Showing posts with label kisah menarik. Show all posts
Showing posts with label kisah menarik. Show all posts

04 November 2009

Ayat suci di badan bayi..

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/Global/20091021083524/Article/index_html

MAKHACHKALA: Seorang bayi Dagestan membingungkan doktor apabila ayat suci al-Quran ditemui pada tubuhnya.

Ibu bapa kanak-kanak berusia sembilan bulan itu, Ali Yakubov, berkata mereka terkejut apabila perkataan Allah timbul pada dagunya sejurus selepas dia dilahirkan.

Sejak itu, beberapa ayat suci dalam bahasa Arab muncul pada belakang, lengan, kaki dan perut Ali.

Keluarganya mendakwa, ayat lama akan hilang dan ayat baru pula muncul.


Biasanya, ia berlaku dua kali seminggu, iaitu setiap Isnin dan malam Jumaat.


Pegawai perubatan berkata, mereka tidak dapat menjelaskan kejadian misteri itu tetapi menolak kemungkinan ditulis seseorang pada kulit kanak-kanak itu.

Ibunya, Madina, berkata dia dan suaminya semakin patuh dalam melakukan suruhan agama selepas kejadian itu.

Madina dan suaminya pada mulanya tidak menunjukkannya kepada sesiapa penemuan itu sehinggalah baru-baru ini apabila perkara itu didedahkan kepada doktor.

Ali kini menjadi tumpuan masyarakat Islam di Dagestan.

Anggota Parlimen tempatan, Akhmedpasha Amiralaev, berkata kanak-kanak itu adalah tanda kebesaran Tuhan.

“Allah menghantarnya ke Dagestan dalam sebagai tanda untuk menghentikan keganasan dan ketegangan di negeri kami,” katanya.

Menurut Madina, Ali biasanya meragam apabila kejadian aneh itu berlaku.

“Dia akan menangis dan suhu badannya meningkat. Sukar untuk memegangnya ketika itu.

“Tubuhnya pula bergerak aktif, memaksa kami meletakkannya dalam buaian.

“Sungguh sedih melihat dia menderita ketika itu,” katanya.

Seorang imam tempatan, Abdulla, memberitahu penduduk tempatan, memang ada ayat dalam al-Quran yang menyatakan, Tuhan akan menunjukkan kekuasaan-Nya di pelbagai tempat dalam dunia, selain pada diri manusia sendiri untuk membuktikan bahawa al-Quran itu kitab yang benar.

“Kejadian itu tidak sepatutnya disembunyikan,” katanya. - Agensi

14 March 2009

sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0314&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm

Menerokai Kehidupan Insan Cemerlang SPM'08 Dengan 20A!


INILAH RUMAH SAYA..


Nik Nur Madihah bersama ibu bapanya Nik Mohd. Kamal Hussien dan Mariani Omar di rumah mereka di Kampung Parang Puting, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, semalam. – UTUSAN/Hafiz Johari


Hidup tanpa peralatan canggih dan kemudahan sempurna bukan penghalang untuk seseorang menempa kejayaan. Malah kesukaran dan kekurangan itulah yang menjadi pendorong kepada usaha untuk mengubah nasib ke tahap lebih baik sambil membahagiakan ibu bapa.

Siapa sangka rumah yang kelihatan hampir roboh ini menyimpan sebutir permata berharga yang bakal menyinar suatu hari nanti.

Bahkan tidak seorang juga yang terfikir bahawa permata yang berlindung di rumah ini telah mencipta sejarah dengan memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan kelmarin. Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, 18, mencatat keputusan cemerlang 19 A1 dan satu A2.

Kejayaan pelajar dari Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan), Kota Bharu, Kelantan ini agak istimewa kerana dia adalah anak seorang nelayan berbanding pelajar cemerlang SPM sebelum ini yang datang dari keluarga yang agak senang.

Dia yang pernah menjadi antara pelajar terbaik peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) peringkat kebangsaan 2006, bertukar menjadi selebriti sekelip mata kerana kecemerlangannya itu.

