27 October 2010
10 May 2010
Sekadar berkongsi....foto kenangan
Alhamdulillah..tanggal 15 april yg lalu merakamkan kenangan yg x mungkin ust lupakan apabila tersenarai sebagai penerima anugerah APC (Anugerah Perkhidmatan Cemerlang). Sesungguhnya anugerah ini bukanlah satu kebanggaan malah amanah utk terus berjuang di persada pendidikan.


Jalan yg dipilh untuk menjadi guru memang penuh liku & ranjau..perjalanannya jg msih panjang. Mudah2an jalan ini walau susah atau senang..akhirnya dpt membawaku ke Syurga idaman...
Terima kasih buat ayah ibu, isteri, adik2..rakan2 & anak didik yg sentiasa menyokong & mendokong sepanjang perjalanan.
31 December 2009
Alhamdulillah.. Kak Ida selamat melahirkan baby girl seberat 2.3Kg di Pusat Perubatan An-Nisa' Kota Bharu. Bayi dilahirkan tepat jam 2.15ptg.
Saat2 awal kelahiran...



Jazakallah Khairan Jaza'
24 December 2009
Capaian Blog kini 11111
Alhamdulillah, capaian ke Blog Laser dah sampai angka 11111! Sesuatu yg tak pernah Ust jangkakan! Tergiang-giang lagi kata2 bbrp org pelajar masa ust nak lancar LASER hampir 4 tahun dulu (masa nak Rebranding Persatuan Agama Islam), eRrRrrrr..Ust,bleh bjaya ke Persatuan Dakwah ni?? Cam tak der org minat jer! Satg wat malu jer...!
Masa tu ust telan jer air liur dengar. Dlm hati terdetik.. 'berani jgk budak2 nih!' tapi apapun ust yakin dan percaya ISLAM dlm apa bentuk sekalipun adalah GULA kepada sang semut! Tarikan graviti ke arahnya bukan dibuat2, tapi tarikan dr Langit aturan yg Maha Kuasa!InsyaAllah... tu sepatah pkataan yg keluar dr mulut ust waktu tu dan alhamdulillah, dgn berkat InsyaAllah tu ramai yg bg support dr awal penubuhannya hinggalah LASER jd sebahagian dr hidup student n Xstudent Seri Nibong! =) malah ust jgk byk dihubungi dr kwn2 kiter dr sekolah len bertanyakn pelbagai soklan remaja dan nk minta blaja organize psatuan Islam & program2 mcm yg Laser dok wat ni.. Alhamdulillah...
Kesempatan ni Ust ucapkan Jazakumullah Khairan Jaza' pada sumer yg myokong dan membantu termasuk para pelawat blog dr segenap ceruk... Terima Kaseyyy! Mg Allah mengganjari segalanya!
Ust Nik
24 November 2009
sElaMAt hArI RAye kURbAn..
Sembelih...sembelih..sembelih....... jangan tak sembelih!

