28 January 2007

Hari Kemuncak : HIJRAH INTEGRASI 07

Hari Kemuncak HIJRAH INTEGRASI 07 dilangsungkan dengan jayanya pada 7 Muharram 1428 H bersamaan 26 Jan 07 di Dewan Seri Mawar SMKSN.





Program ini melibatkan keseluruhan pelajar SMKSN termasuk pelajar melayu Islam, cina dan india. Ianya diharap menjadi pemangkin integrasi kaum dan kesefahaman yang berterusan di kalangan pelajar.



Aktiviti hari kemuncak HIJRAH INTEGRASI 07 dimulakan dengan bacaan doa oleh Nuzul Izam dan diteruskan dengan pendeklamasian sajak oleh wakil pelajar melayu, cina dan india. (Aminah Fatanah, Surendran dan Khoo).



Acara kemudiannya diteruskan dengan ucapan Perasmian oleh Tuan Pengetua SMKSN yang baru Tn Hj Abdul Rahman dan diikuti dengan Tazkirah 'bicara hijrah seorang pelajar' oleh Ust. Zulkifli Zainon.





Sejurus selepas itu, kump. nasyid sekolah muncul mempersembahkan lagu 'Hijratul Rasul'. Persembahan hebat mereka membuatkan para pelajar bertepuk riang.

Majlis diteruskan pula dengan persembahan multimedia oleh Ust. Nik Aufa berkisar tentang aktiviti sepanjang MINGGU HIJRAH SMKSN.

Akhirnya sebelum majlis melabuhkan tirai, para pelajar diberi peluang menjawab kuiz hijrah dan diganjari pelbagai hadiah. Ianya dikendalikan oleh Cg Mohd Rafi.Apa yang menarik, ianya mendapat penyertaan yang memberansangkan daripada pelajar non-muslim.
Di akhir majlis, Tuan Pengetua menyampaikan hadiah kepada para pemenang bagi aktiviti sepanjang minggu, antaranya merekacipta logo LASER, X-plore 07 dan sebagainya.

Demikianlah sedikit catatan peristiwa di hari kemuncak HIJRAH INTEGRASI 07.

LASER mengucapkan berbanyak terima kasih di atas segala sumbangan tenaga, wang ringgit dan sebagainya daripada pelbagai pihak samada sec. langsung atau di sebalik tabir. Moga Allah jua yg mengganjari kalian. InsyaAllah.

Sekian. Wassalam.

- Ust. Nik

1 komen:

Anonymous said...

ok

EXCO BARU ASRAMA 2010/11

EXCO BARU ASRAMA 2010/11

Membeli Sambil Menderma!

Membeli Sambil Menderma!

Template by:
Free Blog Templates