05 February 2008

Fikir2kan..duhai puteri2ku

Solat dengan 'pakaian harian' (tanpa telekong melayu) lebih baikkah??..ataupun melewat2kan@meninggalkan solat itu terpuji??? Sila jawab!!!!

Assalamualaikum wbt.

Hmm..mgkin ada pelajar SMKSN yg rasa tajuk tulisan Ust kali agak keras kan? he.. sape makan cili terasalah pedasnya!


Penulisan kali ini, Ust nak cuba mluahkan rasa yg dah lama terbuku dan terselam.
Sejak 3 tahun berada di Seri Nibong, Ust dapat rasakan disiplin pelajarnya agak terkawal (jika nak dibandingkan dengan sekolah2 yg berhampiran), untuk itu Ust mmg patut mgkalungkan tahniah pada semua!

Namun, dari sudut disiplin kita dlm kehidupan ber'Tuhan'..masih terlalu jauh dari tahap sebenar.
Ust ambil contoh pelaksanaan solat berjamaah pada hari rabu yg DIWAJIBKAN pada semua pelajar MUSLIM/MUSLIMAH. Jumlah pelajar perempuan yg bersolat hanyalah lebih kurang 20 org! (selain pelajar asrama). Pelajar lelaki ok la sket..ada la juga 4-5 saf!

Memang sepanjang 3 tahun Ust di Seri Nibong, Ust byk berhadapan dengan kump pelajar perempuan yg teramat..amat..amat liat untuk solat! kenapa??? 1001 satu alasan diberi termasuk ada yg uzur 2 bulan tanpa henti!! (elok pi check di klinik, mgkin ada masalah rahim @ abnormality pada...............!)

Tak kurang juga yg beralasan.. tak bawa telekong!!!! (alasan yg kononnya paling kukuh! kerana dek kejahilan yg membelenggu diri) - alasan ni sebenarnya alasan lapok budak2 nakal zaman 70'an..zaman agogo..@tok nadok.

Betulkah solat mesti bertelekong? Minah ARAB solat bertelekongkah? Benarkah sesukar itu sekali untuk solat??

Sejak bila pula 'bertelekong melayu' menjadi syarat sah untuk solat. Cuba lihat gambar di atas dan juga gambar kakak2 di bawah.. Allah tak terimakah solat mereka kerana tak bertelekong??

Untuk menjawab persoalan ini, marilah kita perhatikan sepotong hadith yang bermaksud :


“Sesungguhnya Ummu Salamah RA bertanya kepada Rasulullah SAW, bolehkah seorang wanita solat dengan memakai baju kurung dan tudung tanpa jubah (yang menutup dari kepala hingga kaki?). Baginda menjawab : “Boleh jika baju kurung itu labuh, menutup kedua kakinya” (Riwayat Abu Daud)


Hadith tersebut menunjukkan bahawa pakaian kaum wanita seharian (termasuk pakaian sekolah + Stokin kaki) dan pakaian ketika mendirikan solat..tiada bezanya!

Ada sesetengah wanita yang menjadikan alasan untuk meninggalkan solat dengan menyatakan sebabnya adalah kerana tidak mempunyai telekong. Kadang-kadang kebiasaan begini (bertelekong melayu) telah membawa kepada sesuatu perkara yang menyusahkan walaupun mungkin terdapat sesetengah muslimah yang pakaian hariannya telah menepati syarat untuk menunaikan solat tetapi disebabkan adapt atau kebiasaan maka mereka beranggapan bahawa tidak boleh solat sekiranya tiada telekong.

Sepatutnya masalah ini tidak berlaku, atas sebab perkara yang kecil, ianya telah membawa diri kita kepada kebinasaan.

Kesimpulannya yang dapat dibuat,

Pakaian muslimah yang belum boleh digunakan untuk solat (spt ketat n jarang..merupakan pakaian Islam yang belum sempurna!!!

dan ianya harus disempurnakan. Hal ini memang cukup berat untuk dilaksanakan oleh muslimah apabila tidak diiringi dengan keimanan dan ketaqwaan.

1 komen:

Anonymous said...

ramai yg pakai adat jer..tapi x blajaq agama betoi2

EXCO BARU ASRAMA 2010/11

EXCO BARU ASRAMA 2010/11

Membeli Sambil Menderma!

Membeli Sambil Menderma!

Template by:
Free Blog Templates