Showing posts with label Hari Graduasi 09. Show all posts
Showing posts with label Hari Graduasi 09. Show all posts

08 August 2009

Persembahan nasyid sempena Hari Graduasi



Sebuah Pertemuan
Album : See You D IPT
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com


Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

C/O 1:
Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan?
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

(*) Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

C/O 2:
Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Ulang (*)

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman

06 August 2009

Terkini

Majlis Graduasi dan Hari Anugerah SMKSN
Melabuhkan Tirai Dengan Megahnya..


Khamis (6 Ogos 09) Mencatatkan satu lagi kenangan indah buat pelajar SMKSN di mana berlangsungnya Majlis Graduasi dan hari Anugerah dalam suasana yg cukup muhibah. Majlis dimulakan dengan iringan kompang menemani YB Dato Mahmud Zakaria mengambil tempat di dalam Dewan Seri Mawar yang penuh ceria.

Acara dewan bermula dgn nyayian lagu negaraku dan lagu negeri diikuti dengan bacaan doa.

Majlis diteruskan dengan ucapan Tuan Pengetua, YB Dato' Mahmud dan pelancaran Tabung untuk Pembinaan Surau SMKSN yang dijangka menelan belanja lebih RM 300 ribu!

kutipan untuk hari pertama pelancaran telah berjaya mengumpul RM 800. Alhamdulillah.

Majlis kemudian menyaksikan pelajar harapan sekolah menerima anugerah.
TAHNIAH buat semua penerima anugerah termasuk pelajar F5 yang juga penerima sijil graduasi.

Semoga anugerah yg diberi memantapkan azam dan mengukuhkan langkah untuk berjaya dalam xm yang bakal ditempuhi.

Majlis juga diserikan dengan persembahan kump. nasyid al-Shaff yang semakin mantop!! Tahniah n terima kasih. Lagunya amat menyentuh hati.. terutama lagu 'give thanks to Allah'...

Sebelum tamat temasya Hr Graduasi, pel F5 sempat 'posing' dalam sesi fotografi depan dewan baru...
(wp kempunan x dpt jg merasa grad di dewan baru, ust hrp sesi fotografi td dah berbaloi!)

Foto2 sekitar hari Graduasi ini masih dalam proses. harap semuanya bersabar menanti.

Sekian dulu coretan ust. Moga Majlis kita td meninggalkan kita kenangan yg ckp indah dan manis untuk dikenang & diingati.

wassalam

EXCO BARU ASRAMA 2010/11

EXCO BARU ASRAMA 2010/11

Membeli Sambil Menderma!

Membeli Sambil Menderma!

Template by:
Free Blog Templates