16 November 2008

Kenapa Tak Sayang Sesama Kawan?

Salam, Apa khabar sumer anak didik Ust di pagi cuti nih? dah solat subuh? Jangan ada yang qadha2 ye! Tak bek! Kalau lah Allah qadha'kan rezekinya pada kita camana???
  • Camana klu Allah Qadha' Oksigennya?
  • Camana klu Matahari lupa 'bertugas' n qadha selepas seminggu berikutnya?
  • Camana klu Otak tak berfungsi dan qadha selepas 3 tahun?
  • Camana klu Jantung berhenti 5 minit dan qadha kerjanya dalam kubur?
  • Camana klu.... (sendiri mau ingat la kan...?) Pelajar2 ust kat Seri Nibong kan cerdik2 belaka... Tak Gitu?
Ops.. cam mgaja dlm kelas la plak! he.. ni la sebenaqnya masalah cikgu.. baru cuti 2 hari rasa dah nak pi sekolah.. nasib bek ada sekolah maya kat tenet ni...

Ha... lari jauh dr tajuk nih!



Ust sehari dua ni dok perhati dengan serius masalah ukhuwwah sesama pelajar SMK Seri Nibong. Umumnya ok sgt2 klu nak dibandingkn dgn sekolah2 len. Tp ada aspek yg boleh diperbaiki.

Teropong cbox plak..ha, mmg ada yg masih belum beres!

sedutannya....

do noe: aku aibkn org???sdgkn korang aibkn aku kt internet...berapa ratus orang yang ko nak gtau pasal aku...satu dunia kn 'sabar'...
15 Nov 08, 17:32
do noe: thanx ustz ats segalanya..saya x guna..org akn happy klau saya x de kat skola 2..4 their good i gonna go to other school...bye...
15 Nov 08, 17:28
do noe: x pe la...lagipun aku nak kuar dri skola ni...aku dah aibkn orgkn???thanx...harap2 korang happy coz org sperti aku tak wujud lg in that school....aku takkan ganggu idup korang lgi...
15 Nov 08, 10:50
sabar: contoh lagi mcam kakak2 senior tegur kami form3..kami bleh terima sbb cara mereka baik..mcam mna orang nak respek kalau ?????????? sendiri mencarut ustaz??
15 Nov 08, 10:47
sabar: budak hostel ke x..tapi teguran dia 2 membina dan x pernah marah2 kami..kami suka cara dia..klau mcam dia x pala jugak..dia tegur sbb syang dekat kami..tapi ????????????? tegur mcam nak mgaibkan kami..
15 Nov 08, 10:36
sabar: tapi dia kdang2 2 ikut sedap dia ja nak cakap tnpa usul periksa pas 2 x jaga lgsung hati orang..mungkin betul apa yg dia tegur.tapi janganlah sampai orang x respek dia..kami minta maaf atas smua nie..
15 Nov 08, 10:33
sabar: btul ustaz...tapi cara dia 2 kami x berapa berkenan..smpi buat kami x respek dia..mcam ustaz,ustaz bgi nasihat x menyakitkan hati orang...
14 Nov 08, 18:30
ust[sabar]: Yg ptg, kita smua nk kwn jd baik.. ?????????? pun begitu, sabar pun camtu jgk kan? Klu x, takkan la kita nk penat2 settle kan masalah umat
14 Nov 08, 18:28
ust[sabar]: sabarlah 'sabar'... semua org mgkin mlakukan kesilapan. Ust klu dgr cerita pun, ust akn tanya tuan punya diri tuk kpastian. Td pun, ust ada pggl kwn2 tuk btanya kabar.
14 Nov 08, 18:22
sabar: kami smua form3 x benci dia tapi kami cuma nak dia sedar..cara dia berdakwah salah ustaz..xnak lah mengaibkan dia dekat sini...wallahualam..ustaz try la nasihat dia..
14 Nov 08, 18:21
sabar: kami tahu niat baik dia nak nasihat orang..tapi kalau dia sendiri yg buat x pa...dia buka aib kawan2 dia x pa..kami nie merangkumi suma form3..dah lma kami sabar..ustaz tlong lah nasihat dia sikit..

'Do noe' n 'Sabar', (Ust kenal ke2-2nya, hari jumaat hr tu pun ust dah dengar,tp tak sempat nak ajak bincang coz ust sibuk rancang prog orientasi taun depan dgn pel form4)

kalian berdua ni 2-2 ust syg! Ust mgajar kalian sjk dr ting 2. X pernah ust ajar n semai rasa bermusuh dan saling membenci.

