02 February 2008

Aktiviti Terkini

Bengkel Penulisan Kreatif Bersama Ust Nik

Alhamdulillah, pagi tadi 2 Februari 2008, bertempat di Surau Raudhah Muslimin SMK Seri Nibong jam 9.00pg-12.00tgh telah diadakan bengkel Penulisan Kreatif dengan jayanya. Bengkel ini dimulakan dengan menyorot sejarah bangsa Muslim sebagai bangsa menulis. Ianya kemudian diteruskan dengan aktiviti kumpulan. Bermula dari pembentukan team penerbitan, mereka cipta konsep majalah yg bakal dikeluarkan dan akhirnya disusuli dengan penghasilan 'majalah olok2' (sbg latihan lay-out).

Prog ini berjalan dengan lancar hingga ke akhirnya. Terima kasih buat semua yg terlibat. Moga Allah mengganjari kalian dan mempermudahkan usaha kalian utk menghasilkan bahan penerbitanberupa majalah atau yg seumpama dengannya.. jazakallah khairan kathira.

Bangsa Muslim..bangsa menulis!

Aktiviti kumpulan - Reka cipta majalah
Tekun mencari bahan..
Naib Pengerusi LASER turut bersama adik2.. Nun jauh dibelakang mereka, ada lagi 1 kump yg sedang berhempas pulas menghasilkan majalah mereka.
Susun atur bahagian mukadepan majalah..'REMAJA.com'
Hah..sampai tertiarap kawan2 kita nih!
Abang Syahid membimbing adik2
Ha..nantikan majalah 'B.S.B' kami di pasaran!
Macam ni..macam ni...
Gaya penulis muda..
Kerjasama kump yg cukup hebat!
Abang Faizal jg tak ketinggalan!
Sidang majalah sedang rancak menghasilkan produk mereka..

Setakat ini sahaja buat kali ini. Apa yg membanggakan ust, kehadiran peserta yang ramai walaupun dari awal lagi ust tegaskan prog ini hanya terbuka kepada yg berminat. Tiada paksaan menghadirinya.. Alhamdulillah.

Doa dan harapan ust buat peserta, moga hasrat kalian menghasilkan penerbitan utk edaran di Seri Nibong menjadi nyata. Jadikanlah penulisan sebagai medium dakwah. Usaha dan penat kalian berbayar dengan pahala dan Syurga insyaAllah..

Wassalam

0 komen:

EXCO BARU ASRAMA 2010/11

EXCO BARU ASRAMA 2010/11

Membeli Sambil Menderma!

Membeli Sambil Menderma!

Template by:
Free Blog Templates