24 December 2009
12 October 2009
Wartawan Muda SMKSN
(SMK SERI NIBONG)
2 DEDIKASI
Video n Foto sekitar SimposiumWartawan Muda
Tahniah atas penglibatan yang memberansangkan bagi mewakili SMK Seri Nibong.
Moga berjaya!!!
20 August 2009
Tazkirah disampaikan oleh Ust Nik dan persembahan dijayakan oleh 18 kump dari pelajar tingkatan 2 SMK Seri Nibong.
Terima kasih pada yang bersama2 menjayakan majlis ini. Moga Ramadhan tahun ini lebih bermakna buat kita semua. Ahlan ya Ramadhan!!
22 July 2009
Bahan bacaan terbaru di Surau SMKSN
Adalah digalakkan pelajar2 SMKSN datang ke Surau Sekolah ketika waktu lapang untuk membaca buku2 cerita yang baru ditempatkan di Surau.
Antara akt kelas 2 ded/gem minggu ni ialah mhasilkan doa puitis.
kat cni ust uploadkn doa nukilan Zulaikha bt Osman 2 gem...
Bersama kita hayati
Bismillahirrahmannirrahim…
Wahai kekasihku yaa Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ,kau sentiasa dalam ingatanku ketika sedih dan gembira,terang dan gelap,gundah dan gelisah,kau sentiasa bersama.Aku pohon……aku pinta…..aku rintih…..Kau berkatilah daku sepanjang kedewasaan ini kerana diriku ini penuh dengan kecacatan!kehinaan!dan kehambaan!dihadapan-Mu. Tidak sempurna diri ini tanpa-Mu yaa Allah.Kau ampunilah dosa-dosaku di sepanjang perjalanan ini dengan adanya yaa Allah.
Kau berkatilah rezeki yang kau berikan buatku,murahkan rezekiku yaa Allah yang tidak dapat ku balasi pada-Mu.Kau kekalkanlah cinta ini dengan keimanan yang kukuh lagi utuh.Tidak dapat ku bayangi hari-hariku tanpa kasih dan cinta-Mu.Semestinya hidup ini bagikan tiada nadi yang berdenyut…..jantung bagaikan terhenti…..gelisah datang bertandang……sedih menyelubungi jiwa kecil ini yang sepenuhnya milik-Mu Ya Rabb…..
Kutadahkan tangan……menitis air mata kasih dihadapan-Mu….untuk mendapat keredhaan dari-Mu.Jauhilah aku dari azab api neraka Ya Allah.Kau berkatilah kedua ibu bapaku yang menjagaku tanpa rasa jemu dan bosan sejak kecil hingga dewasa.Kau jauhilah mereka daripada kejahatan dan kecelakaan….panjangkanlah umur mereka Ya Allah….jauhi mereka dari azab api neraka-Mu.Guru-guru yang dikasihi dan rakan-rakan yang memimpin diri…..Kau berkatilah amalan mereka didunia dan di akhirat….Sesungguhnya-Kau Maha Mengetahui segala sesuatu.
Kuatkan iman hamba-Mu ini untuk menjalani hidup di dunia dan di akhirat….Aku sedar betapa aku begitu kecil di hadapan-Mu….Aku tidak bermakna dihadapan-Mu…..Sudikah Kau menerima doaku ini……Sesungguhnya Kau Maha Pengampun……terimalah segala yang ku pinta ini…..semuanya dari hati yang tulus dan ikhlas.Ya Allah…ku sentiasa merindui-Mu ,betapa zalimnya diri ini sekiranya Kau tidak menerima taubatku dan begitu rugi hidup ini tanpa keredhaan dan rahmat-Mu kepadaku…
Kau ampunilah daku Ya Allah,
Ampunilah daku….ampunilah hamba-Mu ini yang bergelumang dengan dosa….
Amin……
EXCO BARU ASRAMA 2010/11
Membeli Sambil Menderma!