10 January 2008

Cubalah...

Resepi Asam Pedas Ikan..

Salam...
Ha..tadi kami baru siap masak 'asam pedas ikan mayong'.
Hmm..sedap gak! n pasal sedap ni..rasa nak berkongsi resepi la plak.


Bahan A:

  • Ikan Mayong/duri/sembilang dsb (atas citarasa nak mkn ikan apa) - (digoreng separuh masak)
Bahan B:(dikisar)
  • 5 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1/2 inci kunyit
  • 7 biji lada kering
Bahan C:
  • 1 cawan air asam jawa
  • sekuntum bunga kantan
  • 2 tangkai daun kesum
  • 1 biji tomato (dibelah 4)
  • 3 batang serai (diketuk)
  • 1 sudu teh gula
  • garam secukup rasa
  • 2-3 cawan air kosong (berdasar thp kepekatan yg disukai)
CARA2:
  1. Goreng ikan separuh masak & ketepikan.
  2. Tumis BAHAN B (yang telah dikisar) sehingga 'pecah minyak'.
  3. Masukkan BAHAN C kesemuanya sehingga menggelegak.
  4. Kecilkan api dan masukkan ikan yang telah digoreng separuh masak tadi.
  5. Angkat dan hidangkan..rasai keenakannya! Jangan lupa baca doa!
SELAMAT MENCUBA..

Ust n Kak Ida

p/s: kalau nak sedap lg, masukkan bendi..fuh..cow punyer!

1 komen:

Anonymous said...

testing

EXCO BARU ASRAMA 2010/11

EXCO BARU ASRAMA 2010/11

Membeli Sambil Menderma!

Membeli Sambil Menderma!

Template by:
Free Blog Templates