Showing posts with label Islam dan sains. Show all posts
Showing posts with label Islam dan sains. Show all posts

02 November 2008

Bacaan di hujung minggu..

AWAS!!!
Bahaya
Makanan Ringan (Junk Food)


Salam buat semua.
Apa khabar pagi ni? Tentunya seronok dapat merehatkan diri di hujung minggu. Apapun cubalah pastikan masa yg terluang di hari cuti ini kita gunakan sebaik mungkin terutama utk buat persediaan exam akhir taun nih.

Pagi ni, Ust merayau2 di alam maya. terjumpa satu artikel karangan Dr Danial yg cukup menarik dan dirasakan relevan buat tatapan kita semua. Nak plak bila memikirkan ada di antara kita yg menjadikan junk food sebagai ulam yg dimakan saban hari.

Justeru teruskan pembacaan & telitilah nasihat Dr Danial sebagaimana berikut:




Makanan ringan boleh dikategorikan sebdrdanialgpagai makanan kurang khasiat yang memudaratkan kerana ia mengandungi karbohidrat jenis biasa, lemak tepu dan garam dengan kadar yang tinggi, di samping rendah ataupun tiada langsung bahan serat, protein, vitamin dan zat-zat logam di dalamnya (Ask The Dietitian-‘Junk Food,’ Joanne Larsen (MS RD LD), 1996, di dietition.com).

Allah berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah jika benar-benar hanya kepada-Nya kamu menyembah.” (Surah Al-Baqarah ayat 172) Nabi Muhammad bersabda: “Jauhilah sesuatu yang memudaratkan...” (Riwayat Malik, Al-Hakim, Baihaqi dan Ibnu Majah)

Pelbagai Makanan Ringan

Kek Makanan ringan sedap tetapi banyak mudaratdan kuih-muih mengandungi kadar gula yang tinggi dan kadar vitamin serta zat-zat logam yang amat rendah. Minuman jenis cola juga mengandungi lebihan gula dan kadangkala ia dicampurkan dengan sejenis dadah yang boleh membawa kepada ketagihan, iaitu kafeina. Ais krim pula mengandungi banyak gula dan lemak.

Minuman jus buah-buahan yang dijual di dalam botol kebanyakannya tidak mengandungi jus buah-buahan asli, sebaliknya mengandungi banyak gula, air, bahan pewarna dan perisa tiruan. Kentang goreng atau potato chips pula mengandungi kadar lemak dan garam yang tinggi yang memudaratkan (The Smart Food, Junk Food, The Learning Network Inc, 2001, factmonster.com/ipka/A0768674.html)

Makanan Ringan Dan Darah Tinggi

Makanan ringan amat berbahaya kepada kesihatan apatah lagi apabila ia diambil selalu. Pengkaji-pengkaji dari Pusat Pendidikan Pacific Health di Bakersfield California, dan Prevention Concepts, Inc. di Los Angeles, pernah menjalankan satu kajian yang melibatkan 200 pelajar sekolah dan mendapati lapan daripada sepuluh pelajar-pelajar itu mengambil lebihan lemak tepu melalui makanan ringan. Ujian makmal menunjukkan, satu pertiga daripada mereka Makanan ringan boleh menyebabkan darah tinggimengandungi kadar kolesterol di dalam darah yang tinggi dan 10% daripada mereka menghidap penyakit darah tinggi.

Kajian ini jelas menunjukkan lebihan lemak tepu yang terdapat di dalam makanan ringan akhirnya menyempitkan pembuluh darah dan menjadi penyebab kepada penyakit darah tinggi terutamanya apabila umur seseorang sudah meningkat (CBC4Kids Daily News Story, The Dangers of a Junk Food Diet, March 16 2000, cbc4kids.ca/general/whats-new/daily-top-stories).


Makanan Ringan Dan Asma

Di dalam kajian yang lain, ahli-ahli sains dari Scotland dan Saudi Arabia mendapati makanan ringan merupakan penyebab utama berlakunyaKes asma meningkat disebabkan makanan ringan peningkatan penyakit alahan dan asma di kalangan kanak-kanak. Kajian ini yang melibatkan 100 kanak-kanak yang mempunyai gejala penyakit asma dan 200 kanak-kanak lain yang tidak menghidapnya mendapati, mereka yang kurang mengambil sayur-sayuran, vitamin E, zat-zat logam dan susu lebih mudah diserang penyakit ini. Kes-kes asma didapati meningkat sebanyak 50% di dalam jangka masa 10 tahun (Junk Food Linked to Child Asthma, Richard T. Herrick (MD), Titan Support Systems Inc, USA, 1998, titansupport.com/people/medical/childasthma).