Sembelihan Kurban pada perayaan besar umat Islam ini adalah satu syiar yang mulia. Namun falsafah di sebaliknya gagal difahami oleh orang kebanyakan.
Sembelihan bukan semata2 dituju pada batang tengkok haiwan ternakan, tapi patut di'tala juga pada nafsu, syahwat, maksiat! Sembelih semuanya...
sembelih juga kemalasan beribadat,
sembelih juga lidah yang bengkang bengkok dengan kata dusta dan fitnah,
sembelih juga hati yang berkeinginan melihat aurat,
sembelih juga keseronokan ber'adik abg angkat,
sembelih juga cinta yang tak mengikut syariat,
sembelih juga kata2 kasar untuk mak bapak,
sembelih juga telinga yang seronok sedap mendengar perkara maksiat & kata umpat,
sembelih juga akal yang panjang tuk buat perkara jahat,
sembelih juga pakaian yang jarang, ketat dan sendat,
sembelih juga pusat2 yang ditayang tak kira tempat,
sembelih juga tudung2 kepala yang tak ikut piawaian negeri Akhirat, (jarang/nipis/berbayang/nampak tocang dll)
sembelih juga....
(ha..sambung sendiri la.... sendiri mesti mau ingat segala perkara yg kita terlanjur perbuat supaya depan Allah nanti tak jadi SANG KEPARAT!)
Sembelih...sembelih..sembelih....... jangan tak sembelih!
sElaMAt hArI RAye kURbAn..
08 November 2009
Foto Prog Motivasi Bersama Dr. Danial...
'Al-Quran & Kecemerlangan'
Sedikit foto kenangan Prog Motivasi Dr Danial.
Alhamdulillah pada sabtu yang lalu 7/11/09, ust berkesempatan bawa beberapa org kawan2 kita untuk bersama dalam prog tsebut, antaranya Nuraini, Sharida, Umi Kalsom, Rosemimi dan Nabila (student SMKA). Banyak ilmu yg diperolehi dari prog sekerat hari nih. Moga segalanya diamalkan dalam kehidupan... Ingat pesan Dr Danial.. Hidup mesti dengan I.T...(ilmu + Taqwa)!
04 November 2009
Ayat suci di badan bayi..
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/Global/20091021083524/Article/index_html
MAKHACHKALA: Seorang bayi Dagestan membingungkan doktor apabila ayat suci al-Quran ditemui pada tubuhnya.
Ibu bapa kanak-kanak berusia sembilan bulan itu, Ali Yakubov, berkata mereka terkejut apabila perkataan Allah timbul pada dagunya sejurus selepas dia dilahirkan.
Sejak itu, beberapa ayat suci dalam bahasa Arab muncul pada belakang, lengan, kaki dan perut Ali.
Keluarganya mendakwa, ayat lama akan hilang dan ayat baru pula muncul.
|
|
Biasanya, ia berlaku dua kali seminggu, iaitu setiap Isnin dan malam Jumaat.
|
|
Pegawai perubatan berkata, mereka tidak dapat menjelaskan kejadian misteri itu tetapi menolak kemungkinan ditulis seseorang pada kulit kanak-kanak itu.
Ibunya, Madina, berkata dia dan suaminya semakin patuh dalam melakukan suruhan agama selepas kejadian itu.
Madina dan suaminya pada mulanya tidak menunjukkannya kepada sesiapa penemuan itu sehinggalah baru-baru ini apabila perkara itu didedahkan kepada doktor.
Ali kini menjadi tumpuan masyarakat Islam di Dagestan.
Anggota Parlimen tempatan, Akhmedpasha Amiralaev, berkata kanak-kanak itu adalah tanda kebesaran Tuhan.
“Allah menghantarnya ke Dagestan dalam sebagai tanda untuk menghentikan keganasan dan ketegangan di negeri kami,” katanya.
Menurut Madina, Ali biasanya meragam apabila kejadian aneh itu berlaku.
“Dia akan menangis dan suhu badannya meningkat. Sukar untuk memegangnya ketika itu.
“Tubuhnya pula bergerak aktif, memaksa kami meletakkannya dalam buaian.
“Sungguh sedih melihat dia menderita ketika itu,” katanya.
Seorang imam tempatan, Abdulla, memberitahu penduduk tempatan, memang ada ayat dalam al-Quran yang menyatakan, Tuhan akan menunjukkan kekuasaan-Nya di pelbagai tempat dalam dunia, selain pada diri manusia sendiri untuk membuktikan bahawa al-Quran itu kitab yang benar.
“Kejadian itu tidak sepatutnya disembunyikan,” katanya. - Agensi
25 October 2009
Kepada semua pengawas SMKSN, pengawas Asrama SMKSN dan barisan Exco-exconya.. Tahniah kerana ikhlas menghadiri kursus dan didoakan semoga menjadi pemimpin pelajar yang cemerlang dan disegani! Barakallahu fiikum!!
11 July 2009
Terkini
5 orang pelajar kita telah terpilih ke Kem Kepemimpinan tersebut iaitu; Helmi, Amal Furqan, Zafri, Syahida Ayza dan Shahirah Zainol. Prestasi kelima2nya mmg hebat dan amat menonjol! Dan lebih membanggakan dua org drpdnya terpilih ke peringkat kebangsaan...
Sedikit foto untuk perkongsian...
EXCO BARU ASRAMA 2010/11
Membeli Sambil Menderma!
