08 November 2008

Doa di dunia, makbul di Akhirat.. Rugikah kita?

Salam,

Menjawab soalan student ust f2 ttg doa..

student ust f2: askum..ust.sya nk tnya npa doa yg x d mkbul kn kt dunia akn d mkbul kn kt akhrt,kn dh x brgna dh wktu 2

Terima kasih ats soalan student ust f2.

Dalam kelas yg lalu,kita telah berbincang ttg sifat Allah yg MAHA A'LIM. Maha Mengetahui yg nyata dan yg ghaib. Yang berlaku dahulu, kini dan akan datang..
Takat tu, student ust f2 yakin tak?

Tentulah kan...

So, doa yg kita panjatkan biasanya ats dasar ingin memiliki sesuatu spt kekayaan, kecantikan, kejayaan, kesihatan...bla..bla...
Persoalan di sini, apakah kita pasti permohonan kita tadi sememangnya baik untuk kita?? baik bukan takat baik di dunia, tp baik juga di akhirat???

Adakah kita
pasti kekayaan yg dipohon dlm doa..cthnya akn memandu kita ke Syurga? Berapa ramai yg hanyut dan jd lupa diri bila kaya... tak gitu?? Berapa ramai pula yg tertipu dengan kecantikan? Berapa ramai pula yg tertipu dengan kesihatan. makin sihat, makin galak buat maksiat.

Tak payah pergi jauh, lihat saja KAWAN2 kita di sekolah pun, RAMAI YG GALAK BERCOUPLE dengan meminjam body yg sihat dr Tuhan!
Diingatkan ttg PENGHARAMANNYA pun, DOK BUAT BODOH DAN BEBAL!!!!

Jadi, kesimpulannya di sini, Allah Maha Mengetahui apa yg terbaik untuk kita.
Kekadang kegagalan, kesakitan, kecacatan dsb itu..jauh lebih baik dari 'apa yg kita pohon jika akhirnya kita mendustakanNya sepanjang kehidupan'!

ADAKAH DOA YG DIMAKBULKAN DI AKHIRAT SUDAH TIDAK BERGUNA?

student ust f2 jangan pula terkeliru dengan persoalan yg mcm ni..
Doa yg X termakbul di dunia sbnrnya spt 'mohon kejayaan straight A's dalam PMR', bukannya diganti dgn kejayaan dlm PMR di akhirat, TETAPI DIGANTIKAN oleh Allah dengan imbalan yg jauh lebih besar dan hebat di akhirat. Bentuk dan rupanya tentulah berlai
nan dgn apa yg kita fikirkan. Sehinggakan pernah diriwayatkan bahawa, andainya kita melihat 'bonus' yg bakal kita terima di akhirat (sebagai ganti doa yg tak dimakbulkan di dunia dulu) tentulah SELURUH DOA yg pernah kita pohon pada Allah di dunia dahulu, kita harap TAK DIMAKBULKAN! (utk dapat gantinya di akhirat).

Byk sebenarnya keperluan kita di akhirat, antaranya;
  • selamat di perhimpunan mahsyar
  • penutupan aib & perlakuan dosa di yaumil hisab
  • pengampunan dosa yg kecil & besar
  • proses penghisaban yg cepat & lancar
  • melalui titian sirat dengan selamat
  • jauh dari bahang neraka laknat
  • masuk ke Syurga Allah yg penuh nikmat
  • melihat Wajah Allah yg Maha Hebat
Wah, kalau dapat semua tu dengan sedikit bayaran iaitu (doa tak dimakbulkan di dunia tp diberi BONUS TERSEBUT di akhirat).. Apakah kita tak berminat????

Akhirnya, marilah sama2 kita BERSERAH DIRI pada Allah, Kalau doa kita diterima di dunia lagi..ucaplah Alhamdulillah.. tapi kalau ditangguh sedikit hingga sampai di akhirat.. bersabarlah. Allah Maha Mengetahui apa yg TERBAIK buatmu! ALLAHU AKBAR! WALILLAHIL HAMD..

0 komen:

EXCO BARU ASRAMA 2010/11

EXCO BARU ASRAMA 2010/11

Membeli Sambil Menderma!

Membeli Sambil Menderma!

Template by:
Free Blog Templates