Makanan Ringan Dan Sakit Jantung

Makanan ringan berbahaya kepada jantung. CNN.com.health bertarikh 14 Mac 2000 melaporkan, makanan} ringan meningkatkan Penyakit jantung dikaitkan juga dengan makanan ringanrisiko remaja menghidap sakit jantung. Ia berpunca daripada lebihan lemak tepu dan kolesterol yang terdapat di dalam makanan ringan pada hari ini. Penemuan ini dibentangkan di dalam mesyuarat Kolej Kardiologi Amerika di Anaheim, California (CNN.com.health, Study: Junk Food Raises Teens' Risk Of Heart Disease, Elizabeth Cohen, March 14, 2000, .cnn.com/2000/HEALTH/03/14/teen.arteries/


Makanan Ringan Dan Kesan Pada Otak

Makanan ringan juga boleh merosakkan fungsi otak. Satu kajian telah di lakukan di Baycrest Centre for Geriatric Care di Universiti Toronto, Kanada, berhubung dengan perkara ini. Mereka mendapati makanan ringan yang memang mengandungi lebihan lemak, merosakkan daya konsentrasi dan ingatan otak. Hal ini disebabkan, Makanan ringan merosakkan fungsi otakotak memerlukan glukosa untuk berfungsi dengan baik sedangkan lebihan lemak mengganggu peranan glukosa itu.

Profesor Carol Greenwood, seorang pakar sains dari Kunin-Lunenfeld Applied Research Unit di Universiti Toronto merumuskan, makanan ringan yang mengandungi kadar lemak dan protein yang tinggi dan karbohidrat yang rendah pastinya bukan makanan yang sesuai untuk otak manusia (Junk Food Impairs Brain: Study, Steven de Sousa, Feb. 26 2001, University of Toronto, newsandevents.utoronto).


Makanan Ringan Dan Buta

Mereka yang banyak mengambil makanan ringan yang tinggi kadar lemaknya, menghadapi risiko yang tinggi menjadi buta apabila berumur dalam lingkungan 55 tahun. Penyakit ini yang dikenali sebagai macular degeneration sering menyerang perokok-perokok namun sekarang ia juga menyerang peminat-peminat makanan ringan.

Penemuan ini yang dimuatkan di dalam Archives of Ophthalmology, dilaporkan oleh pakar-pakar sains dari Massachusetts Eye And Ear Infirmary di Amerika, selepas melakukan kajian ke atas 349 orang pesakit Makanan ringan meningkatkan risiko menajadi butayang berumur di antara 55 hingga 80 tahun. Semua ini mengesahkan tentang bahaya makanan ringan yang popular di kalangan masyarakat moden pada hari, justeru pengambilannya perlu dikawal sebelum kemudaratan yang lebih teruk menimpa ke atas diri kita (ABCNEWS.com, Blinded by Junk Food? Study: Snacks May Be Bad For Vision, Aug. 15 2001, abcnews.go.com/sections/GMA/GoodMorningAmerica).

Tambahan daripada itu, kajian oleh para saintis dari Universiti Oxford, England, mendapati pengambilan makanan ringan juga meningkatkan peratus keganasan dalam masyarakat. Peningkatan ini begitu ketara dalam masa 50 tahun ini. Hal ini mungkin disebabkan oleh kekurangan khasiat-khasiat tertentu, terutamanya omega-3, Peratus keganasan meningkat kesan makanan ringanjika seseorang banyak mengambil makanan ringan. Omega-3 membantu di sudut pengawalan emosi seseorang.

Nukilan Dr. Danial b Zainal Abidin (M.B.Ch.B., Alexandria). Rujukan: Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden oleh Dr. Danial.