Malah wartawan yang berpusu-pusu untuk menemu bualnya terpaksa menunggu giliran untuk memasuki rumah yang disewa bapanya dengan harga RM90 sebulan kerana ia terlalu sempit dan agak uzur.

Rumah kecil itu menjadi gambaran kehidupan sukar mereka sekeluarga malah bilik kecil yang dilindungi almari di ruang tamu yang menjadi tempatnya untuk berehat manakala ruang tamu yang mampu memuatkan kira-kira empat orang itu menjadi bilik belajar tetapnya pada setiap hari.


SPM 2008: Record 20 As for top scorer student
Fri, Mar 13, 2009
The New Straits Times


By Sharifah Mahsinah Abdullah

KOTA BARU, MALAYSIA: Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal is the top Sijil Pelajaran Malaysia scorer with 20 As.
The 18-year-old student of SM (Agama) Maahad Muhammadi Kota Baru obtained 19 1As and one 2A.

The eldest of four siblings, from Kampung Parang Puting near Pantai Sabak, said the three-day SKOR seminar, organised by Berita Harian which she attended last year, helped her a lot in answering questions on subjects such as Mathematics, Science and Bahasa Melayu.

"I did not miss any tuition classes and group studies which the school organised as I could not afford to take private tuition with my parents small income."

Her father is a fisherman and her mother is a cleaner.
Her results were announced by state Islamic Development, Education and Dakwah Committee chairman Mohd Amar Abdullah at the school yesterday.

Nik Nur Madihah said her father, Nik Mohd Kamal Husin, 42, and mother Mariani Omar, 40, had also encouraged her to do well.

"I plan to further my studies overseas so that I can help my parents and my siblings in the future."

21 November 2008

Kisah Si Burung Hantu..


Jahil Murakkabnya

Kita!

Pada suatu malam yang gelap gelita tanpa sebarang cahaya bulan dan cahaya bintang terdapat seekor burung hantu yang sedang berehat di atas dahan pokok.

Burung Hantu by maruli786.

Terdapat 2 ekor tikus mondok bergerak dibawah pokok itu secara senyap-senyap.

“Kamu!” kata burung hantu.

“Siapa?” soal kembali kedua tikus mondok itu sebagai respon.

Mereka kini dalam keadaan yang sangat terkejut dan takut.

Bagi mereka, adalah mustahil bagi sesiapa untuk melihat dalam keadaan gelap gelita seperti itu.

“Kamu berdua!” burung hantu itu berkata.

Kedua tikus mondok itu terus berlari secepat mungkin dari situ dan mula menyebarkan berita bahawa burung hantu adalah binatang yang paling hebat dan paling bijak di dunia kerana dapat melihat pada waktu malam yang gelap gelita.

“Saya akan uji burung hantu itu dulu.” kata seekor burung layang-layang yang bijak.

Burung layang-layang pun pergi untuk menemui burung hantu pada keesokkan malamnya yang juga gelap gelita dan memulakan sessi soal jawab dari jauh.

“Berapa helai rumput sedang aku pegang di paruhku ini?” tanya burung layang-layang.

“Dua!” jawab burung hantu dan itulah adalah jawapan yang betul pun.

Setelah beberapa soalan yang lebih kurang sama ditanyakan kepada burung hantu dan burung hantu menjawab kesemuanya dengan mudah dan spontan.

Maka burung layang-layang kembali semula ke tempat perhimpunan binatang-binatang di situ pada keesokan harinya dan melaporkan mengenai pengalaman yang dilaluinya pada malam sebelumnya.

“Burung hantu sangat hebat! Dia boleh melihat dalam gelap, tidak tidur sepanjang malam dan dapat menjawab semua soalan dengan tepat!” kata burung layang-layang yang memang terkenal dengan kepintarannya di kalangan binatang-binatang di situ.

“Dia adalah binatang paling hebat dan paling pintar di dunia!” sambung burung layang-layang lagi.

“Bolehkah dia melihat pada waktu siang juga?” soal seekor serigala dengan muka serius.

