19 July 2008

Yakin pd Rasulullah macam SUMAYYAH!

Bismillahirrahmannirrahim... Alhamdulillah,

malam Jumaat yg lalu..kita dah sama2 menghadamkan kisah pengorbanan Syahidah pertama dalam Islam.. Sumayyah.. dan semuanya siap menyanyikan lagi lagu Sumayyah. Memang semangat!

Ust harap, semangat kecintaan pada Sumayyah itu kekal dan sama2 kita teladani beliau!
Apapun.. sepanjang perbincangan kita, Ust rasa yg plg menarik ialah kejituan semangat Sumayyah dan keyakinannya pada Rasul tercinta.


Ketegaran cintanya pada Rasul tergambar sebagaimana lagu Hijrah oleh Nowseeheart. (W/p beliau tak sempat berhijrah bersama Nabi s.a.w, tetapi semangat hijrah ke arah kebenaran dan meletakkan jauh karat2 jahiliyyah amat terserlah)


"Mereka tak punya apa Harta sanak saudara.. Tetapi mereka percaya Hanya janji Rasulnya.."
Memang sangat touching lirik lagu ni. Bila terbayang balik mcm mana Sumayyah berdepan dengan puak kuffar yg menyeksanya...aduh! Terasa kerdilnya diri yg berIMAN tanpa diuji. BerIMAN dalam senang..

Para sahabat Rasulullah pula, waktu hijrah tu sanggup tinggalkan family n harta..
Memang kalau nak difikirkan, macamla..tetiba ada seseorang yang kata
"
ok..marilah kita pindah dari Malaysia. Tinggalkan semua harta2 dan keluarga yg ada. Bawa pakaian yg perlu je. InsyaAllah ada ganjaran pahala yg besar di sana!".

Ha camana? Pk 2-30 kali gakla kan dibueknya!

Tapi keyakinan para sahabat ni memang mengaggumkan! Yang kaya sanggup tinggalkan
harta mereka semata2 mencintai Allah & Rasulnya.

Kita zaman skang ni? Brp ramai yg percaya pada janji Rasul kita sebagaimana Sumayyah n sahabat2 Rasul yg len? Kadang2 kita ni pandai je kata "cinta pada Rasul"..tapi bile nak suruh buktikan..susah la pulak kan?

Pakaian tak tup aurat
Perkataan buruk n lucah jd mainan bibir
Tingkahlaku kasar

Nape yer????

Ya Allah, jadikanlah aku sehebat Sumayyah!






GAMBAR sekitar akt Usrah..





















1 komen:

Anonymous said...

It could give you more facts.

EXCO BARU ASRAMA 2010/11

EXCO BARU ASRAMA 2010/11

Membeli Sambil Menderma!

Membeli Sambil Menderma!

Template by:
Free Blog Templates