti fizikal boleh membantu anda mencapainya. Sama ada anda di rumah, pejabat atau sekolah, anda boleh memasukkan senaman untuk disesuaikan dengan gaya hidup anda. Apa yang penting, anda bergerak dan menikmati manfaatnya sepanjang hidup anda.

    Sumber artikel : Utusan Malaysia Online

    06 November 2009

    Tazkirah Remaja: Bahaya barah maksiat batin

    Bersama Ustaz Mohd Zawawi Yusoh

    "BANYAK konflik berlaku, sudah hendak kiamatlah," kata seorang teman kepada penulis pada suatu pagi di kedai mamak.

    Semua tidak kena satu pihak salahkan pihak yang lain begitulah sebaliknya.

    Pembaca sekalian, adakah anda sedang berkonflik atau mungkin mengharunginya dengan perasaan yang melukakan?

    Terdapat banyak punca berlaku konflik, antaranya sifat hati yang kotor. Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Dalam hati manusia ada seketul daging, jika baik dia maka baiklah yang lain, jika rosak daging ini maka akan rosaklah anggota lain, daging seketul itu adalah hati."

    Hati kotor ini akan berjangkit dalam bentuk emosi yang akhirnya akan melakukan tindakan tidak rasional. Inilah yang dinamakan dengan maksiat batin. Di sini timbul seribu satu perangai negatif yang akhirnya akan menjurus kepada berlakunya konflik.

    Antara maksiat batin itu seperti:

    1) Maksiat perut iaitu seseorang itu terlalu banyak makan makanan yang tidak halal atau haram seperti meminum arak dan makanan yang dimakan dari punca rezeki yang tidak halal.

    2) Maksiat mata iaitu seseorang yang suka melihat kepada bahan lucah dan haram.

    3) Maksiat lidah yakni bercakap perkara-perkara yang tidak elok seperti mengumpat dan memfitnah.

    4) Maksiat faraj bermaksud melakukan hubungan jenis di luar nikah dan lain-lain perhubungan jenis yang tidak dibenarkan.

    5) Maksiat tangan yang bermaksud mencuri harta orang lain, menyeleweng kuasa yang diamanahkan dan juga mendapatkan harta secara haram.

    6) Maksiat kaki bermaksud sentiasa mengunjungi ke tempat maksiat seperti ke kelab malam, tempat pelacuran dan tempat perjudian.

    7) Maksiat telinga bermaksud mendengar perkara-perkara yang tidak elok seperti mendengar orang sedang mengumpat, memfitnah dan memburuk-burukkan orang lain.

    Maksiat batin ini seterusnya akan berjangkit pula ke arah maksiat zahir, antaranya:

  • Bercakap banyak

  • Suka marah-marah

  • Berhasad dengki

  • Bakhil

  • Suka bermegah-megah

  • Sombong dan takbur dengan diri sendiri

  • Cintakan dunia

  • Suka memfitnah

  • Ujub iaitu menyangka dirinya terlalu sempurna

  • Riak iaitu perbuatan yang dilakukan semata-mata kerana terlalu inginkan pujian dan sanjungan dari orang lain.

    Apabila seseorang Islam itu melakukan maksiat yang dinyatakan di atas, maka akan bertambahlah titik dosa dalam dirinya yang menjadikan dirinya mengalami lebih konflik.

    Bagi mengatasi masalah dan konflik itu mestilah berbalik kepada Islam dengan menghayati hak orang lain seperti mengawal hati dengan ibadat khusus serta sunat dalam ibadat umum. Mesti merasai roh ukhuwah yang mendalam dengan ikatan akidah yang kuat serta percaya kepada hari akhirat.

    Segala perbuatan yang dikira itu akan merendahkan keegoan yang bersarang dalam nafsu kita dan Insya-Allah akan mengurangkan konflik.

  • Sumber: http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/AdDin/20091106101550/Article/indexv_html







    05 October 2009

    Puasa bulan syawal - Ganjaran Berganda!


    Hadith :

    Dari Abu Ayyub al-Anshari r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, kemudian diiringinya dengan puasa enam hari di bulan Syawal, maka yang demikian itu seolah-olah berpuasa sepanjang masa.”

    (Riwayat Muslim)


    Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

    31 August 2009

    Tazkeerah Ramadhan

    HENDAK KE MANA ANDA? (WHITHER GO YE?)


    Hari ini anda bangun pagi. Apa yang anda lakukan. Anda mungkin membersihkan diri. Mungkin anda solat subuh? Atau tidak? Anda sempat sarapan di rumah?

    Jika anda telah berkeluarga, setelah mengucapkan selamat kepada anak/isteri anda bergegas ke tempat kerja. Mungkin anda berkenderaan sendiri.

    Mungkin sepanjang jalan anda memikirkan peristiwa semalam. Mungkin anda merancang apa yang bakal anda lakukan hari ini, esok, minggu depan, tahun depan. Seribu satu persoalan mungkin bermain di benak anda.


