31 August 2009

Tazkeerah Ramadhan

HENDAK KE MANA ANDA? (WHITHER GO YE?)


Hari ini anda bangun pagi. Apa yang anda lakukan. Anda mungkin membersihkan diri. Mungkin anda solat subuh? Atau tidak? Anda sempat sarapan di rumah?

Jika anda telah berkeluarga, setelah mengucapkan selamat kepada anak/isteri anda bergegas ke tempat kerja. Mungkin anda berkenderaan sendiri.

Mungkin sepanjang jalan anda memikirkan peristiwa semalam. Mungkin anda merancang apa yang bakal anda lakukan hari ini, esok, minggu depan, tahun depan. Seribu satu persoalan mungkin bermain di benak anda.


Sepanjang perjalanan. Mungkin anda tersenyum memikirkan gelagat rakan-rakan pemandu lain. Mungkin anda geram, marah, menyumpah dengan karenah mereka.


Anda mungkin mempunyai teman ketika memandu..isteri,suami, rakan. Anda berceloteh dengan mereka? Atau anda masam mencuka? Ceriakah anda hari ini sepanjang perjalanan?


Anda mungkin menaiki kenderaan awam.. LRT, bas, komuter, monorel. Anda melihat sekeliling anda. Kelihatan pelbagai jenis manusia; pelbagai ragam, pelbagai karenah, pelbagai riak muka; senyum, masam, sedih, ceria, tak kisah, ‘stone’…mereka seperti anda juga sedang memikirkan mengenai diri mereka dan mungkin juga sedang menilai riak muka anda!


Anda tiba di tempat kerja. Anda pekerja misali. Anda menjalankan tugas dengan tekun dan dedikasi. Atau anda sebaliknya.. curi tulang? Anda menghadapi seribu satu macam cabaran; dengan bos, dengan rakan sekerja, dengan pelanggan… Tengahari anda ke kantin, restoran, kafe untuk makan.


Tiba waktu pulang.. anda menjejaki semula langkah anda sewaktu anda datang. Mungkin anda singgah di supermarket, minimarket, pasar malam untuk membeli beberapa keperluan dan akhirnya pulang ke rumah.


Solat anda bagaimana hari ini? Subuh? Zuhur? Asar? Atau anda tidak kisah? Tidak ambil peduli?

Anda mungkin berpeluang bersukan, dan mandi. Anda solat maghrib? Keluarga anda bagaimana?


Malamnya anda sibuk menyediakan atau mencari makanan. Selepas makan anda berhibur. Anda mungkin mengadap sumber nombor satu hiburan masakini TV, VCD, DVD, Hi-Fi, Satellite..dan entah apa lagi. Akhirnya rasa mengantuk melanda diri anda, rakan, anak dan isteri. Anda masuk ke bilik tidur untuk berehat.


Demikian perjalanan hidup anda hari ini..


Esok.. anda mengulang kisah harian anda… besar kemungkinan plotnya hampir sama.. itulah rutin anda…


Esok, anda bermula dari perenggan satu coretan ini..

************************************************************

Anda, saya dan semua orang selesa dengan hidup kita
kini. Oleh itu, kita beraksi seolah-olah nikmat dan
keselesaan kita kini akan berkekalan.

Oleh kerana kita belum nampak alam akhirat, kita sukar
mempercayainya.

Manusia yang selesa dengan hidup dan sukar mempercayai
alam akhirat yang lebih luas dan kekal abadi ialah
umpama bayi dalam kandungan rahim ibunya.

Dia berasa selesa dengan keadaannya menerima zat dan
makanan melalui urinya. Dia terlena dibuai mimpi.

Tika itu, jika diberitakan kepada bayi, “kehidupan
kamu di sini hanya sementara. Di luar dunia kecil kamu
ini ada alam yang lebih luas.”..akan percayakah ia?

Oleh kerana ia masih belum melihatnya dan ia sudah
berasa seronok, selesa dan leka dengan hidupnya kini,
ia tidak yakin dengan nasihat yang menyebutkan tentang
dunia yang lebih luas, penuh cabaran dan mungkin lebih
menyeronokkan di luar rahim ibunya. Ia tidak mahu
memikirkannya.

Ia tidak mahu ambil pusing. Ia tak ambil kesah.

Setelah ia lahir ke dunia, maka barulah jelas padanya
bahawa kehidupan dan keseronokan rahim ibu hanyalah
sedikit. Cabaran dan pancaroba alam barunya lebih
besar.

Begitulah kita, dia, anda dan saya.

Sukar kita menerima sesuatu yang kita belum
merasainya, belum melihatnya. Sesuatu yang deria kita
belum mencapainya.

Walaupun ianya satu hakikat yang ‘real’.

Susah sungguh bagi kita menerima hakikat bahawa mati
bukan penyudah riwayat kita walaupun itulah
hakikatnya.

Berat untuk kita percaya kematian hanya pembuka pintu
ke alam barzakh dan seterusnya alam akhirat walaupun
itulah realitinya.

Sukar kita menaruh keyakinan mendalam selepas kematian
ada alam yang baqa’ kekal selama-lamanya walaupun
itulah yang sebenarnya yang akan kita semua tempuhi.

Sumber: Hasil pena Dr. Omar

0 komen:

EXCO BARU ASRAMA 2010/11

EXCO BARU ASRAMA 2010/11

Membeli Sambil Menderma!

Membeli Sambil Menderma!

Template by:
Free Blog Templates