31 May 2009

Coretan di Hari Guru'09

Tertipu dan Terharu..


Salam sumer. Tertipu dan terharu..tajuk coretan ust kali ni. Anda plak jangan 'tergaru' pikir maksud di sebalik tajuk tu. Semuanya ada kaitan dengan Sambutan Hari Guru. Hm, hari guru tahun ni sebenarnya lebih bermakna coz bermula tahun ni ust sanggup jadi warden asrama sepenuh masa..kiranya jadi cikgu pagi petang..siang malam. (dulu warden bersekutu jer). Tp apapun alhamdulillah..banyak medan amal terbuka luas di hadapan mata! Pahala! Pahala!

Tertipu...
Tanggal 28 mei 2009..ust hadir ke prog santai lepas xm asrama. Antara pengisiannya ialah tayangan video sempena Xplorace Generasi Islam 09. memang sumer nampak enjoy! ada yg tbahak2 sampai nak pecah perut pun ada! Cuma selesai jer tayangan dalam pkl 10.45mlm..ust mula bkemas nak balik. Tetiba dtg Radzi n Syazani kata nak bcg masalah pelajar junior dok makihamun pelajar senior...
Dah ku agak dah!!! bulan jun tiap2 tahun pun macam ni!!! menyirap darah..rasa geram pun ada! nasib baik teringat ajaran Nabi saw yg minta kita cool sepanjang masa...err control cket!


Cuma sebab kesuntukan masa ust pun keluar dr dewan makan asrama menuju ke kereta sambil2 bbcg dengan cg Sopiah, cg Azam n cg Suhaila ttg masalah anak2 nih...

Tiba2...terdengar pekikan..
'Aku tak puas hati lama dah!' 'Boleh Blah!!!!' entah makihamun ape lagi yg terluah.. hinggar binggar dewan makan asrama!!!!
Kami para warden bergegas lari masuk dewan makan. Cg Sopiah bg arahan agar warden btenang n beri peluang pelajar bertempik mluahkan perasaan.

Ust pun minta semua pelajar selain F4 dan F5 keluar dewan mkn n balik asrama.

TEGANG!!! Rupa-rupanya pergaduhan antara F4 dan F5 seakan x boleh dielakkan lagi. Ust ingat apa yg syazani sebut mlm tu...
'selama ni kami dah sabar lama dah..hari ni dah sampai tahap melampau! Kami F5 dah tak tahan!!!!!!!'

Melihat keadaan yg tak tentu arah, cg Sopiah minta pelajar amik kertas sorang satu dan luah ketidakpuasan hati. Semua X bergerak...terpaku!! Cg azam tanpa buang masa cepat2 balik rumah n amik kertas dan pen....


Ust plak mula bbincang dengan sorang dua budak F5 dan F4 ttg masalah yg timbul.. tapi xde jawapan. Semua F4 (termasuk yg xpandai gaduh sebelum ni buat muka karipap basi...masam..)
Cg azam sampai dengan kertas n pen di tangan... tetap juga budak2 F4 n F5 tak nak tulis apa2.

Cg Sopiah, Ust, Cg Azam n Cg Suhaila mula bingung..... kami sekadar mampu berpandangan sesama sendiri....

TIBA...TIBA.....
Semua pelajar asrama lelaki dan perempuan datang meluru ke arah kami termasuk F1 hingga F5 sambil menyanyi....
SELAMAT HARI GURU (lagu ala2 lagu besday tu....)

Kami gamam setengah minit!!!!
Err...yang gaduh tadi???????

TIPU2 Jer.... kami minta maaf kalau cikgu2 terasa... kata Syazani.
Ops!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Tipah Tertipu rupanya...........! Ados!!

Serentak dengan tu...dikeluarkan KEK HARI GURU dr pelajar asrama.. Ah.. Tuhan saja yg tahu betapa bercampur2 perasaan kami waktu tu... Daripada nak marah..tetiba pening bingung dan akhirnya TERHARU....

Yap... apapun terima kasih semua buat yang terlibat menjayakan lakonan berkesan pada malam tu. Terima kasih juga sbb susah2 sediakan kek. Kami telan kek malam tu sambil perasaan masih bcampur2...err betul ker nih!! masih separuh percaya pasal lakonan makihamun hangpa pun boleh tahan! Ngeri betul!!

Keesokannya plak (JUMAAT) Sambutan Hari Guru peringkat sekolah plak diadakan. Alhamdulillah wp sederhana..tetapi cukup2 bermakna.


Oklah stakat ni dulu coretan ust sempena Hari Guru nih..
Apa yg berlaku mmg akn menjadi kenangan manis kami..insan yg bgelar guru..

Bg ust sec peribadi..segala ucapan, kad, hadiah, lakonan, kek dsb memang cukup bermakna bukan sekadar meraikan hari guru..tapi jg hari lahir ust sendiri... (14 mei... tahun..rahsia!)..
2 hari sblm hari guru. Segalanya meriah!!

Bersama sebahagian kad dan hadiah Hari Guru'09
X sangka..byk jugak dapat hadiah..Mug, labu sayong, 'pen gergasi', 'kotak misteri', pen...n ade lagilah...yg bagi hadiah baju pun ada! budak cina pn ade bg hadiah gak..terharu betul!
tq ats ingatan semua. Moga Allah akan membalasnya!

Sekali lagi...Alhamdulillah n terima kasih daun keladi!

-Ust Nik Aufa-

0 komen:

EXCO BARU ASRAMA 2010/11

EXCO BARU ASRAMA 2010/11

Membeli Sambil Menderma!

Membeli Sambil Menderma!

Template by:
Free Blog Templates