“Tentulah boleh!” jawab arnab dan kambing.

“Bolehkah dia melihat pada waktu siang juga?!?” Semua binatang yang ada di situ ketawa besar berdekah-dekah terhadap soalan bodoh yang ditanya oleh serigala.

Mereka memutuskan pada hari itu untuk menghukum semua serigala di situ supaya dibuang negeri untuk 3 bulan atas kebodohan mereka.

Keesokannya mereka memutuskan untuk menghantar burung layang-layang untuk bertemu dengan burung hantu dan menawarkan kepadanya tawaran untuk menjadi ketua kepada semua binatang-binatang yang ada di hutan itu.

Burung hantu bersetuju dan semua binatang berkumpul pada waktu tengahari itu untuk menyaksikan upacara perlantikan kuasa burung hantu sebagai ketua kepada semua binatang.

Pada waktu tengaharinya itu, burung hantu tiba hanya dengan berjalan kaki, ini memberikan satu persepsi tentang bertapa pentingnya burung hantu itu.

Matanya yang besar pula menandakan kehebatannya mengawal dan mengawasi dalam semua keadaan.

“Dialah Tuhan!” jerit seekor ayam jantan setelah merasa kagum dan gementar dengan karisma si burung hantu.

“Dialah Tuhan!!” jerit semua binatang lain mengikut seruan ayam jantan itu tadi.

Maka semua binatang pun mengikut burung hantu beramai-ramai sebagai tanda taat setia mereka kepada ‘Tuhan’ yang baru mereka lantik itu.

Mereka mengikutnya secara membabi buta, apabila burung hantu terlanggar sesuatu, mereka juga akan melanggar objek itu.

Apabila burung hantu tersebut melanggar pokok dengan sengaja, mereka semua pun turut mengikut jejak langkah burung hantu tersebut melanggar pokok.

Mereka mula menafsirkan setiap tindakan burung hantu itu sebagai sesuatu yang mempunyai hikmah dan mesej yang tersirat.

Akhirnya, mereka sampai ke jalan lebuhraya yang bertar dan semua binatang ini mengikut jejak burung hantu yang berjalan di tengah-tengah lebuhraya itu.

Kini, helang yang bertugas sebagai pengawal dari udara bagi rombongan ini turun ke bawah dengan tergesa-gesa dan memberitahu burung layang-layang bahawa terdapat sebuah lori besar sedang bergerak menuju ke arah mereka.

Burung layang-layang pula melaporkan “Tuanku, terdapat bahaya di hadapan!” bisik burung layang-layang kepada burung hantu.

“Bahaya???” kata burung hantu dengan nada angkuh kerana tidak faham apa sebenarnya yang dimaksudkan oleh burung layang-layang.

“Tuanku tidak takut ke?” tanya burung layang-layang lagi.

“Siapa?” tanya burung hantu dengan tenang kerana dia tidak dapat melihat lori besar yang sedang bergerak dihadapannya itu. (Sebenarnya, burung hantu tidak dapat melihat pada siang hari.)

“Dialah Tuhan!!!!!!! !!!” teriak semua binatang yang mengikut burung hantu sehinggalah ke saat mereka ramai-ramai dilanggar oleh lori besar itu.

Kebanyakkan daripada mereka telah mati termasuk burung hantu, kecuali beberapa binatang yang hanya cedera parah.

Ingin mengetahui kebenaran di sebalik cerita ini?

Ianya berlaku di Malaysia sekarang!Bahkan di seantero dunia!

Kita sebenarnya sedang mengikuti JEJAK KEBODOHAN barat!

· Kita tiru cara hidup mereka, walau jelas menyimpang dari jalan cahaya Nabi SAW

· Kita tiru cara pakai mereka walaupun sebenarnya kita SEDANG dipaksa berbogel!

· Kita tiru cara makan mereka walaupun memudharatkan kesihatan!

· Kita tiru dan asyik dgn lagu2 hiburan gaya mereka walaupun kita sedar generasi kita semakin hilang kemaluannya! (sifat malu)

· Kita tiru cara cakap mereka walaupun kita hilang budaya dan agama!

