08 November 2007

BERITA SEMASA DUNIA ISLAM :

Amerika hampir kalah:
Taliban kuasai dua daerah
di Afghanistan



PDF Print E-mail

7 nov 2007 - PARA pejuang Taliban dilaporkan menguasai sebuah pusat daerah di barat Afghanistan hari ini ketika pertempuran meletus di daerah berhampiran, yang telah ditawan minggu lalu.

Pejuang Taliban dikatakan berkumpul dalam jumlah yang ramai minggu lalu di barat dan berhampiran bandar Kandahar, sekali gus mencabar dakwaan tentera kerajaan dan asing bahawa mereka boleh menumpaskan kumpulan pejuang terbabit.

Seorang pemimpin Taliban berikrar menggulingkan kerajaan Afghanistan dan mengusir lebih 50,000 tentera asing sewaktu kira-kira 400 pejuangnya menguasai pusat daerah Gulistan di wilayah barat Farah, Isnin lalu.

Tatkala tentera kerajaan dan asing memerangi kumpulan pejuang terbabit di Gulistan, sekumpulan pejuang Taliban dilaporkan memasuki dan menguasai sebuah lagi pusat daerah iaitu Bakwa.

“Pusat daerah Bakwa jatuh di tangan Taliban dalam serangan petang semalam,” kata Maolavi Yahya, KetuaDaerah Delaram yang terletak bersebelahan.

“Taliban mahu tentera kerajaan dan asing sibuk di Gulistan ketika sekumpulan pejuang Taliban secara taktikal menguasai pusat daerah lain, taktik mereka itu nampaknya berjaya,” katanya.

Pertempuran dilaporkan meletus di sekitar bandar Arghandab, 12 kilometer di selatan Kandahar yang pernah menjadi pusat pemerintahan kerajaan Taliban daripada 1996-2001.

Tentera Kanada yang ditempatkan di Kandahar menyatakan, serangan pejuang Taliban kali ini antara yang paling terancang dan mereka dipercayai semakin menuju ke arah bandar ini.

Sementara itu, seorang pemimpin kanan Taliban, Mullah Mansour Dadullah hari ini berikrar para pejuang akan membuka medan pertempuran sehingga ke utara Afghanistan.

“Operasi kami merentasi seluruh kawasan selatan dan demikian juga kami akan menuju ke wilayah-wilayah di utara,” jelasnya. Reuters

2 komen:

Anonymous said...

mampus amerika!

Unknown said...

islam akan tetap menang itu janji ALLAH... DUNIA PERLU MENANTI SAAT ITU.PADA SAAT ITU AMERIKA TIADA RUANG LAGI UNT TERTAWA

EXCO BARU ASRAMA 2010/11

EXCO BARU ASRAMA 2010/11

Membeli Sambil Menderma!

Membeli Sambil Menderma!

Template by:
Free Blog Templates