29 October 2008

Antara 2 Cinta..

'Insaf', ALLAH amat menyayangimu!

Sebelum menjawab soalan insaf, Ust perturunkan dulu 'luahan hati' beliau di ruangan cbox spy rakan2 len yg baca post ni lebih memahami...
(Tapi kena baca dari bawah..)

29 Oct 08, 12:11
insaf: sya cuba nak trma keadaan wlpn sya yg mtak ptus..tpi sya jdi lmah.ilang smgt..nsb baik sya bru abis pmr..
29 Oct 08, 12:09
insaf: mak dia pon ckap dia dah brubah...dlu dia liar skit..skang x dah..mcm mna kmi nak hdpi hari2 strusnya ustz..sya trlalu sygkan dia..sya cuba lpakan..stiap kli slat sya ngis..tlonglah ustz..
29 Oct 08, 12:07
insaf: kmi mngis sbb trlalu rndu dn kmi mngis sbb tkutkan azab Allah klu kmi kaple...kmi buntu ustz..laki 2 pon budk surau..apa yg ustz bgtau kat sya sy smpaikan dkat dia n alahmdulilah dia dah brubah..
29 Oct 08, 12:05
insaf: dah smggu sya ngis ustz..dia pon sma..tpi krna Allah...kmi redha..wlpn dia laki tpi dia pon ngis ustz sbb msih x dpt trma..mslh kmi skrang...sya x ble lupakan dia dn dia pon x bleh lupakn sya..
29 Oct 08, 12:02
insaf: dia juga dpt trma yg kaple 2 hram..disbbkan kmi sling syg menyayangi kmi ptus..kmi dah jrang contact..tpi kmi ttap pgg jnji kmi..mak ayh dia pon dah tawu psal sya n sya prnah ckp dgn mak dia..tpi ustz
29 Oct 08, 11:59
insaf: tpi...dmi Allah...kmi ptus dan kmi berjanji lpas kerja kmi akn kawin..mjdi kaple yg sah di sisi islam...dialah lelaki trbaik yg prnah sya jumpa..dan dia sntisa hrmati sya sbgi seorg prmpuan..
29 Oct 08, 11:57
insaf: salam..ustz.sya nie gulrz..sya juga prnah tertipu dgan cinta..tpi alhamdulilah sya dah sdar..tpi Allah dah kektemukan sya dgan sorg laki yg baik sgt..mulanya kmi kmi nak dikataan kaple..


Firstly, TAHNIAH buat 'insaf' kerna diberi Allah kekuatan utk menolak cinta sementara tuk menggapai cinta abadi. Keputusan yg berat lg dipenuhi kepasrahan seorg hamba yg tunduk patuh pada PENCIPTANYA pastinya direkod Allah sbg amal yg bakal diganjari dan dibanggakan di hadapan malaikat di akhirat nnt.
ALLAHU AKBAR! tak ramai yg boleh ambil keputusan seperti kalian!

Cuma kalian masih meniti batas yg curam! Masih bermain di cerunan yg membahayakan wp pernah jatuh ke gaung berhampiran.. (kerana masih lg kerindu-rinduan)

Hati 'insaf' dan pasangan masih lg terkepung dalam daerah 'cinta' kerna pernah larut di dalamnya. Inilah kesusahan bila bercinta.. bila pernah menyerahkan sebuah hati untuk diisi oleh cinta hembusan syaitan.. luka2 dan parut yg ditinggalkan perlu diisi untuk mengelak kekosongan.

Kekosongan inilah yg memeritkan, menyedihkan dan... (kekadang sampai tiada bahasa yg boleh digambarkan! Tak gitu 'insaf'?)

Haaa... masa ni lah syaitan akn kembali dgn strategi PUJUK RAYU yg lbh dahsyat dan hebat! Klu berjaya, kesannya akan lebih teruk dr percintaan awal kalian. Mgkn sampai tahap buang TUHAN. Saat itu, halal dan haram bukan lg perkiraan. Nauzubillah..

Kalian berdua mmg kena lalui saat sukar tika berpisah dan menahan perit duka n luka perpisahan sebuah percintaan n Ust percaya kalian mampu! (berdasarkan kekuatan tuk mengambil keputusan berpisah yg lalu). PAHALA dr Allah buat kalian!!

Bagaimanapun perlu disertai dengan sebuah LONJAKAN!
  • ESOK, jadilah ORG BARU!
  • Lihatlah DUNIA dgn segala kenikmatan yg ALLAH ciptakan buatmu. (yg kekadang kau lupakan bila asyik bercinta!)
  • Lihatlah betapa org2 disekelilingmu diuji dgn pelbagai cubaan yg LEBIH HEBAT & BERAT dari penderitaanmu!
  • Lihatlah pada dirimu, tidakkah kau jumpa BUKTI kasih sayang & cinta tulus SANG PENCIPTAmu!
  • Renung pula dalam dirimu, APAKAH pula PENGORBANAN dan BUKTI cintamu padaNya???
Ayuh bangkit anakku sayang!!! JANGAN kau lemah bersujud di kaki SYAITAN!

Wassalam

Ikhlas dr lubuk hati gurumu dunia akhirat.
Ust Nik

P/s: Jangan byk menyendiri. Keluarlah ke alam nyata, datang sekolah..bergembiralah dengan rakan. Boleh juga datang jumpa ust utk bcg2. Sibukkan diri selalu dengan apa saja aktiviti yg berfaedah!

Untuk INSAF, ust tujukan sebuah lagu... hayatilah senikatanya!

0 komen:

EXCO BARU ASRAMA 2010/11

EXCO BARU ASRAMA 2010/11

Membeli Sambil Menderma!

Membeli Sambil Menderma!

Template by:
Free Blog Templates