29 July 2007

KEMUSYKILAN PELAJAR TENTANG AMALAN & PUASA REJAB..


Assalamualaikum wbt.

Semoga warga SMKSN seluruhnya berada di bawah naungan & perlindungan Allah s.w.t.
Melalui ruangan soal jawab agama ini, Ustaz akan sebarluaskan beberapa persoalan yang sering mendapat perhatian pelajar.

Soalan2 yang sering ditanya pada ustaz selama ini, akan cuba dipaparkan di ruangan ini bagi memberi faedah bukan sahaja kepada pelajar yang menyoal, bahkan kepada mereka yang turut sama berkongsi kemusykilan yg serupa... (maklumlah, kadang2 ada yg malu nak bertanya! tak gitu??)

Pada 2-3 minggu lepas, ramai pelajar bertanya tentang fadhilat (kelebihan) bln rejab dan ganjaran berpuasa dlm bln ini. Pada pengamatan ust, ramai juga yang terkeliru dengan hadith2 palsu yang dibaca & didengari dari sumber yang entah tak tau dari mana!

Jom kita bincangkan masalah ini...

Apakah terdapatnya kesahihan fadilat khas berpuasa didalam bulan Rejab?

Di sini dinyatakan pandangan para ulama' mengenai kesahihan fadilat Rejab.

Sheikh Atiyah Al-Saqr menyatakan :


a. Kebanyakkan fadilat Rejab terkandung didalam Hadis yg sangat Lemah dan Palsu.


Bekas Ketua Lujnah Fatwa Al-Azhar mengatakan bahawa setiap fadilat sesuatu perkara itu harus dilihat dari segi nas yg sahih dan beliau melihat bahawa hadis-hadis yg didatangkan mengenai fadilat didalam bulan Rejab kebanyakkannya adalah lemah dan palsu, katanya:[1]

"Allah Subhanahu Wa Ta'ala memberi fadilat kepada beberapa bulan dan tempat, tetapi tidak thabit/tetap untuk masa & tempat melainkan dengan dalil yg qath'i (nyata) dan tidak thabit selagi ianya mendustakan Nabi Muhammad saw, dan banyak hadis-hadis timbul mengenai fadilat bulan Rejab, dimana statusnya antara Dha'if dan Mawdhu(direka-reka)'!

Menurut Al-Saqr lagi bahawa:

"Syeikh Al-Hafiz Ahmad bin Ali bin Mohammad bin Hajar Asqalaani menjelaskan perkara ini di dalam kitabnya bahawa penjelasan Fadilat Rejab, Fadilat Puasa Rejab dikelaskan sebagai Lemah dan Mawdhu"


b. Fadilat Rejab setara dengan Fadilat bulan-bulan haram yg lain.


Fadilat Rejab secara umumnya berada sama sahaja dengan Fadilat bulan-bulan Haram yang lain
sebagaimana Firman Allah didalam surah Taubah:36 dan terdapat juga Hadis Sahihin mengenai Hijjatul Wada', didalamnya dinyatakan nama bulan bulan tersebut, iaitu : Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram, dan Rejab.

Pada masa tersebut (iaitu pada bln haram) orang Islam ditegah melakukan kezaliman, peperangan dan juga dilarang melakukan maksiat kepada Allah swt.


c. Berpuasa hari pertama atau yg lain sama sahaja fadilatnya.


Berkata Al-Saqr lagi bahawa:

"Amalan Saleh didalam bulan Rejab adalah sebagaimana ganjarannya didalam bulan-bulan Haram yg lain, yg di dalamnya terdapat ibadah puasa, SAMA sahaja [berpuasa] hari pertama atau pun hari akhir ataupun hari-hari yang lain di bulan rejab.

Berkata Ibnu Hajar : 'Sesungguhnya bagi bulan Rejab tidak terdapatnya hadis sahih mengenai fadilat khas berpuasa!'

Beliau memetik beberapa contoh hadis da'if dan palsu yang direka-reka oleh musuh Islam termasuk para orientalis, diantaranya ialah:


i. "Sesungguhnya didalam syurga ada sebuah sungai yg dipanggil Rejab, warna airnya sangat putih dari susu, manisnya lebih manis dari madu, barangsiapa yg berpuasa sati hari dari bulan Rejab, maka Allah akan memberi ia minum dari sungai itu" - hadis ini Dha'if.

ii. "Barangsiapa berpuasa sehari didalam bulan Rejab seolah-olah dia
berpuasa satu bulan, dan siapa yg berpuasa didalamnya 7 hari maka
akan ditutup 7 pintu-pintu neraka, dan barangsiapa yg berpuasa 8 hari maka 8 pintu-pintu syurga akan terbuka, dan barangsiapa yg berpuasa 10 hari, maka akan digantikan dosa dengan kebaikan" - hadis ini Dhaif.

iii. Terdapat sebuah hadis yg panjang mengandungi fadilat berpuasa
rejab menurut hari, dan didalamnya terkandung matan : "Rejab bulan Allah. Sya'ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku" - Hadis ini palsu!

footnote :
1. Sheikh Atiyah Al-Saqr. Fatwa IslamOnline - Fadilat Rejab. URL : http://www.islamonline.net/completesearch/arabic/FatwaDisplay.asp?
hFatwaID


Kesimpulan :


Jadi, ust harap para pelajar sekelian jelas & faham tentang amalan2 di bulan Rejab. Bagi yang

ingin berpuasa, Ust amat menggalakkan! cuma jangan diniatkan kerana hari2 tertentu

seperti awal rejab, 10 rejab, akhir rejab & sebagainya...

Kalau bleh maintain pose isnin & khamis pun, kira ok lah tu!

Stakat ini dulu, SELAMAT MENGEJAR REDHA ALLAH MELALUI AMAL YANG SOLEH LAGI SAHIH & SENTIASA MENGIKUT PANDUAN NABI S.A.W DLM SETIAP PERKARA.

Wassalam.

Ust. Nik Aufa

0 komen:

EXCO BARU ASRAMA 2010/11

EXCO BARU ASRAMA 2010/11

Membeli Sambil Menderma!

Membeli Sambil Menderma!

Template by:
Free Blog Templates