30 December 2008



Resepi Sup Ikan Untuk Puteri2 SMKSN..

Salam, resepi mudah n ringkas ni ditujukan khusus buat puteri2 ust di SMK Seri Nibong (Putera2 pun boleh blaja masak gak). Mg timbul rasa ingin mencuba.. Sekali-sekala hidangkanlah makanan dr air tgn kita sendiri..istimewa untuk santapan ayah ibu n ahli keluarga. Mudah2an hubungn ant ahli kluarga makin akrab. Cabaran zmn serba maju sekarang adalah KEMALASAN anak dara muslimah menyantuni dapur n memasak! Akhirnya yg mgambil tempat memasak adalah org gaji @ tukang masak di kedai. Akibat hilang keberkatan, rumahtgga porak-peranda n hilang kasih sayang.


Satu lg petua untuk kemanisan ukhwwh ant ahli kluarga - bacalah surah 'al-insyirah (alam nasyrah..) dan hembuslah pada makanan sewaktu hendak diangkat dan dihidangkan.

(Resepi ni amat sesuai utk orang sakit tekak,ulser mulut,demam,cirit birit,bersalin dll. Selamat mcuba!)

image taken from http://duchessofkent.wordpress.com/

Bahan-bahan:

1 ekor ikan merah/jenahak/haruan/siakap dll di potong bbrp
bahagian
7ulas bawang merah ditumbuk
5ulas bawang putih ditumbuh
1inci halia ditumbuk
1/2sudu lada sulah ditumbuk halus
3biji kentang dibelah 4
3biji tomato dibelah 4
3btg daun sup
2btg daun bawang
1sudu besar garam
500 ml air

Cara-caranya

1. Cuci ikan dengan bersih dan bilas air lalu
2. Tumis semua bahan yang ditumbuk hingga naik bau wanginya
3. Masukkan air,garam beserta ikan dan kentang, tunggu hingga mendidih, kemudian masukkan tomato. Apabila kentang telah lembut,masukkan hirisan daun sup dan hirisan daun bawang.
4. Tambah garam secukupnya jika kurang masin.

Bagi orang sakit, boleh di sajikan dengan bubur nasi bergaram atau bubur nasi bersantan.

Selamat mencuba, ingatlah bahawa kita yang memasaknya tetapi Allah yang menyedapkannya.

Apa sahaja makanan jangan dikeji. Kalau sesuai dengan selera makanlah, kalau tak sesuai dengan selera jamah sajalah sedikit.

Dan...makan apabila lapar,berhenti sebelum kenyang.


http://resepi.iluvislam.com/v1/articles.php?article_id=211

0 komen:

EXCO BARU ASRAMA 2010/11

EXCO BARU ASRAMA 2010/11

Membeli Sambil Menderma!

Membeli Sambil Menderma!

Template by:
Free Blog Templates