20 April 2008

Terkini!

Smart Solah [1] 2008 berlangsung dengan jayanya!

Assalamualaikum wbt.
Dimaklumkan Program Smart Solah yang dijalankan berpandukan modul 'Smart Solah KRJ SPS' telah berjaya diadakan pada malam hari Jumaat yang lalu.

'Kekok' jg rasanya nak takbir..

Program yang diikuti oleh seramai 130 orang pelajar perempuan aspuri SMK Seri Nibong bermula sebaik sahaja solat Maghrib dan berakhir hampir jam 11.30 malam. Antara pengisian aktiviti ialah Tayangan Slideshow & Video mengenai kematian, Ceramah 'Smart Solah' oleh Ust Nik M. Aufa dan praktikal oleh kesemua peserta mengikut kump usrah.

Ingat.. Tapak tangan mesti menghadap kiblat. Tangan pula kena sejajar dgn bahu.
Tangan letak betui2.. mata mesti tgk tempat sujud!
Haa.. kan nampak sopan tuh..
Ruku' mesti jadi macam 'sesiku L'..baru betul.

Smart Solah [2] akan menyusul minggu hadapan. kali ini akan melibatkan pula semua pelajar aspura SMKSN. Diharap semua peserta boleh memberi kerjasama yang baik.

Akhir kata, terima kasih pada semua yg telah bersama menjayakan prog ini. Moga Allah merekod amal ini sbg amal pahala yg akan diganjariNya di 'sana'!

Kepada peserta yang sudah melalui prog ini.. secebis pesanan, 'Solatlah cara Nabi, moga sentiasa solat dalam hidup dan hidup dalam solat !'.

Wassalam.

0 komen:

EXCO BARU ASRAMA 2010/11

EXCO BARU ASRAMA 2010/11

Membeli Sambil Menderma!

Membeli Sambil Menderma!

Template by:
Free Blog Templates