25 February 2009

'Terpinga' dialu-alukan ke Sekolah berjumpa saya!

Pertama n utama..syukur ke hadrat Allah kerna punya teman yg sudi mengingatkan. Terima kasih atas teguran. InsyaAllah saya akan pastikan diri ini terus jujur mendidik anak bangsa.

Terpinga, hidup ini bukan sekadar cari nama.. tapi yang lebih penting mencari redhaNya. Agama pula bukan diukur dgn pep. semata, tapi penghayatan jiwa, nafas n raga. PMR di dunia dan PMR di 'sana'.

Ust tak mau jawab panjang2 ttg apa yg 'terpinga' sebut. Tapi buat pengetahuan 'terpinga' result PMR pendidikan Islam pada 2007, Ust Nik ni juga yang mengajar bersama usth Salina.resultnya 70% pelajar dapat A.

Pendekatan n cara mengajar udah saya pelbagaikan. Cuma pelajar PMR 2008 kurang bernasib baik kerana ada sedikit perubahan format penilaian dan juga kaedah penilaian jawi. SMKA juga mengalami penurunan dan kebanyakan sekolah di SPS juga terpaksa menerima hakikat yg sama. Apapun, kita merancang..Allah jua yg menentukan.


Masa diberikan nikmat, kita bersyukur... bila ditimpa musibah sebegini haruslah kita bersabar.

Akhir kata, buat 'terpinga', saya amat kasihkan anak didik saya macam terpinga juga. InsyaAllah saya akan terus gigih berusaha moga mereka terus berjaya. Sedikit kejian n teguran takkan melemahkan saya untuk terus mendidik dan menentang kemungkaran!

Allahu a'lam bissawab!

0 komen:

EXCO BARU ASRAMA 2010/11

EXCO BARU ASRAMA 2010/11

Membeli Sambil Menderma!

Membeli Sambil Menderma!

Template by:
Free Blog Templates