27 January 2008

Menjawab persoalan Mushkil di Cbox..

Couple L & P kerana dakwah : Bubur Asyura VS Asyubi?

26 Jan 08, 22:19

mushkil: adkah d kra bdosa jga klo sbb depa kaple, kwn sya 2 dah ke jln Allah...dan x berdendam dgn kaum hawa lagi???

Jawapan Ust :

Mushkil, inilah sebenarnya fenomena yg banyak berlaku di kalangan muda-mudi terutama di sekolah dan IPT. Ust terpaksa menjawab di sini kerana ianya perkara yg amat serius dan sudah mem’barah’ dlm masy.

Mushkil, persoalan paling asas dalam Islam ialah niat. Solat perlukan niat. Tanpa niat, solat hanyalah sekadar perbuatan tonggang-tonggeng yang tiada haluan. Sihat mungkin dapat, tapi pahala jauh sekali. Puasa juga begitu, tanpa niat - puasa hanyalah menahan diri dari makan dan minum.. Orang yg berpuasa tidak boleh menuntut pahala dari Allah kerana niatNya itu tidak keranaNya.

Nah..sekarang cuba Mushkil renungkan semula apakah niat kawan mushkil yg bercouple tu melaksanakan taat & meninggalkan maksiat? Apakah kerana perempuan itu atau benar2 kerana Allah? Kalau kerana perempuan itu, bolehkah perempuan itu membalasinya dengan pahala?? dan menjaminnya dengan Syurga?

Tapi kalau kerana Allah..tentunya dia dari awalnya lg tidak akn terlibat dengan couple..kerana hukum couple itu sendiri HARAM sebagaimana haramnya BABI pada manusia!

...dan x berdendam dgn kaum hawa lagi???

Err..Islam memang tak pernah ajar penganutnya berdendam dengan perempuan!

Bukan sebab bercouple menjadikan muslim itu baik terhadap perempuan!

Setiap lelaki MUSLIM diajar untuk mengasihi dan membela saudara MUSLIMAHnya mengikut cara dan adab2 Islam! Penuh takzim..penuh hormat terhadap wanita!! Sebab itulah Islam tak mengajar kita ‘bercouple’ kerana ia hanya bakal MERENDAHKAN martabat Wanita..

Wanita MUSLIMAH yg bercouple adalah wanita murahan yg terpaksa menagih cinta pengemis dan insan yg tak punya.. dalam masa yg sama menolak cinta Allah yang TULUS ABADI!

26 Jan 08, 22:17

mushkil: slps 2 diorg kaple...smnjk diorg kaple...kwn sya 2 brubh.dia dh mla rjin..slat x pnah tinggal..prmpn 2 byk bg smgt kat kwn sya..slps 2..diorg ptus n bjnji kan nikah klo mmg jdoh depa..

Percampuran antara perkara BAIK@HALAL dengan perkara JAHAT@HARAM takkan menjadikan sesuatu yang JAHAT@HARAM itu menjadi baik & halal..

Seperti ust sebut tadi..haram COUPLE sama seperti haramnya BABI. Manakala halalnya ibadah dan rajin melakukan solat (mcm kwn Mushkil) pula umpama halalnya dan baiknya BUBUR ASYURA.(sebagai cth)

PERSOALAN di sini, apakah BUBUR ASYURA yang dicampur dengan BABI (menjadi ASYUBI) menjadi HALAL dan BAIK? Seperti ASYURA?

Cuma di sini, kawan Mushkil tu telah mengambil satu keputusan yg tepat bila...Mushkil kata :

slps 2..diorg ptus n bjnji kan nikah klo mmg jdoh depa..

Ya..berjanjilah untuk menikah kalau dah itu jodohnya! Bercinta selepas nikah itulah JALAN ISLAM! Tiada jalan kedua..melainkan JALAN SYAITAN. Keputusan kawan Mushkil itu amat patut dipuji.. Beliau telah menyelamatkan dirinya dan perempuan itu.

Kalau tidak, solat yg dikerjakan atas dasar sayang kekasih akan membuatkan mereka tertipu di akhirat nanti! Solat yg disangka AMAL akan diKOYAK-REMUKkan oleh Allah Tuhan Pencipta Sekelian alam!

“Sesungguhnya manusia dalam kerugian! Kecuali mereka yg beramal SOLEH (niat n caranya mengikut petunjuk Allah), dan berpesan dengan kebenaran..jua berpesan pada kesabaran..”

Alhamdulillah, mudah2an mereka sudah berubah!

mushkil: slpas kwn sya bjumpa dgn pmpn 2..dia dh x bt mksiat...dia dah brubah...adkah sblm depa ptus d kra mksiat juga sdangkan pmpn 2 bjya mmbwa laki 2 ke jln Allah???..sya hrap ustz dpt atasi soalan sya nie.

Ya masih dikira maksiat jika belum bertaubat. Juga masih dikira MAKSIAT jika ‘perkara lalu itu’ dikhayalkan dan diingati sebgai kenangan manis..

Namun sekiranya bertaubat...mudah2an Allah dengan sifatNya yg ‘al-Ghaffar’ mengampunkan. Tapi diingatkan di sini.. antara syarat taubat ialah:

  1. Mengakui kesalahan
  2. Menyesali sungguh2 kesalahan yang lalu
  3. Membenci kemungkaran tersebut spt membenci API NERAKA
  4. Bertaubat dengan taubat nasuha
  5. Tidak mgulangi kesilapan yg sama


MUDAH2AN ALLAH MEMBERI HIDAYAH DAN RAHMAT BUAT MEREKA BERDUA DAN KITA JUGA.

0 komen:

EXCO BARU ASRAMA 2010/11

EXCO BARU ASRAMA 2010/11

Membeli Sambil Menderma!

Membeli Sambil Menderma!

Template by:
Free Blog Templates