03 November 2008

Respon Pengunjung buat 'Insaf'

tulisan Hamba Allah;

Salam. Sedikit coretan buat sedare seIslamku..'Insaf'
sebelum tu, terimalah..

Atas Nama Cinta

Aku wanita yang punya cinta di hati
Dan dirimu dan dirinya dalam hidupku
Mengapa terlambat cintaMu telah termiliki
Sedang diriku dengan dia tak begitu cinta

Mengapa yang lain bisa
Mendua dengan mudahnya
Namun kita terbelenggu
Dalam ikatan tanpa cinta

Atas nama cinta
Hati ini tak mungkin terbagi
Sampai nanti bila aku mati
Cinta ini hanya untuk Engkau
Atas nama cinta
Kurelakan jalanku merana
Asal Engkau akhirnya denganku
Kubersumpah
atas nama cinta

'Atas Nama Cinta'

Cinta adalah anugerah Pencipta kepada makhluknya bagi membina hubungan sesama mereka sec lebih bermakna. Anugerah ini mampu membawa kita ke Syurga.. Tapi AWAS.. ia juga 'shortcut' ke Neraka Jahannam!

Saya kaitkan cinta ini dengan lagu 'Atas Nama Cinta' nyanyian penyanyi Indonesia..Rossa. Saya tidak tahu jika lagu ini dicipta untuk manusia, tetapi dilihat dr perspektif yg lain, ia juga menggambarkan cinta seorg wanita pada Allah SWT.

Aku wanita yang punya cinta di hati
Dan diriMu dan dirinya dalam hidupku
Mengapa terlambat cintaMu telah termiliki
Sedang diriku dengan dia tak begitu cinta

Ia menceritakan seorg wanita yg mempunyai 2 cinta di hatinya. Cinta kepada manusia dan cinta pada Allah SWT. Dia merasakan mengapa dia begitu lambat untuk merasakan cinta Allah sedangkan cintanya pada manusia (kekasihnya) pd hakikatnya tidaklah sekuat mana. Seakan2 dia ingin memberitahu bahawa cinta kepada Allah adalah lebih hebat nilainya!

Mengapa yang lain bisa
Mendua dengan mudahnya
Namun kita terbelenggu
Dalam ikatan tanpa cinta

Dia merasakan mengapa ramai manusia yang mudah terpesong dan menduakan Tuhan sedang tidak bagi dirinya! Dirinya yg pada mulanya berpegang pd cinta manusiawi dan tidak menyedari cinta Allah tidak pula berniat untuk menduakanNya seakan2 ada satu kuasa yg Maha Hebat melindunginya. Semuanya kerana cinta Allah yg satu!

Atas nama cinta
Hati ini tak mungkin terbagi
Sampai nanti bila aku mati
Cinta ini hanya untuk Engkau
Atas nama cinta
Kurelakan jalanku merana
Asal Engkau akhirnya denganku
Kubersumpah
atas nama cinta

Lirik di atas cukup indah jika kita hayati dan teliti. Untuk cinta Allah, wanita ini sanggup untuk berkorban tinggalkan cinta keduniaannya demi untukNya. Cintanya akan tetap utuh kepada Allah biar sampai dia menghembuskan nafasnya yang terakhir. Dia sanggup utk hidup merana, sanggup diberikan ujian dan cabaran untuk menguatkan iman dan cintanya kepada Allah SWT.

Dia juga sanggup bersumpah akan mempertahankan cintanya kepada Allah. Semuanya hanya kerana ATAS NAMA CINTA!

Cintanya yg satu, cintanya kepada Allah sebagaimana yg dilihat. inilah yang dikatakan hebatnya cinta Allah jika dibandingkan dengan cinta manusia. Jadi buatlah pilihan anda jika anda cintakan manusia lebih dari cintakan Allah, cinta itu akan membawa ke neraka TETAPI jika anda cintakan Allah lebih dari segala-galanya, maka cinta itu akan membawa anda ke syurga!

JADI FIKIR2KANLAH...

NUKILAN : Hamba Allah

0 komen:

EXCO BARU ASRAMA 2010/11

EXCO BARU ASRAMA 2010/11

Membeli Sambil Menderma!

Membeli Sambil Menderma!

Template by:
Free Blog Templates