18 April 2009

Bukti 'COUPLE' membodohkan dan menjahanamkan anak bangsa!
Kajian dari LONDON
Sekolah campur jejaskan pelajar perempuan..
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Dunia/20090319000031/Article/indexworld_html

LONDON: Pelajar perempuan lebih cemerlang dalam pelajaran mereka jika mengikuti pengajian di sekolah perempuan, satu kajian baru mendedahkan.

Kajian berkenaan yang meneliti keputusan Sijil Am bagi Pendidikan Menengah (GCSE) 700,000 pelajar perempuan di Britain mendapati mereka yang belajar di sekolah perempuan lebih cemerlang berbanding yang belajar di sekolah campuran.

Malah, pelajar perempuan yang lemah ketika memasuki sekolah menengah lebih banyak mencatat peningkatan di sekolah perempuan berbanding yang mengikuti pelajaran di sekolah campuran.

Hasil kajian itu dijangka mencetuskan debat mengenai masa depan sekolah perempuan yang jumlahnya sejak 1970-an mengecil dengan hanya 221,000 pelajar perempuan mengikuti pelajaran di sekolah perempuan dan 160,000 pelajar lelaki di sekolah lelaki daripada jumlah keseluruhan 3.5 juta pelajar di Britain.

Kajian dilaksanakan bagi pihak Good Schools Guide (Panduan Sekolah Bestari) meneliti keputusan GCSE di sekolah awam di antara tempoh 2005 dan 2007. - Agensi

Kajian itu mendapati daripada 71,286 calon di sekolah perempuan yang mengambil ujian GCSE dalam tempoh tiga tahun ini, secara puratanya semua daripada mereka menunjukkan peningkatan berbanding keputusan mereka pada akhir sekolah rendah.

Manakala 20 peratus daripada 647,942 pelajar perempuan di sekolah campuran yang mengambil GCSE dalam tempoh itu mencatat keputusan yang merosot jika dibandingkan dengan pencapaian mereka pada akhir sekolah rendah.

Pengarang Good Schools Guide, Janette Wallis berkata: “Kebanyakan ibu-bapa berpendapat sekolah campuran lebih baik kerana memberi peluang anak mereka bercampur dengan jantina berlainan pada usia muda sebagai persediaan awal untuk memasuki alam dewasa dan pekerjaan.

“Namun, kajian ini menyatakan mereka tidak boleh mengabai bukti bahawa anak mereka mungkin mencatat pencapaian lebih baik dalam akademik jika belajar di sekolah satu jantina.”


Seorang penyelidik di Institut Pendidikan di University of London, Alice Sullivan berkata kajian itu menyokong hasil kajian sebelum ini yang mendapati pelajar perempuan lebih cemerlang di sekolah perempuan.- Agensi

0 komen:

EXCO BARU ASRAMA 2010/11

EXCO BARU ASRAMA 2010/11

Membeli Sambil Menderma!

Membeli Sambil Menderma!

Template by:
Free Blog Templates