09 December 2007

Tips Kesihatan Remaja

Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimum 5 kali sehari dengan air wuduk. Jangan segera dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, solat, berzikir dan berdo'a.

Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga' dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh.

Lalu berkonsultasilah dgn Allah SWT dengan zikir dan do'a.

Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN

Untuk punya bibir cantik , bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabbur.

Agar tubuh langsing , mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud a.s. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih. Kurma n madu jgn dilupa.
Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan dikenali ramai dan disayangi.

1 komen:

Anonymous said...

indah sungguh bila dpt hidup cara Islam!

EXCO BARU ASRAMA 2010/11

EXCO BARU ASRAMA 2010/11

Membeli Sambil Menderma!

Membeli Sambil Menderma!

Template by:
Free Blog Templates