· Kita tiru cara mereka BERKASIH CINTA walau tergadai maruah, teruna dan dara!

Kita TIRU mereka walau kita MUSNAH DERITA! Aduhai…

Bangun sahabat-sahabatku. .harapan itu masih ada…

Kembalilah kepada Islam, nescaya kita akan bahagia

05 January 2008

Tanya sama hati..

Rindu..

ToK_iMaM menulis

"Pada pagi itu, seperti mana pagi-pagi yang lain. saya menyambut kedatangan seorang tetamu tetapku.

"Assalamualaikum", seru Subuh.

"Wa'alaikumsalam", sahutku.

Dan kami terus berpelukan, tanda rindu serta kasih sayang. Kutanya khabar Subuh, bagaimana keadaannya mengembara dari satu tempat ke satu tempat.

"Tadi..", kata Subuh dengan sayu, "... saya baru sahaja melintasi satu tempat. Kucari tempat persinggahan, kuketuk rumah-rumah yang sunyi, tapi satupun yang tiada mahu menerimaku sebagai tetamu." Dan airmata Subuh pun berlinangan.

"Subuh, usah kau pedulikan mereka, bukankah saya menyambutmu dengan penuh rasa kegembiraan? Subuh mengangkat mukanya seolah-olah teringat sesuatu.

"Oh ya, tadi saya lalu di suatu tempat yang tanahnya disebalik sungai. Orang-orangnya sepertimu, menyambutku dengan penuh kesukaan, menjamuku dengan pelbagai hidangan yang lazat serta mengiurkan. Hidangan yang paling kusuka adalah buah Tahajjud, puas kucari dibumi lain, tapi jarang kujumpa.

Di situ saya meratah buah Tahajjud dengan puas serta leka".
Dan Subuh merenung mataku mengharapkan sesuatu. saya fahami maksud Subuh.

"Maaf Subuh. saya tiada menanam pohon Al-Lail, jadi saya tidak dapat menghidangkanmu dengan buah yang kau sukai. Tapi saya ada Roti Shiyam",cadangku pada Subuh.

Subuh menolak dengan hormat. "Roti itu ada tuan punyanya", kata Subuh. "Adakah kau mahu manisan Zikir?" rayuku pada Subuh.

"Baiklah, ambilkan saya sedikit, serta bawakan saya segelas Air Mata Tangisan", pinta Subuh.

saya agak sugul, bagaimana harusku beritahu pada Subuh, yang Mata Air Tangisan sudah hampir kekeringan akibat kemarau Maksiat yang berpanjangan?

Namun. saya tetap menjenguk ke dalam Perigi yang memuatkan Mata Air tersebut. saya terkejut. Perigi tersebut hampir separuh penuhnya. Dan saya berdetik didalam hati, adakah ini tanda kemarau akan berakhir?

Tanpa berlengah lagi kubawa Air tersebut pada Subuh, tetamu yang kusanjungi, dan kusuakan manisan yang dipintanya. Selesai menjamah kesemuanya, Subuh pun melirikkan sebuah senyuman.

"Subuh ..", seruku, "... mahukah kau tinggal selamanya denganku. saya memerlukan teman dalam kesunyian. Akan kulayan kau dengan sebaiknya,wahai Subuh".

Subuh tersenyum lagi menandakan permintaanku tidak akan terpenuhi.

"Saya perlu menziarahi ramai orang, dan ramai lagi yang memerlukan kehadiranku untuk mengubati rindu mereka, sepertimana saya menguliti mimpimu".

Dan saya akur dengan penjelasan Subuh. "Subuh",.. seruku lagi bila melihat Subuh bersiap untuk pergi, "Sudikah kau menziarahiku lagi esok hari?"

"InsyaAllah", jawab Subuh,"... bukankah saya kekasih yang kau rindui?" Subuh berangkat dengan lambat tetapi tetap.

"Assalamualaikum", seru Subuh.

