09 July 2007

LEBIH 100 ORANG PELAJAR IKUTI BENGKEL 'SMART SOLAT'

السلام عليكم ورحمة الله وبركته

Baru-baru ini hampir 100 orang pelajar tingkatan 3 & 5 telah mengikuti bengkel 'Smart Solat' anjuran Persatuan Agama Islam (LASER) dengan kerjasama Persatuan Bekas2 Pelajar SMK Seri Nibong. Ianya telah diadakan pada 30 jun 2007 di Musolla Raudhah Muslimin.

Melalui bengkel tersebut, peserta telah dibimbing dengan kaedah solat cara yang betul oleh Ust Nik Aufa selama 3 jam bermula jam 9.00mlm hingga jam 12.00mlm. Mereka turut diminta melakukan amali/praktikal solat bermula dengan takbir sehinggalah salam.

Peserta turut didedahkan dengan permasalahan2 di dalam solat termasuk mengganti imam, masbuq & muafiq, memasuki saf yang penuh, cara berimam yang betul dan sebagainya.

Sebagai lanjutan daripada bengkel ini, ianya akan disebarluas dan dikembangkan kepada pelajar2 selain tingkatan 3 & 5 pula. Cumanya tarikh dan tempat akan ditentukan kemudian.

Berikut gambar2 sepanjang bengkel...

Walaupun telah 'didera' separuh mati dalam aktiviti lasak pada petang hari, pelajar ting 3 & 5 masih tekun menghayati bengkel solat.

Peserta menggayakan cara 'takbir' yang betul... Allahu Akbar!!
Ingatttt... paras bahu tau!


3 jam 'dilanyak' pula dengan bengkel solat, pelajar harapan SMK Seri Nibong 2007 ini masih tabah mengharungi cabaran! Tahniah! Ust. memang respect kat hangpa! Tabik!!

'Ha.. macam ni cara nak betulkan sof..'
ehm, Sofwan n Yusri serius semcm jer!


Yasrul Syazwan jadi model 'Rukuk-man'. Err..jgn jadi
'Rokok-man' udah..

Ok semua.. takat ni dulu. Gambar2 lain akan menyusul kemudian. Wassalam.

0 komen:

EXCO BARU ASRAMA 2010/11

EXCO BARU ASRAMA 2010/11

Membeli Sambil Menderma!

Membeli Sambil Menderma!

Template by:
Free Blog Templates