25 May 2011

Doaku gimana deh...

Keyakinan Dalam Berdoa...

Hadith:

DARI Anas r.a katanya:"Rasulullah saw bersabda:

"Apabila kamu berdoa, hendaklah kamu bersungguh-sungguh, yakin dalam doa (bahawa Allah taala mendengar dan mengabulkan). Janganlah kamu berdoa dengan kalimah:"Ya Allah, jika Engkau mahu, berilah aku! Kerana sesungguhnya Allah Taala tidak dipaksa memenuhi sesuatu doa."

Huraian Hadith:

Sesorang muslim itu hendaklah bersemangat (untuk mencapai) apa yang bermanfaat untuk dirinya serta meminta pertolongan kepada Allah tanpa merasa lemah dan putus asa.

Berdoa mestilah mengikut adab-adabnya supaya menampakkan kesungguhan harapan untuk mendapatkan sesuatu kerana Allah SWT hanya akan menerima doa dari orang yang betul-betul berhajat.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

05 March 2011

Laser On Facebook!

Laser Smksn

03 February 2011

CADANGAN TENTATIF MTQ 1432H/2011

MASA

ACARA

7.30 pagi

· Pelajar berhimpun di Tapak Perhimpunan

· Pendaftaran perserta pertandingan di Kantin Sekolah

· Pelajar mengambil tempat di Dewan Besar SMKSN

· Pembayaran yuran persatuan mengikut tingkatan

8.00 pagi

· Kehadiran guru / hakim / peserta

· Nyanyian Lagu Asmaul Husna

· Memperkenalkan barisan AJK BARU LASER 2010/2011

· Nyanyian Lagu Persatuan Agama Islam [LASER]

· Nasyid Tema: ‘Hijrahkan Dirimu!’

· Pelancaran ‘Kempen Mulut Suci’/’Kalam Toyyibah’

- Kuliah 3 minit Kultim’

- Sketsa ‘Hanya Kerana Mulut’

- Nasyid tema diketuai oleh kumpulan Insyirah ‘Jagalah Lisan’

9.15 pagi

· Taklimat Hakim Pertandingan dan Urusetia (di venue pertandingan)

· Pertandingan bermula

12.30 tengahari

· Majlis Perasmian Penutup & Penyampaian Hadiah dan Saguhati *

2.30 petang

· Bersurai

02 February 2011

Sumber : testi.iluvislam.com


27 December 2010

Tahniah kepada pelajar PMR 2010

SMK Seri Nibong mengucapkan tahniah kepada murid PMR 2010 yang telah memperolehi kejayaan cemerlang pada kali ini.
Seramai 45 orang telah berjaya memperolehi keputusan A penuh, 28 murid mendapat 8A dan 17 lagi mendapat 7A.
Keputusan PMR pada tahun ini menunjukkan peningkatan berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Tahniah dan Syabas diucapkan.

sumber: http://smksn.wordpress.com/

08 November 2010

Tazkirah

Anda Myombong Diri?
Facebook anda dipenuhi maki?
Anda selesa mbangga diri & mghina org lain?
Anda patut risau dengan hadis ini....
!!!!!!!!!

Sungguh aneh dengan manusia yg membangga diri dan 'angkat bakul sendiri' (takbur) sbb suma yg ada pdnya berstatus 'pinjaman'..

  • Sangat heran..Org yg bangga dengan kecanggihan enset pinjam..!
  • Sangat pelik.. Org yg bangga dengan kecantikan rumah sewa!
  • Sangat aneh.. Org yg bangga dengan kekemasan kerja rumahnya yang ditiru dari hasil kerja rakan!

Mari kita renungi hadis Nabi:

“Tidak akan masuk syurga

seseorang yang ada di dalam hatinya perasaan sombong

walaupun sebesar zarah”.

Riwayat Muslim

Sangat heran..pelik..aneh...

  • Org yg bangga dgn kecantikan pinjaman Allah! memuji diri dan berlagak cun.. kulit dahi yg licin tu pun kulit pinjam.. guna fair n lovely pun takat nk maintain n lambatkan kedutan..tp satu hari nnt kerepot jugak kulit tuh..
  • Org yg bangga dgn kekayaan pinjaman Allah! dan memandang rendah pada si miskin..padahal tanpa disedari setiap hari duit keluar dr poket sendiri n masuk poket orang lain..
  • Org yg bangga dgn kesempurnaan diri ciptaan Allah! & menghina kekurangan org lain. OKU yg sebenar ialah org yang kurang upaya untuk celik pada kekurangan diri..

Wahai diri....cuba fikirkan di mana bahagian hidupmu yg kau punyai sendiri...TIADA bukan!!!? Aduh....pinjam semuanya....!

Jadi Tepatlah sabdaan Nabi SAW dan benarlah janji Allah...

Takutlah Allah n hindarilah mulut,kata2,komen2 di fb dll yg bertujuan berbangga n mengangkat diri sendiri! Egtlah sekali lg kata Nabi SAW...


“Tidak akan masuk syurga

seseorang yang ada di dalam hatinya perasaan sombong

walaupun sebesar zarah”.

Huraian :

1. Sifat sombong dan takbur adalah ditegah oleh Islam. Oleh itu umat Islam hendaklah menjauhinya demi menjaga kesejahteraan hidup.

2. Kita harus melakukan apa sahaja yang disukai demi keselesaan dirinya sendiri mahupun keluarga tetapi janganlah sampai melanggar batas syariat dan janganlah berniat untuk menunjuk-nunjuk atau bermegah-megah kepada orang lain kerana ia akan menimbulkan perasaan dengki dan benci orang lain yang mengakibatkan permusuhan.

3. Islam tidak melarang umatnya daripada mengutamakan keindahan dalam sesuatu perkara kerana keindahan itu adalah kesempurnaan yang boleh membangkitkan ketenangan tapi bukan untuk pameran kebanggaan!

27 October 2010




Bahan - bahan

  • 1 bungkus bihun - direndam dulu
  • 300g daging - dipotong kecil2
  • 3-4 keping fish cake
  • sayuran campur - carrot, jangung dan kacang pis
  • 3 sudu makan cuka
  • 6 ulas bawang putih
  • 1 sudu makan lada hitam / lada putih
  • 2 biji tomato - potong nipis jika suka
  • garam dan gula secukupnya
  • cili api- potong nipis + kicap sebagai sos



  • Cara- cara

    1. Lada hitam ditumbuk halus bersama dengan bawang putih

    2. Panaskan minyak, goreng daging hingga lembut, bubuh air jika masih liat
    3. Masukkan fish cake, dan goreng lagi. Kemudian masukkan lada dan bawng putih, goreng hingga naik bau, boleh di tambah sedikit air untuk melembutkan bihun nanti. Kemudian masukkan cuka
    4. Kemudian masukkan pula sayuran campur tadi, gaul sekejap. Masukkan gula dan garam
    5. Masukkan bihun, gaulkan hingga bihun masak
    6. Apabila bihun masak, tabur tomato, gaul sekejap dan tutup api.
    7. Sedia dihidang bersama sos kicap (sambal kicap)

      Sumber : MyResipi

    EXCO BARU ASRAMA 2010/11

    EXCO BARU ASRAMA 2010/11

    Membeli Sambil Menderma!

    Membeli Sambil Menderma!

    Template by:
    Free Blog Templates