"Waalaikumsalam", jawabku kembali. Dan mataku terus meniti langkah Subuh, yang semakin laju dengan setiap langkah. Dan akhirnya Subuh hilang dari pandangan.

P/S : Apalah agaknya keluh kesah dari Zohor, Asar, Magrib dan Isyak? Jawapannya... tersirat dalam diri.

Sumber : http://ukhwah.com/article.php?sid=2232

04 December 2007

Tazkirah Santai...

PERANGKAP TIKUS

Sepasang suami dan isteri petani pulang kerumah setelah berbelanja. Ketika mereka membuka barang belanjaan, seekor tikus memperhatikan gelagat sambil menggumam "hmmm...makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar??"

Ternyata yang dibeli oleh petani hari adalah rerangkap tikus. Sang tikus naik panic bukan kepalang.

Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik, " Ada perangkap tikus di rumah....di rumah sekarang ada perangkap tikus...."

Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak, " Ada perangkat tikus !"
Sang Ayam berkata, " Tuan Tikus ! Aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan aku."

Sang Tikus lalu pergi menemui seekor Kambing sambil berteriak seperti tadi.
Sang Kambing pun jawab selamba, "Aku pun turut bersimpati.. .tapi tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena dengan aku. "

Tikus lalu menemui Sapi. Ia mendapat jawaban sama. " Maafkan aku. Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sama sekali. Tak kanlah sebesar aku ni boleh masuk perangkap tikus. "

Dengan rasa kecewa ia pun berlari ke hutan menemui Ular. Sang ular berkata " Eleh engkau ni...Perangkap Tikus yang sekecil tak kan la nak membahayakan aku."

Akhirnya Sang Tikus kembali kerumah dengan pasrah kerana mengetahui ia akan menghadapi bahaya seorang diri.
Suatu malam, pemilik rumah terbangun mendengar suara berdetak perangkap tikusnya berbunyi menandakan umpan dah mengena. Ketika melihat perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang jadi mangsa. Buntut ular yang terperangkap membuat ular semakin ganas dan menyerang isteri pemilik rumah.

Walaupun si Suami sempat membunuh ular berbisa tersebut, isterinya tidak sempat diselamatkan.
Si suami pun membawa isterinya kerumah sakit. Beberapa hari kemudian isterinya sudah boleh pulang namun tetap sahaja demam.

Isterinya lalu minta dibuatkan sup cakar ayam oleh suaminya kerana percaya sup cakar ayam boleh mengurangkan demam. Tanpa berfikir panjang si Suami pun dengan segera menyembelih ayamnya untuk dapat cakar buat sup.

Beberapa hari kemudian sakitnya tidak kunjung reda. Seorang teman menyarankan untuk makan hati kambing. Ia lalu menyembelih kambingnya untuk mengambil hatinya.Masih juga isterinya tidak sembuh-sembuh dan akhirnya meninggal dunia. Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.
Banyak sungguh orang datang melawat jenazahnya. Kerana rasa sayang suami pada isterinya, tak sampai hati pula dia melihat orang ramai tak dijamu apa-apa. Tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih sapinya untuk memberi makan orang-orang yang berziarah.

Dari kejauhan...Sang Tikus menatap dengan penuh kesedihan. Beberapa hari kemudian ia melihat Perangkap Tikus tersebut sudah tidak digunakan lagi.

Pengajaran :

SUATU HARI….KETIKA ANDA MENDENGAR SESEORANG DALAM KESUSAHAN DAN MENGIRA ITU BUKAN URUSAN ANDA...FIKIRKANLAH SEKALI LAGI.

NABI SAW ADALAH ORG YANG PALING SENSITIF MENDENGAR KESUSAHAN ORG LAIN DAN SEGERA MEMBANTU W/P DIRINYA JUGA BERADA DLM KESULITAN...

EXCO BARU ASRAMA 2010/11

EXCO BARU ASRAMA 2010/11

Membeli Sambil Menderma!

Membeli Sambil Menderma!

Template by:
Free Blog Templates