18 November 2007

SOAL JWB REMAJA :

BEZA ANTARA WADI, MAZI & MANI?

Soalan:

Salam..ustaz mcm mana nak bezakan antara wadi,mazi,mani..boleh terang secara detail tak..?

Jawapan:

Terima kasih pada yang bertanya. Maaf sama kerana Ust publishkan jawapan di laman ini supaya dapat berkongsi manfaat dengan rakan2 yang lain.

RINGKASNYA... Ke3-3 air yang keluar dari qubul itu berbeza sifat dan juga kesan kepada ibadah seharian.

Dari segi sifatnya :

Air wadi berwarna putih kesusuan - tidak keluar pada semua orang dan dan biasanya keluar ketika kencing atau selepas mengangkat beban2 yang berat.

Air mazi pula adalah air yang jernih & licin yang keluar ketika terasa syahwat (dalam keadaan bernafsu). Keluarnya dengan perlahan tanpa memancut. Ianya keluar kemungkinan akibat daripada melihat gambar2 yang tidak senonoh, membaca buku @ majalah yang tidak sepatutnya dll.. (yang sewaktu dengannya!)

Manakala air mani pula adalah air yg berwarna keruh dan kasat yang keluar ketika klimak syahwat dalam keadaan terpancut.

Dari segi kesannya kepada ibadah :

Air wadi dan mazi dikira NAJIS dan perlu dicuci anggota @ pakaian yang terkena sebelum solat. (seluar 'kecil' yang terkena najis ini juga perlu ditanggalkan/dicuci).

Mereka yang keluar wadi dan mazi TIDAK PERLU mandi wajib! Cuma perlu cuci hingga hilang sifatnya)

Manakala Air mani pula (menurut mazhab Syafie) tidak dikira najis. Pakaian yang terkena air ini boleh digunakan untuk solat.

Mereka yang keluar mani dikira BERHADAS BESAR dan WAJIB mandi sebelum melakukan ibadah!

wallahua'lam

Untuk soalan lanjut,
bleh emelkan pada ust nanti. (naufa03@yahoo.com)

1 komen:

nik mohd abduh b. nik mhd nor said...

salam alayk..

jawapan yang sangat bernas dan ilmiah..

EXCO BARU ASRAMA 2010/11

EXCO BARU ASRAMA 2010/11

Membeli Sambil Menderma!

Membeli Sambil Menderma!

Template by:
Free Blog Templates