Sungguh aneh dengan manusia yg membangga diri dan 'angkat bakul sendiri' (takbur) sbb suma yg ada pdnya berstatus 'pinjaman'..
- Sangat heran..Org yg bangga dengan kecanggihan  enset pinjam..!
 
- Sangat pelik.. Org yg bangga dengan  kecantikan rumah sewa!
- Sangat aneh.. Org yg bangga dengan kekemasan kerja rumahnya yang ditiru dari hasil kerja rakan!
Mari kita renungi hadis Nabi:
   “Tidak akan masuk syurga
seseorang yang ada di dalam hatinya perasaan sombong
walaupun sebesar  zarah”. 
  Riwayat Muslim  
Sangat heran..pelik..aneh...
- Org yg bangga dgn kecantikan pinjaman Allah! memuji diri dan berlagak cun.. kulit dahi yg licin tu pun kulit pinjam.. guna fair n lovely pun takat nk maintain n lambatkan kedutan..tp satu hari nnt kerepot jugak kulit tuh..
 
- Org yg bangga dgn kekayaan pinjaman Allah! dan memandang rendah pada si miskin..padahal tanpa disedari setiap hari duit keluar dr poket sendiri n masuk poket orang lain..
 
- Org yg bangga dgn kesempurnaan diri ciptaan Allah! & menghina kekurangan org lain. OKU yg sebenar ialah org yang kurang upaya untuk celik pada kekurangan diri..
 
Wahai diri....cuba fikirkan di mana bahagian hidupmu yg kau punyai sendiri...TIADA bukan!!!? Aduh....pinjam semuanya....!
Jadi Tepatlah sabdaan Nabi SAW dan benarlah janji Allah...
Takutlah Allah n hindarilah mulut,kata2,komen2 di fb dll yg bertujuan berbangga n mengangkat diri sendiri! Egtlah sekali lg kata Nabi SAW...
“Tidak akan masuk syurga
  
 seseorang yang ada di dalam hatinya perasaan sombong
  
 walaupun sebesar  zarah”. 
Huraian : 
 1. Sifat sombong dan takbur adalah ditegah oleh Islam. Oleh itu umat  Islam hendaklah menjauhinya demi menjaga kesejahteraan hidup.
 2. Kita harus melakukan apa sahaja yang disukai demi keselesaan  dirinya sendiri mahupun keluarga tetapi janganlah sampai melanggar batas  syariat dan janganlah berniat untuk menunjuk-nunjuk atau bermegah-megah  kepada orang lain kerana ia akan menimbulkan perasaan dengki dan benci  orang lain yang mengakibatkan permusuhan.
 3. Islam tidak melarang umatnya daripada mengutamakan keindahan dalam  sesuatu perkara kerana keindahan itu adalah kesempurnaan yang boleh  membangkitkan ketenangan tapi bukan untuk pameran kebanggaan!