25 November 2008

Karya Pelajar Seri Nibong


PEJUANG TANAH AIR..

PEJUANG,
pernah seketika hatimu bergetar
kerana engkau bakal menjadi seorang pejuang Islam
yang bakal menyelamatkan negara Islam
dari menjadi huru hara
dan juga musnah
akibat anasir-anasir yang kini kian bermaharajalela.

PEJUANG,
sewaktu engkau berada di medan peperangan
tiada perkara lain yang engkau fikirkan
iaitu ingin menyelamatkan negaramu
dari menjadi negara yang diperintah olehanasir-anasir jahat.

PEJUANG,
engkau bakal menjadi
seorang yang hebat
sanggup mempertaruhkan dirimu
demi agama mu yang tercinta
agama Islam
engkaulah pejuang yang dambakan syahid
di jalan ALLAH.

HASIL NURKILAN...MUHAMMAD RADZI BIN ABDULLAH

1 komen:

Anonymous said...

Ada bakat, tp masih perlu diasah. Isi sajak agak sedikit longgar dan terlompat-lompat.

EXCO BARU ASRAMA 2010/11

EXCO BARU ASRAMA 2010/11

Membeli Sambil Menderma!

Membeli Sambil Menderma!

Template by:
Free Blog Templates