Sumber: http://mindasuper.com/v2/index.php?option=com_content&task=view&id=49&Itemid=31

21 June 2008

Teleportation* Dalam Al-Quran

www.iLuvislam.com

oleh : saifuddin

"*Teleportation
ialah perpindahan objek atau zarah asas dari satu tempat ke tempat yang lain dengan serta-merta tanpa bergerak melalui ruang"
Firman Allah: Berkatalah seorang yang mempunyai ilmu dari Al Kitab "Aku akan membawa singgasana itu kepadamu sebelum matamu berkedip." Maka tatkala Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di hadapannya, iapun berkata: "Ini termasuk kurnia Tuhanku untuk mencoba aku apakah aku bersyukur atau mengingkari (akan nikmat-Nya). Dan barangsiapa yang bersyukur maka sesungguhnya dia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya sendiri dan barangsiapa yang ingkar, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Mulia."
[An-Naml : 40]


Dalam ayat di atas 'seorang yang mempunyai pengetahuan dari Al-Kitab' telah berkata bahawa dia mampu untuk membawa singgahsana Ratu Balqis dari negeri Saba ke singgahsana Nabi Sulaiman di Palestin pada masa yang sangat singkat. Hal ini nampak seperti mustahil akan tetapi yakinlah bahawa sekiranya Al-Qur'an yang membicarakannya, maka tiada apa pun yang mustahil. Penemuan terkini telah membuktikan bahawa suatu hari nanti, manusia mampu memindahkan objek dari satu tempat ke satu tempat lain yang jauh dalam beberapa saat sahaja. Teknologi ini dinamakan teleportation.

Teleportation
ialah perpindahan objek atau zarah asas dari satu tempat ke tempat yang lain dengan serta-merta tanpa bergerak melalui ruang. Sehingga kini saintis telah berjaya melakukan teleportation ke atas foton dan atom. Teleportation ini berbeza dari teleportation seperti yang digambarkan dalam fiksyen sains. Dalam fiksyen sains, teleportation boleh memindahkan satu objek ke tempat yang lain. Secara realiti, teleportation sebenarnya tidak memindahkan objek tersebut sebaliknya apa yang dipindahkan sebenarnya ialah maklumat yang terkandung dalam atom objek tersebut dan disusun semula atom-atom itu menjadi replika yang sama dengan objek asal.

Teleportation secara mudahnya boleh dibayangkan sebagai permainan snuker. Dalam fiksyen, teleportation dianalogikan seperti sebiji bola yang berputar lenyap dari satu sudut meja dan muncul semula bola yang sama pada satu sudut yang lain. Sebaliknya dalam quantum teleportation, bola yang berputar tadi tetap pada tempatnya
manakala sifat putaran itulah yang dipindahkan ke atas bola lain di atas meja.

Perkembangan Terkini

Pada 1993, enam orang saintis termasuk seorang dari IBM, Charles H. Bennet mengesahkan bahawa teleportation seperti yang digambarkan dalam fiksyen sains secara prinsipnya boleh dilakukan dengan syarat objek asal perlulah dimusnahkan.

Pada 1998, beberapa ahli fizik di California Institute of Technology
(Caltech) bersama dua kumpulan dari Eropah menjadikan idea IBM satu kenyataan apabila mereka berjaya melakukan teleportation ke atas foton iaitu partikel tenaga yang mengandungi cahaya. Kumpulan ini berjaya membuat bacaan pada struktur atom foton kemudian menghantar maklumat tersebut sejauh 3.28 kaki (kira-kira 1 meter) melalui kabel dan membina replika foton tersebut. Seperti yang dijangkakan, foton yang asli tidak lagi wujud setelah foton replika dibina.

Pada 2002, beberapa orang penyelidik dari Australian National University (ANU) telah berjaya membuat pancaran cahaya lenyap di satu tempat dan muncul semula di tempat lain pada jarak yang dekat. Kejayaan ini meyakinkan lagi mereka bahawa secara teori teleportation tidak mustahil walaupun melibatkan hanya partikel sub-atom.

Paling terkini iaitu pada 2006, satu eksperimen yang dikatakan paling berjaya telah dijalankan di Niels Bohr Institute di Copenhagen, Denmark. Dr. Eugene Polzik dan kumpulannya telah melakukan teleportation maklumat yang tersimpan di dalam pancaran laser kepada kepulan atom. Menurut Dr. Polzik, eksperimen ini melangkah setapak jauh ke hadapan kerana buat pertama kali ia melibatkan teleportation antara dua objek yang berbeza iaitu cahaya dan jirim. Satu berfungsi sebagai pembawa maklumat manakala satu lagi medium penyimpanan. Maklumat tadi telah diteleportkan sejauh 1.6 kaki (setengah meter).

