15 August 2008

Aduhai sayang,
Kerna Kasih, 'Ubat Pahit' Terpaksa Kami Suapkan..


Assalamualaikum wbt.

Tulisan ini Ust tujukan khusus buat putera puteri asrama Seri Nibong yg dikasihi..
Semalam (khamis) tepat jam 4.00 ptg, para 'ayah' dan 'ibu2' (PKHEM,warden2 asrama dan ketua bidang) diminta melawat bilik 'anak2' yg disayangi.. Ianya rentetan dari bbrp aduan yg kurang enak didengar mengatakan keadaan kebersihan aspura dan aspuri di tahap yg membimbangkan.

Hasilnya.. satu lawatan sambil belajar..ops! lawatan sambil 'mengajar' (@ mendidik) terpaksa dilakukan. Beberapa org pelajar yg tidak hadir 'prep' dikenalpasti. Kemudian diikuti dengan lawatan dari dorm ke satu dorm. Lawatan kami rupanya mengesahkan aduan yg didengar! Masya Allah! Betapa besarnya 'perjuangan' kami yg belum selesai...

Beberapa barangan terlarang ditemui!
Beberapa 'pasangan merpati' dikesan!
Beberapa gambar artis yg menjadi idola didapati!
Pakaian bertaburan!
Almari...
Ampaian...
Baju basah...
Bau bilik...ada yg sampai meloyakan!

Lawatan ,'lelongan',nasihat dsb akhirnya berakhir jam 11.00 malam. Banyak perkara yg boleh dimuhasabahkan. Ust mengharapkan sesuatu anjakan dan 'udara' baru akan bertiup di asrama sekembalinya nanti dr bercuti.

Bukankah kita punya TUHAN yg hebat?
Bukankah kita punya NABI pembimbing ummat?

Bukankah kita punya AGAMA keramat?

Bukankah kita punya KITAB penyelamat?

Mengapa tidak, kita muncul sebagai jagoan hebat!

Ya.. Anak2 kami mampu menjadi pelajar HEBAT!!!
Buktikan!

Akhir kalam, pesanan ust.. jadikanlah 'kepahitan semalam' sebagai ubat. Moga Allah melimpahkan kalian rahmat.

Di sini, ust pamerkan beberapa foto sebagai iktibar. Moga ianya tidak berulang dlm lawatan 'ayah ibu' di masa hadapan.
















Salam sayang.. salam merdeka buat warga putera puteri Seri Nibong! Moga kita dapat sama bergandingan menghayati dan merealisasikan erti sebuah 'kemerdekaan'!
MERDEKA!!

Ust Nik

1 komen:

stock list said...

ive done something here to have you a few cents!

EXCO BARU ASRAMA 2010/11

EXCO BARU ASRAMA 2010/11

Membeli Sambil Menderma!

Membeli Sambil Menderma!

Template by:
Free Blog Templates