21 October 2008

Soal-jawab

Couple.. Tapi 'TAK BUAT PAPE POWN'.. Bleh ker?

Salam buat semua.

Ehem, ni ada sket perbincangan menarik. Bagus soklan drpd gurlz 08 yg diutarakan di ruangan CBOX. Soalannya berbunyi mcm ni:
gurlz 08: salam,ust sya nk mntk pndpt tntg cauple..kalo kta cauple tp x uat pe pown x leh ke
21 Oct 08, 15:08
gurlz 08: god luck to somebody special

Apa pendapat kwn2 dia sumer?

Soklan camni sebenarnya dah byk kali ust jawab. Tapi kebanyakannya sec individu. Kali ni ust nk bincangkan dlm blog ni. Harap gurlz 08 tak susah hati. :)

Pertamanya, kena jelaskn dulu soklan tu... 'kalo kta cauple tp x uat pe pown x leh ke?'
er..apa sebenarnya maksud tak uat pe pown tu? em, tak bersalaman? tak bersentuhan? tak raba-meraba? tak 'test' body? ke tak... ape2 je la...?



Dalam Islam, hubungan teruna dara dibataskan..ada hikmahnya. nak plak bila sedang meningkat remaja nih. Sebab kebanyakan kes terjebak bermula dengan alat kelamin yg 'bercakap' (mengikut dorongan nafsu kerna desakan nafsu syahwat).

Ramai yg bertanya dgn nada ni ('kalo kta cauple tp x uat pe pown x leh ke?') sebenarnya.. kurang jelas maksud 'pape' tuh. 'Pape' tu dlm Islam termasuk juga...
  • merenung lawan jantina
  • berkhayal
  • mengelamun
  • tersenyum sorang diri
  • teringat pada lawan jantina
  • merindu
  • melafazkan kata cinta
  • memanggil panggilan 'abang..sayang' / 'suamiku..isteriku' (wp belum kahwin)
  • berfantasi seks (terutama boyz)
  • ber'onani
  • layan perasaan
  • dan banyak lagi... apatah lg klu bersentuhan.. ringan2.. berat2.. dan zina!
So, boleh ker sebenarnya kita bercouple tanpa mengingati seseorg? tanpa memandangnya? tanpa mengingatinya? tanpa bermain kata mesra? dsb...

mana mungkin kan???

kerna itu, couple tetap HARAM walau apa keadaan sekalipun.

Siapa yg bercouple bolehlah kita bertaubat sebelum terlambat. Klu berterusan dalam dosa couple, Allah akan angkat nikmat berkasih syg dengan suami@isteri yg sah nanti.

Ramaikan org yg bercerai dlm masy kita? Sebab apa?
kerna.. TIADA lagi KEMANISAN dalam melayari bahtera rumahtangga.
TIADA lagi KEMANISAN bila ber'abang-sayang',
TIADA lagi KEMANISAN bila bersentuhan..

KERANA semuanya sudah dinikmati bersama SYAITAN ketika di alam COUPLE dulu. SYAHWAT & KELAMIN juga bleh lemah dgn sebab couple nih!
cmana tu??? hak ni kena tanya ust personally nnt.

Sekian takat ni dulu perkongsian kali ini. Moga beroleh manfaat. Maaf jika sengaja mengkasarkan bahasa.. ada tujuannya tu..

** Sila beri komen anda di ruangan CBOX nnt...

Wassalam

0 komen:

EXCO BARU ASRAMA 2010/11

EXCO BARU ASRAMA 2010/11

Membeli Sambil Menderma!

Membeli Sambil Menderma!

Template by:
Free Blog Templates