04 July 2008

Akademi Nasyid, Azhan Atan dan Kita
www.iLuvislam.com
oleh: ImKoyube


"Siapa agaknya Azhan Atan ni..??"

"Akademi Nasyid dan Azhan Atan??Apa kaitannya??"

Mungkin ramai sahabat-sahabat di Malaysia sudah maklum dengan kemunculan satu lagi program realiti TV di TV9; Akademi Nasyid. Dan mungkin juga ramai yang telah tahu akan siapa itu Azhan Atan.

Tidak banyak yang ingin saya ulas mengenai rancangan Akademi Nasyid itu sendiri tetapi saya ingin membawa sahabat-sahabat untuk mengambil iktibar daripada salah seorang peserta akhir program tersebut; Azhan Atan.

Saya mula tertarik dengan beliau ketika saya melihat review uji bakat program ini melalui laman web TV9 beberapa minggu lepas. Selain suara yang merdu persis suara Hattan, Jamal Abdillah & M. Nasir; Azhan Atan merupakan seorang yang sangat istimewa(bagi saya) kerana hati saya mudah tersentuh melihat Orang Kurang Upaya(OKU). Ya, Azhan Atan merupakan anak muda yang tergolong dalam kumpulan OKU!! Namun, selepas konsert pertama Akademi Nasyid, beliau mendapat undian tertinggi daripada masyarakat yang menonton realiti TV tersebut. Mengalahkan peserta-peserta lain yang normal/bukan OKU.

"Saya bersyukur terpilih sebagai 12 peserta peringkat akhir .Walaupun saya mengalami kecacatan penglihatan, namun mereka betul-betul menilai kepada bakat. Ini juga program pertama saya ceburi dan berharap dapat melaksanakan tanggungjawab yang diberikan TV9 sebaik mungkin," katanya.


Pada pandangan saya, nyanyian Azhan Atan mampu menitiskan air mata ramai manusia. Mungkin kerana beliau salah seorang OKU. Dan yang pasti, beliau berjaya membawa lagu yang mampu menyentuh aqidah dan jiwa kita. MasyaAllah. Beruntungnya jika ramai yang mendapat kesedaran selepas mendengar alunan nasyid nyanyian beliau. Banyak pahalanya, insyaAllah.



Acapkali kita dengar orang berkata, "manusia yang berguna adalah manusia yang memberi manfaat kepada manusia yang lain."

Namun , sejauh mana kita menggunakan kemahiran, kelebihan dan kemampuan yang kita ada untuk memberi impak positif kepada masyarakat? Andai OKU seperti Azhan Atan mampu berbuat demikian, masakan kita yang normal ini tidak boleh. Malah ramai pula dikalangan kita yang normal ini menjadi 'beban' kepada masyarakat atau hanya mampu memikirkan akan diri sendiri. "Asalkan aku sihat, cukup duit, sudah la..Buat apa nak fikir pasal orang lain. Lantak diorang la.."

Jika nyayian bukan bakat yang boleh kita manfaatkan kepada orang lain, maka, carilah apa jua kelebihan yang kita ada dan fikirkan cara untuk menggunakan kelebihan itu untuk berbakti. Saya pasti kalian akan setuju jika saya mengatakan bahawa hidup kita kurang bererti andai kita hanya mendapat faedah yang banyak daripada orang lain tetapi kita lansung tidak pernah memberi faedah kepada mereka. Ayuh kita sama-sama renungkan diri masing-masing.

Apapun, harapan saya adalah suatu hari nanti, jika Azhan Atan berjaya menjadi penyanyi nasyid yang berjaya, beliau tidak akan mudah dimanipulasi oleh orang lain dan tidak mudah lupa diri. Selain itu, saya juga amat berharap bahawa dengan wujudnya insan istimewa sepertinya mampu memberikan suatu inspirasi kepada insan normal lain untuk berfikir dan menyumbang kepada masyarakat. InsyaAllah.

0 komen:

EXCO BARU ASRAMA 2010/11

EXCO BARU ASRAMA 2010/11

Membeli Sambil Menderma!

Membeli Sambil Menderma!

Template by:
Free Blog Templates