11 December 2007

Rehat minda...


Al-Kisah LEMBU & ANJING...

LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yang tak kena saja?

ANJING: Aku tengah tension ini . mahu saja aku gigit manusia tadi.
LEMBU : eh? Kenapa ?

ANJING: Aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yang sedang berkepit. tiba-tiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata "hoi anjing , pergi jauh-jauh, najis!".

LEMBU: Ya, lah. anda kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu .

ANJING: Kalau aku najis sekali pun, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan pegang2 awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?

LEMBU: Betul tu . Memegang wanita yang bukan mahramnya tanpa ikatan yang sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang anda anjing, malah tak boleh suci sekalipun di samak.

ANJING: Wah .. ayat anda memang pergi power lah...manusia kena ubah pepatah "Pandai macam LEMBU"


Sedikit Penjelasan:
Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada ibnu majah menyatakan bahawa “Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram. Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat. Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya , "Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya". (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)


sumber :hurzalafiant blog


1 komen:

khayrulniesa_05 said...

cerita ni mmg memberi impak kpd sesape yg membacanya..

EXCO BARU ASRAMA 2010/11

EXCO BARU ASRAMA 2010/11

Membeli Sambil Menderma!

Membeli Sambil Menderma!

Template by:
Free Blog Templates