Teleportation Manusia

Kita masih lagi terlalu jauh untuk dapat membina mesin teleport seperti di dalam filem. Untuk membolehkan seseorang dipindahkan ke satu tempat yang lain dalam sekelip mata, pergerakan mestilah dengan kelajuan cahaya. Hal ini menurut hukum fizik adalah mustahil.

Membina mesin yang boleh menjalankan teleport manusia bukan mudah. Mesin itu mestilah mampu mengenal pasti dan menganalisa dengan tepat kesemua 1028 atom pada badan manusia. Kemudian, mesin ini perlu menghantar maklumat ke lokasi yang lain di mana badan seseorang itu akan dibina semula dengan tepat mengikut tubuh asal. Molekul yang dibina tidak boleh tersasar meskipun hanya beberapa milimeter kerana hal ini boleh menyebabkan kecacatan yang parah pada sistem neuro atau fisio.

Katakanlah mesin ini berjaya dicipta, manusia yang dipindahkan itu pada hakikatnya tidak "dipindahkan". Mesin teleport ini lebih mirip kepada mesin faks, cumanya salinan manusia tersebut mempunyai ketepatan yang lebih berbanding mesin faks. Namun begitu, apa yang terjadi pada manusia yang asal? Teori mencadangkan supaya menggabungkan pengklonan genetik (genetic cloning) dan pendigitan (digitization) dengan teleportation.

Dalam pengklonan biodigital ini, manusia asal yang hendak dipindahkan itu secara asasnya akan mati. Minda dan tubuh yang asal tidak lagi wujud. Sebaliknya, struktur atom seseorang itu akan dibina semula di lokasi yang lain, manakala pendigitan pula akan membina semula memori, emosi, harapan dan impian. Dengan kata lain, seseorang itu wujud dengan badan baru yang diprogramkan dengan maklumat yang sama dengan tubuh asal.

Rujukan

1. Wikipedia - Teleportation
2. IBM - Quantum Teleportation
3. CNN.com - Beam me up: Just how close are we to teleportation?
4. BBC News - Teleportation breakthrough made
5. BBC News - Australian teleport breakthrough
6. Howstuffworks - How Teleportation Will Work
7. BBC News - Q&A: Teleportation

16 December 2007

Islam dan Sains

Sains Islam jadikan Al-Quran
sumber rujukan tertinggi


Nyza Ayob

Sun | Dec 16, 07 | 2:09:46 pm MYT
Sumber: harakahdaily.net

NILAM PURI, 16 Dis (Hrkh) - Al-Quran dan Sunnah yang merangsang umat Islam memiliki minda saintifik iaitu minda yang mementingkan bukti dan dalil, berjaya melahirkan saintis Muslim yang agung dan terkemuka di dunia.

Perkara ini ditegaskan oleh penceramah dan penulis terkenal Dr Danial Zainal Abidin sewaktu membentangkan kertas kerjanya bertajuk Al-Quran dan Sains, di Konvensyen Kebangsaan Penghayatan Al-Quran sempena Pameran Mukjizat Al Quran 2007 yang bertempat di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, dekat sini semalam.

Konvensyen yang terbuka kepada orang ramai itu dihadiri 250 orang peserta.

Dr Danial menjelaskan Al- Quran melahirkan minda saintifik yang membenci khurafat dan tahyul yang merupakan kepercayaan yang tidak berasaskan bukti serta tidak masuk akal.

Sebaliknya sebagai agama yang saintifik, Islam menerima penemuan serta kajian yang sah terutama di sudut duniawi.

"Secara umumnya sains boleh didefinasikan sebagai ilmu yang dihasilkan melalui cerapan iaitu analisis dengan menggunakan pancaindera serta fahman yang lahir daripadanya.

"Islam memberi kebebasan kepada para saintis untuk mengkaji namun menyedari keterbatasan intelek yang dimiliki oleh manusia. Justeru sains Islam menjadikan wahyu sebagai sumber rujukan tertinggi,"katanya.

Selain itu motivator bagi siaran radio Mutiara FM dan Perlis FM ini juga memperincikan mengenai sains berasaskan tauhid serta keharmonian antara sains dan Quran serta contoh-contoh kenyataan saintifik dalam Quran

EXCO BARU ASRAMA 2010/11

EXCO BARU ASRAMA 2010/11

Membeli Sambil Menderma!

Membeli Sambil Menderma!

Template by:
Free Blog Templates