22 October 2008

Luahan rasa...

'Ruangan Insaf' - Karya Aminah Fatanah Zaidi

Semakin berat kejahilan
terpikul di bahu
semakin jauh perjalanan daku,
memburu nur serta hidayah dari-Mu
Ya Allah Ya Tuhanku..

Sewaktu berlari di padang kehidupan,
kakiku sering tersadung selirat akar,
tubuhku seperti dicakar dek duri dan selumbar.

Dalam mencari ruangan keinsafan,
pelbagai ujian ditempuhi,
ancala mulia mulai kabur dan pergi,
namun itu yang aku tidak inginkan,
biarlah aku kehilangan harta dan kekayaanku,
asalkan tiap dosaku terampun oleh-Mu,

Ya Allah,
Moga pintu taubat-Mu terbuka,
sebelum api dari bara itu menyala,
dan membakar diriku...
Dan bukanlah sekadar keinsafan,
tetapi terusku tinggalkan.

(Aminah Fatanah bt Zaidi)
9.40 malam.
____________________________________________

Alhamdulillah, ust cukup seronok dapat baca sajak nukilan Aminah ni. Ha.. camana dengan kenkawan len??? Dah abis XM PMR ni.. dah hasilkan sesuatu ker buat ummah? Nun di luar sana, ummat perlukan bimbingan! Moga yg len juga boleh contohi Aminah (dan kwn2 yg sewaktu dengannya). Tahniah Aminah n terima kasih daun keladi.. ;)

0 komen:

EXCO BARU ASRAMA 2010/11

EXCO BARU ASRAMA 2010/11

Membeli Sambil Menderma!

Membeli Sambil Menderma!

Template by:
Free Blog Templates