Ingat balik tajuk 'sabar menghadapi ujian Allah', 'Kewajipan berdakwah', 'Perpaduan asas kesejahteraan' dan belambak2 lagi tajuk yang sepatutnya mendidik kita..

Ust TAK PERNAH ajar kalian dengan SEMATA2 nak kalian berjaya dalam PMR shj. Tapi nakkan komitmen kalian untuk terus hidup dengan ISLAM selagi hayat dikandung badan.

Di awal kelas setiap tahun, Ust selalu ingatkan yang...

"BELAJAR PENDIDIKAN ISLAM ADALAH BELAJAR CARA UNTUK HIDUP!"

So, Ust harap 'bergaduhlah' cara Islam... Ambil tempoh bertenang 3 hari dan kemudian bermaaf2an lah.

Jangan lagi saling serang-menyerang dan mengaibkan.. Ust tak redha tengok kalian camni.. sedih!
Di mana kasih syg sesama sahabat, kawan, teman...MUSLIM?
Dalam prog Pendidikan Islam lepas PMR hari tu kan kita dah sebut...

"Aku puji kerna sayang, Aku tegur kerna sayang, Aku kritik kerna sayang, Sahabat, Aku sayang padamu!

Buat 'sabar',
Terimalah teguran sahabatmu,
Memang kekadang teguran n kritikan amat menyakitkan, tapi ada masa ianya perlu.
Macam org yg terkena bisul, selagi tak dipicit keluarkan nanah, selagi itu penyakit tak hilang! Ha, kalau nak sembuh bisul terpaksa menanggung sakit picit, apalah salah kiranya kita 'telan' sedikit kesakitan untuk kesihatan berpanjangan.

Ingatlah bahawa SAHABAT SEJATI adalah sahabat yang mampu MENEGURMU tatkala dirimu dibuai LEKA. Sedangkan sahabat PLASTIK@TIRUAN adalah sahabat yg 'MENGIPAS'MU dan mebuatkan dirimu SELESA dengan KEMUNGKARAN, rasa bertuah bila dalam MAKSIAT!

Aduh malangnya kita di akhirat nnt...
(Maafkan Ust, Ust tegur kerna sayang!)

Buat Do noe,
Terimalah juga teguran sahabatmu dengan dada lapang, mungkin terselit hikmah di sebalik semua ini.
Proses ini tentunya akan mematangkan dirimu. Jangan berputus asa dengan dakwah kerna ia datang bersama 'pakej ujian dan penuh tribulasi'.
Jangan kecewa sampai nak pindah ke sekolah lain. Saat berduka, ingatlah kenangan manis bersama sahabat kita. Satu dua kesilapan, sepatutnya tak mampu membungkus memori indah kita bersama teman n sahabat!

Ingat lagikan kisah yg ust cerita dalam kelas. Kisah Nabi SAW berbuat baik pada perempuan tua yg mencaci, Kisah Nabi SAW di thaif yg dihalau dan dilempar dengan batu, Kisah Nabi SAW dilempar najis unta, Kisah Nabi SAW yang dijerut dengan serban, Kisah Nabi SAW yang diperolok2kan semasa bercerita kisah 'ISRA' MIKRAJ'... dan byk lagi...

Do noe, ujian ini terlalu RINGAN buatmu.
Ust doakan do noe terus tabah n gigih berdakwah. Gunakanlah pelbagai pendekatan yg berhikmah. Jangan terlalu diikutkan emosi. klu ada tingkah kita yg diakui silap, tak salah jika kita menghulur tgn bermaafan...

Ingatlah,pendakwah akan sentiasa mengasihi dan memberi harapan...
(Maafkan Ust, ust tegur kerna sayang!)

Buat pengunjung yang len,

Ust harap kita tak panjangkan kisah ini dan doakan agar mereka berdamai. Untuk menghukum yg mana salah dan yang mana betul,kita takkan mampu kerna tak memahami akar perselisihan mereka...
Allahu a'lam dan Maha Mengetahui.

Moga Allah mengampunkan kalian...

Ust Nik

0 komen:

EXCO BARU ASRAMA 2010/11

EXCO BARU ASRAMA 2010/11

Membeli Sambil Menderma!

Membeli Sambil Menderma!

Template by:
Free Blog Templates