04 March 2008

Soal jawab remaja..

Gelang Perubatan - Tipudaya Barat & Syaitan!

Assalamualaikum wbt

Lama dah Ust tak masukkan post baru dlm blog nih. Seminggu dua ni sibuk dengan pertandingan Bolasepak. Tapi segalanya berakhir tadi bila cabaran Seri Nibong sampai ke noktahnya. (Apapun tahniah kerana kalah bermaruah - sampai peringkat separuh akhir). Ust akan masukkan gambar nnt.

Seterusnya.. ust amat berterima kasih pada pelajar-pelajar yg 'penuh sedar' peka terhadap 'kegawatan' yang melanda kawan2 termasuk masalah dye rambut dan berpakaian ketat n seksi. Macam 'omputih' katanya...

Cuma di kesempatan ini Ust nak majukan perbincangan ttg 'gelang perubatan' yg ust lihat banyak dipakai oleh pelajar lelaki sekolah kita..

Benarkah Islam melarang berubat dengan memakai gelang?

Jawapan:

Pada suatu ketika, Rasulullah s.a.w. telah melihat di pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki berkenaan, Apakah bendanya ini?” Lelaki itu berkata: “Ia adalah gelang perubatan, buangkan benda itu dari diri anda, jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya selama-lamanya.”

(Hadith Sohih yang ke-19,885 riwayat Imam Ahmad di dalam Musnadnya)


Hadith ini telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnadnya demikian juga Ibn Majah di dalam Sunannya. Hadith ini diriwayatkan daripada ‘Imran bin Husain, Lafaznya ialah:

أن النبي -صلى الله عليه وسلم- رأى رجلا في يده حلقة من صفر فقال: ما هذه? قال: من الواهنة، قال: انزعها فإنها لا تزيدك إلا وهنًا، فإنك لو مت وهي عليك ما أفلحت أبدًا

Maksudnya lebih kurang: “Bahawasanya Nabi saw telah melihat seorang lelaki di tangannya ada gelang daripada tembaga, Nabi saw bertanya: “Apakah ini?” Orang itu menjawab: “ianya daripada al-Wahinah.” Sabda Nabi saw: “Tanggalkannya segera, sesungguhnya ia tidak menambahkan kepadamu..melainkan kelemahan, sesungguhnya jika kamu mati dan gelang itu ada padamu, kamu tidak akan berjaya selama-lamanya.”

Jadi Ust harap, kita dapat sama2 perbetulkan rakan2 kita yg 'terkhilaf'. Depa bukan sengaja, tp tak berapa tahu ttg hukum. Tapi apapun, asasnya adalah, Islam amat tidak merestui pemakaian lelaki yg menyerupai perempuan.. begitulah sebaliknya.

Sumber : http://soaljawab.wordpress.com/

3 komen:

B Hunter said...

Assalamualaikum.
1st time singgah..

erm, samalah dengan kayu kokka.
pelik tul, nape terlampau taksub sampai percaya bendalah tu boleh jadi pendinding/sembuh penyakit. kan boleh jatuh hukum khurafat.

Anonymous said...

Waalaikumussalam...

Apa nak jd x tau la org kita nih.. Mudah sgt ditipu! Bahkan sampai tahap sanggup jadikn 'quran sbg tangkal'. mgkn, generasi kita ni dah x reti nak baca 3 QUL @ Ayat Kursi!

Anonymous said...

caucuses swaziland fence geertz reusability donkey approved newindex kilobytes pagewhere mandisa
lolikneri havaqatsu

EXCO BARU ASRAMA 2010/11

EXCO BARU ASRAMA 2010/11

Membeli Sambil Menderma!

Membeli Sambil Menderma!

Template by:
Free Blog Templates