26 October 2008

Soal jawab remaja

knpa prsaan cinta 2 hadir pd usia kta remaja ni??

soalan dr gurlz 08: salam,ust knpa prsaan cnta 2 hadir pd usia kta remaja ni??kn x elok..n cm ne kalo kta nk kwl prasaan kta drpd sseorg 2????

Wsalam. Pertamanya,time kasih ats kesudian gurlz 08 mjadikan cbox sebagai forum ilmiah.

Bila bincang ttg CINTA sesama manusia, sebenarnya ia tak kenal usia. Budak tadika pun skang ni dah pandai bermain cintan! Org tua nak mati pun kekadang 'tumpas' dengan fitnah CINTA..

Cuma, bahaya cinta lebih ketara.. bila ia hinggap pada REMAJA.

Sbb apa? Sebab remaja adalah masa yg plg kritikal dlm kehidupan sesorg. 'Darah muda'lah org kata... Remaja bila berCINTA, dia akan mula hilang pedoman, mula lupakan alam sekeliling, mula menipu ayah & ibu.. guru apatah lagi! Apatah lg bila menjadikan 'hero/heroin film' hindustan@korea@barat sebagai sifu. hancusss!

Mana tak hancur bila 'hero/heroin' ajar kita jadi macho/gadis pujaan dengan bertenung mata/bersentuhan/ berpelukan/ber... dsb sampai thp menyerahkan 'segalanya' DEMI CINTA!

knpa prsaan cnta 2 hadir pd usia kta remaja ni??kn x elok..

Perasaan CINTA tu sebenaqnya.. fitrah. Ia mmg satu keperluan manusia.. macam kita perlukan perasaan sedih,gembira,serba salah,hambar,ceria dll sifat yg menjadikan kita insan sempurna.
Datangnya pada zaman remaja adalah kerana zaman inilah pertumbuhan badan kita berlaku dengan cukup pesat.. termasuk pembesaran/pertumbuhan bahagian anggota ttentu,rambut,misai dan bulu2 di sana sini... (ketiak pun baunya tak lg macam zaman kanak2.. tul tak?)

Hadirnya saat waktu REMAJA ini bukan satu kesilapan, tapi yg biasanya silap ialah CARA KITA MENYALURKAN PERASAAN CINTA.

cm ne kalo kta nk kwl prasaan kta drpd sseorg 2????

Antaranya:
  1. Menjaga pandangan - Tak boleh 'dera mata' dengan melihat lawan jantina. Kecuali ada keperluan seperti mengajar @ belajar.
  2. Jaga pertuturan
  3. Jaga aurat - Muslimah yg betul2 jaga aurat akn cepat malu bila berdepan dgn lelaki.
  4. Alihkan perhatian kpd aktiviti yg produktif drpd berkhayal sepanjang masa.
  5. Elakkan novel2 cintan yg melalaikan.
  6. Ingat maruah diri seorg muslimah adalah lebih berharga@tinggi berbanding nyawanya!
  7. Salurkan cinta pada yg berhak - ALLAH, ibu ayah, adik beradik...

Oklah takat ni dulu. Mudah2an menjawab kemusykilan gurlz 08.

0 komen:

EXCO BARU ASRAMA 2010/11

EXCO BARU ASRAMA 2010/11

Membeli Sambil Menderma!

Membeli Sambil Menderma!

Template by:
Free Blog Templates