12 February 2008

Soal-jawab..

AMARAN PADA PASANGAN YG BERKASIH & CUBA BERKASIH...

"SAMBUT VALENTINE'S DAY HARAM!

HARAM SELAMANYA..."

Dalam ayat 120 al-Baqarah ditegaskan tentang orang kafir itu tidak akan reda selagi kamu tidak mengikuti mereka.

Namun, masih ada umat Islam yang terpengaruh dengan perbuatan golongan kafir antaranya menyambut Hari Kekasih. Kenapa ini masih berlaku?

Pertama, kita perlu bentangkan maklumat sebenar tentang kisah Hari Kekasih ini. Melalui sejarah Valentine meskipun mempunyai pelbagai versi, jelas ia dapat disabitkan dengan budaya Kristian yang menyatakan Valentine’s Day untuk memperingati kematian tragis seorang Paderi iaitu St. Valentine yang dibunuh oleh Raja Romawi yang bernama Raja Claudius II (268-270M).

St. Valentine dihukum bunuh kerana mengahwinkan ramai askar secara rahsia sedangkan undang-undang Rom ketika itu menghalang golongan muda berkahwin atau berkeluarga sebaliknya dikerah untuk menjadi tentera.

Dia juga adalah ikon kasih sayang yang diwujudkan oleh Pope Gelasius I (496M) untuk mendekatkan masyarakat Rom kepada agama Kristian melalui satu sambutan perayaan gereja. Ia juga bagi menyaingi perayaan Paganisme Romawi kuno iaitu Lupercalia (perayaan untuk Dewa Lupercius dengan mempersembahkan korban binatang).

Apabila fakta ini sudah dibentangkan maka remaja Islam khususnya boleh membaca dan memahami mengapa Islam melarang sambutan Hari Kekasih.

Kedua, pada masa yang sama, media boleh membantu dengan mengurangkan aspek komersial program-program yang menjurus kepada ikutan agama lain.

Mengikut sejarah, orang Nasrani pun tidak merayakan hari ini tetapi apabila dikomersialkan maka sambutannya terus melonjak. Seolah-olah ia mesti dirayakan setiap tahun.

Ketiga, kita juga perlu menjelaskan hukum Islam terhadap sambutan ini. Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria pada tahun 2004 menyatakan bahawa menyambut Hari Kekasih adalah diharamkan.

Apabila ada unsur ritual agama lain dan kita pula sama-sama raikannya, seakan-akan kita reda dengan perbuatan menyekutukan Allah (syirik) sedangkan syirik adalah dosa yang tidak terampun.

Ini ditegaskan dalam mafhum-Nya, Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukan-Nya dengan sesuatu dan akan mengampunkan (dosa) selain kesalahan (syirik) bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya... (al-Nisa’: 116).

Ada yang mendakwa perbuatan menyambut Hari Kekasih ini hanyalah budaya dan suka-suka bukannya melibatkan akidah. Betulkah pendapat begini?

Pendapat sebegini adalah berdasarkan nafsu semata-mata. Lazimnya, orang bercinta atau sedang angau akan ketepikan fikiran yang waras.

Persepakatan ulama (semua mazhab) memutuskan bahawa keterlibatan seseorang dalam ritual agama lain adalah salah satu unsur fasik dan merosakkan akidah.

Dalam sebuah hadis, Baginda s.a.w mengingatkan, “Barang siapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka”. (riwayat Imam Abu Daud)

Sumber : utusan

0 komen:

EXCO BARU ASRAMA 2010/11

EXCO BARU ASRAMA 2010/11

Membeli Sambil Menderma!

Membeli Sambil Menderma!

Template by:
Free Blog Templates