13 April 2008

Aurat Muslimah dalam Solat..

Salam buat semua.
Rentetan daripada persoalan yang ditanya oleh 'saye' dan 'khayrulniesa' dalam cbox ttg hukum kawan2 perempuan di aspuri yang solat dengan hanya berbaju singlet dan berseluar tidur..Apakah sah @ tidak...

Maka Ust uploadkan di sini fatwa mufti Melaka ttg permasalahan tersebut, diikuti sedikit huraian.

[daripada laman web rasmi Mufti Melaka]

Pengirim

Mohd Radhi (mrazq@hotmail.com)

Alamat

Hiroshima, Jepun

Tarikh

12-01-2000

Kategori

IBADAH-SOLAT

Tajuk

aurat wanita dalam solat

Soalan

Assalamualaikum Datuk,

Saya ada kemusykilan bagi mendapatkan penjelasan pihak Datuk.

Apakah aurat wanita dalam solat? Bolehkah beliau bersolat tanpa menutup belakang dan tapak tangan? Wassalam

Jawapan

ASSALAMUALIKUM WRH.

Alhamdulillah. Salawat dan salam ke atas rasulullah SAW>

1. Aurat wanita dalam solat menurut Mazhab Syafi'i ialah seluruh badannya kecuali muka, bahagian belakang tangan dan telapaknya.


Sekian. wassalam.

* Laman Web ini dibangunkan oleh Universiti Multimedia
dengan kerjasama Majlis Agama Islam Melaka, Jabatan Mufti Negeri Melaka

Tarikh kemaskini

19-01-2000


Huraian:

Jadi..alasan bahawa boleh berpakaian singlet+seluar (tanpa tudung@telekung)* dengan alasan bhw kita akan menghadap Allah bila mati nnt dalam keadaan 'telanjang' juga adalah tertolak.

Ini kerana selepas mati, kita sudah terputus dengan t/jwb agama, tak perlu lagi solat dan menutup aurat! Bagaimanapun, selagi nyawa dikandung badan...t/jwb agama seluruhnya tetap terpikul di bahu kita.

Kesimpulannya - X sama keadaan kita sblm & selepas mati. Itupun kena ingat... mayat wanita muslimat akan dibungkus 7 lapisan kapan semasa mati nnt.. bukan dikebumikan dgn singlet jer.

Wallahu a'lam

Ust Nik Aufa

* Bagi yg bersinglet dlm kain telekung, tak timbul sebarang masalah, solatnya mmg sah. Cuma kena pastikan, telekung itu tidak nipis. Nak tau nipis ataupun tidak...sila letakkan kain@ape2 saja benda yg berwarna di bawah kain telekung, sekiranya kita masih dapat melihat 'warnanya', maka telekung itu juga masih belum menutup aurat!!!

Awas! Solat tanpa menutup aurat..selamanya tidak akan diterima!

EXCO BARU ASRAMA 2010/11

EXCO BARU ASRAMA 2010/11

Membeli Sambil Menderma!

Membeli Sambil Menderma!

Template by:
Free Blog Templates