    Sepanjang perjalanan. Mungkin anda tersenyum memikirkan gelagat rakan-rakan pemandu lain. Mungkin anda geram, marah, menyumpah dengan karenah mereka.


    Anda mungkin mempunyai teman ketika memandu..isteri,suami, rakan. Anda berceloteh dengan mereka? Atau anda masam mencuka? Ceriakah anda hari ini sepanjang perjalanan?


    Anda mungkin menaiki kenderaan awam.. LRT, bas, komuter, monorel. Anda melihat sekeliling anda. Kelihatan pelbagai jenis manusia; pelbagai ragam, pelbagai karenah, pelbagai riak muka; senyum, masam, sedih, ceria, tak kisah, ‘stone’…mereka seperti anda juga sedang memikirkan mengenai diri mereka dan mungkin juga sedang menilai riak muka anda!


    Anda tiba di tempat kerja. Anda pekerja misali. Anda menjalankan tugas dengan tekun dan dedikasi. Atau anda sebaliknya.. curi tulang? Anda menghadapi seribu satu macam cabaran; dengan bos, dengan rakan sekerja, dengan pelanggan… Tengahari anda ke kantin, restoran, kafe untuk makan.


    Tiba waktu pulang.. anda menjejaki semula langkah anda sewaktu anda datang. Mungkin anda singgah di supermarket, minimarket, pasar malam untuk membeli beberapa keperluan dan akhirnya pulang ke rumah.


    Solat anda bagaimana hari ini? Subuh? Zuhur? Asar? Atau anda tidak kisah? Tidak ambil peduli?

    Anda mungkin berpeluang bersukan, dan mandi. Anda solat maghrib? Keluarga anda bagaimana?


    Malamnya anda sibuk menyediakan atau mencari makanan. Selepas makan anda berhibur. Anda mungkin mengadap sumber nombor satu hiburan masakini TV, VCD, DVD, Hi-Fi, Satellite..dan entah apa lagi. Akhirnya rasa mengantuk melanda diri anda, rakan, anak dan isteri. Anda masuk ke bilik tidur untuk berehat.


    Demikian perjalanan hidup anda hari ini..


    Esok.. anda mengulang kisah harian anda… besar kemungkinan plotnya hampir sama.. itulah rutin anda…


    Esok, anda bermula dari perenggan satu coretan ini..

    ************************************************************

    Anda, saya dan semua orang selesa dengan hidup kita
    kini. Oleh itu, kita beraksi seolah-olah nikmat dan
    keselesaan kita kini akan berkekalan.

    Oleh kerana kita belum nampak alam akhirat, kita sukar
    mempercayainya.

    Manusia yang selesa dengan hidup dan sukar mempercayai
    alam akhirat yang lebih luas dan kekal abadi ialah
    umpama bayi dalam kandungan rahim ibunya.

    Dia berasa selesa dengan keadaannya menerima zat dan
    makanan melalui urinya. Dia terlena dibuai mimpi.

    Tika itu, jika diberitakan kepada bayi, “kehidupan
    kamu di sini hanya sementara. Di luar dunia kecil kamu
    ini ada alam yang lebih luas.”..akan percayakah ia?

    Oleh kerana ia masih belum melihatnya dan ia sudah
    berasa seronok, selesa dan leka dengan hidupnya kini,
    ia tidak yakin dengan nasihat yang menyebutkan tentang
    dunia yang lebih luas, penuh cabaran dan mungkin lebih
    menyeronokkan di luar rahim ibunya. Ia tidak mahu
    memikirkannya.

    Ia tidak mahu ambil pusing. Ia tak ambil kesah.

    Setelah ia lahir ke dunia, maka barulah jelas padanya
    bahawa kehidupan dan keseronokan rahim ibu hanyalah
    sedikit. Cabaran dan pancaroba alam barunya lebih
    besar.

    Begitulah kita, dia, anda dan saya.

    Sukar kita menerima sesuatu yang kita belum
    merasainya, belum melihatnya. Sesuatu yang deria kita
    belum mencapainya.

    Walaupun ianya satu hakikat yang ‘real’.

    Susah sungguh bagi kita menerima hakikat bahawa mati
    bukan penyudah riwayat kita walaupun itulah
    hakikatnya.

    Berat untuk kita percaya kematian hanya pembuka pintu
    ke alam barzakh dan seterusnya alam akhirat walaupun
    itulah realitinya.

    Sukar kita menaruh keyakinan mendalam selepas kematian
    ada alam yang baqa’ kekal selama-lamanya walaupun
    itulah yang sebenarnya yang akan kita semua tempuhi.

    Sumber: Hasil pena Dr. Omar

    EXCO BARU ASRAMA 2010/11

    EXCO BARU ASRAMA 2010/11

    Membeli Sambil Menderma!

    Membeli Sambil Menderma!

    Template by:
    Free Blog Templates